TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, May 1, 2009

RETAK MENANTI BELAH

Akhirnya apa yang dirunsingkan penduduk menjadi kenyataan apabila pada 26hb April kerja-kerja pembinaan lebuhraya LEKAS di jajaran haram dalam Taman Bkt Margosa mengakibat keretakan tanah dan rumah penduduk di Jalan Margosa 18.
Jawatankuasa bertindak serta penduduk telah pun membuat repot polis dan pihak peguam telah memfailkan afidavit tambahan bagi injuksi mahkamah yang akan dibicarakan pada 4hb Mei 2009
Terdapat percubaan oleh kontraktor lebuhraya cuba menutup keretakan dengan hanya mencampakan tanah melalui luar pagar sahaja. Pihak Jawatankuasa telah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada peguam untuk tindakan. Ianya menyebabkan timbul ketakutan penduduk di jalan Margosa 18 kerana dengan cuaca sekarang rumah mereka dalam keadaan bahaya akan turut sama runtuh.
Sudahlah 3 kali banjir tiada usaha yang dibuat sehingga penduduk dalam keadaan tertekan dimana banjir boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Mendengar jawapan MBNS di Dewan Undangan Negeri,berkaitan banjir kita melihat tiada lagi harapan yang dapat kita harapkan dari kerajaan yang memerintah. Agaknya bila ada nyawa yang hilang baru hendak mengambil tindakan. Pembongak je slogon BN yang kerajaan 1Malaysia untuk rakyat menjadi keutamaan.

Sedang melalui hari-hari dengan kerisauan kemungkinan banjir kini penduduk Margosa rumah mereka retak menanti belah dan kemudian roboh. Kiranya ketika itu segala usaha pihak yang bewajib tidak bermakna lagi.

Kami penduduk Margosa mohon bantuan dan sokongan kehadiran di Mahkamah Tinggi Seremban pada 4hb. Mei ini