TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, April 2, 2009

MUFTI NEGERI SEMBILAN- DATUK MOHD YUSOF

Akhir Datuk Mohd Yusof bin Ahmad Negeri Sembilan dilantik sebagai Mufti Negeri Sembilan berkuatkuasa 1hb April 2009


Peringkat awalnya saya telah dimaklumkan oleh salah seorang Ahli Majlis Fatwa dan minta saya mencatatkan di dalam blog saya berkaitan kemelut berkaitan perlantikan Mufti Negeri Sembilan. Kesibukan saya buatkan saya terlupa hingga pagi tadi saya dimaklumkan kenyataan Tok Mat berkaitan mufti di dalam akhbar.

Khabarnya dari Ahli Majlis Fatwa tersebut memaklumkan bahawa Dato' Mufti Lama kita SS Sheikh Murtaza telah dipujuk agar terus kekal sebagai mufti dan ianya dimaklumkan telah dibawa kepengetahuan Para Undang yang Empat serta DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Mukris. SS Sheikh Murtaza setelah dipujuk, akhirnya bersetuju dan akan memulakan tugas dalam seminggu dua ini . Itu waktu ketika demostrasi PSMI.

Inilah yang saya jawab kepada mereka yang ingin tahu perkembangan isu Mufti NS.

Namun 2 minggu yang lepas Ahli Majlis Fatwa tersebut bercerita kepada saya berapa kecewanya bila maklumat di atas tersasar akibat mainan pihak tertentu.

Beliau juga memaklumkan betapa jahat mereka yang terbabit apabila syarat untuk mengekalkan SS Sheikh Murtaza ialah Ustaz Zaidi dan rakannya di dalam jabatan Mufti ditukarkan ke jabatan lain. Alasan yang diberi kerana hendak membersihkan jabatan mufti.

Jika tidak jawatan mufti akan diberikan kepada mereka yang lebih muda seperti yang dikehendaki oleh Tok Mat. Siapa lagi?.

Khabarnya juga beliau merasa terkilan kerana Tok Mat masih angkuh mengganggu pentadbiran agama. Masih terus angkuh walaupun dah kalah d PAU. Tak tahu apa yang dimarahkan sangat kat Ust. Zaidi dan rakan? Tapi kita percaya kerana ketegasan Ust. Zaidi mempertahankan Islam terutama Fatwa Jom Heboh.

Beliau turut berkata bahawa Ust. Zaidi dan rakan-rakan telah ditohmah membawa fahaman Wahabi oleh Si ulamat muda . Ulamak muda memaklumkan pada DYMM YDP Besar bahawa fahaman Wahabi bukan saja telah berkembang tetapi telah bertapak di Jabatan Mufti.

Bagi elak ulamak muda dilantik maka kompromi dibuat untuk lantik Datuk Yusof sebagai Mufti dan Ust. Zaidi dan rakan dikekalkan. Kita dikhabarkan juga dengan perlantikan Datuk Yusuf rakan Ust Zaidi akan kekal tetapi Ust. Zaidi akan meninggalkan jabatan Mufti menyambung pelajaran.

Kita juga dikhabarkan kesihatan Datuk Mufti kita yang baru ini agak kurang serta masalah penglihatan beliau . Dengan itu kita jangka 2 hingga 3 tahun sahaja kemampuan beliau untuk memberikan khidmat.

Kita dapat menghidu bahawa Datuk Yusuf mungkin setahun sahaja dilantik kerana faktor usia dan kesihatan beliau ini, dan ianya akan buka ruang untuk Tok mat melantik ulama muda dan profesional sebagai mufti

Bagi kita jika 3 Tahun kita rasa keyakinan jawatan beliau tidak tergugat kerana tempoh itu kita yakin InsyAllah Pakatan Rakyat akan perintah N. Sembilan

Apa khabar Si Fuad , Banyak cerita berkaitan Si Fuad yang dimaklumkan oleh ahli majlis fatwa . Seperti jawapan beliau "Mana ese tahu starbuck tu yahudi' Agak-agak bila minta fatwa boleh kita yakin tak'fatwa yang dikeluarkan. Yang pasti sahabat saya yang merupakan orang kuat istana bila saya tanya tegaskan Si Fuad pasti tak akan dilantik' Nanti saya sambung.