TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Sunday, June 21, 2009

DIPERAK DAN DI N.SEMBILAN SAMA JE











DI PERAK DS. NIZAR MENANTI PENGHAKIMAN BERTULIS UNTUK FAILKAN RAYUAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN
DI NEGERI SEMBILAN PENDUDUK MARGOSA MENANTI KEHADIRAN HAKIM UNTUK MENDENGAR INJUKSI MEREKA

Ini lah kehidupan yang kita lalui di bawah pemerintahan UBN dengan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan.

Kami di Margosa melalui hari-hari yang menakutkan. Laluan kenderaan IJM berkongsi dengan penduduk. . Acapkali kemalangan berlaku namun penduduk sudah malas untuk membuat repot polis kerana banyak repot yang hingga kini tak tahu apa keputusannya.
Pihak PRIHATIN yang menyokong LEKAS senyap membisu, mungkin melihat usaha mereka menggagalkan injuksi telah berjaya.

Kerja pembinaan terus dibuat walaupun hari cuti yang mengganggu hari rehat penduduk. Jalan becak, habuk serta kerja-kerja diwaktu malam diteruskan sesuka hati.Sedikit saja hujan banjir berlaku di Jalan Telawi 9 dan Telawi 10.

Banjir kali ke 4 berlaku tiada sapa pun peduli samada LLM, IJM, LEKAS, MPS mahupun PRIHATIN.

Ada juga puak PRIHATIN bertanya kepada peserta apa cerita LEKAS. Mereka kadangkala lupa bahawa mereka telah menjadi barua LEKAS, sedap makan tengahari dengan LEKAS, menentang injuksi penduduk dengan tandatangan sokongan yang dijadikan ekshibit oleh LEKAS kemudiaan buat-buat tak tahu.

Sepatutnya isu ini adalah pertentangan penduduk dengan LEKAS tetapi hapraknya PRIHATIN dan MBNS(melalui wakilnya Wan Shamsdin) menjadi perbalahan antara penduduk taman.

Wan Shamsudin dan Idris ligat mencari penduduk yang boleh dipujuk untuk menarik diri dari injuksi mahhkamah demi untuk kepentingan dan nafsu serakah LEKAS.

Ingatan buat puak PRIHATIN hari in kamu gelak besar , tapi ingat doa dan harapan hampir 2000 isirumah kepada injuksi, ingat lah doa orang yang dizalimi .