Malam selepas penamaan calun YB. Dr. Zulkifli selaku pengarah bersama operasi mengistiharkan kita berjaya menggerakan ahli untuk mempamirkan kekuatan kita dimana ianya adalah yang terbesar selepas Bukit Gantang. Secara berselorah beliau menyatakan Bukit Uhud telah berjaya kita tawan.
Di ketika itu terlontar suara dari salah seorang sahabat " JANGAN LUPA DI UHUD KITA TEWAS".
Kalau di uhud kita kalah kerana ingkar pada arahan. Turun meninggalkan bukit uhud untuk berebut harta rampasan perang. Di Bagan Pinang kita tidak berebut harta tetapi berebut memperagakan pemilikan kewangan(bagi jentera negeri yang telah diperintah PR) serta terlalu banyak progrem yang dianjur tetapi gagal membeli jiwa pengundi serta ada yang tidak mengikut arahan .
Sebagai Ketua UPU Bradwall apabila membaca dan mendengar hujah bahawa kita akan menang hanya mampu tersenyum sahaja tetapi di dalam hati bagi yang sama-sama membuat kerja sejak bulan puasa lagi dapat merasakan pergerakan undi tidak memihak kepada PAS, walaupun kita mendominasikan suasana pilihanraya ini.
Bersambung............................