TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, October 15, 2009

PRK BG - JANGAN LUPA KITA TEWAS DI PERANG UHUD

SEBAHAGIAN AHLI YANG HADIR MENANTI KEHADIRAN KUMPULAN PENYOKONG DARI BHP

MESYUARAT JENTERA OPERASI

PEGUAM HANIFA MAIDIN MENYEDIAKAN SURAT BANTAHAN SEWAKTU HARI PENAMAAN CALUN. KALAU IKUT UNDANG-UNDANG SEBENARNYA PAS DAH MENANG TANPA BERTANDING

Ketika membelek fail berkait UPU Bradwall saya tertarik dengan satu hujah yang di lontarkan sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Operasi dimalam selepas penamaan calun.

Semua telah dimaklum bahawa pihak SPR cuba untuk melindungkan perarakan besar PR dengan memberikan laluan yang tersorok . Bermula dari stesen minyak BHP sehingga ke stesen PETRONAS kemudian belok kekanan masuk kekawasan perumahan dan berkumpul di atas bukit berhampiran pusat penamaan calun di Majlis daerah PD. Manakala UBN dari pekan PD dan berkumpul di bawah bukit

Malam selepas penamaan calun YB. Dr. Zulkifli selaku pengarah bersama operasi mengistiharkan kita berjaya menggerakan ahli untuk mempamirkan kekuatan kita dimana ianya adalah yang terbesar selepas Bukit Gantang. Secara berselorah beliau menyatakan Bukit Uhud telah berjaya kita tawan.

Di ketika itu terlontar suara dari salah seorang sahabat " JANGAN LUPA DI UHUD KITA TEWAS".

Kalau di uhud kita kalah kerana ingkar pada arahan. Turun meninggalkan bukit uhud untuk berebut harta rampasan perang. Di Bagan Pinang kita tidak berebut harta tetapi berebut memperagakan pemilikan kewangan(bagi jentera negeri yang telah diperintah PR) serta terlalu banyak progrem yang dianjur tetapi gagal membeli jiwa pengundi serta ada yang tidak mengikut arahan .

Sebagai Ketua UPU Bradwall apabila membaca dan mendengar hujah bahawa kita akan menang hanya mampu tersenyum sahaja tetapi di dalam hati bagi yang sama-sama membuat kerja sejak bulan puasa lagi dapat merasakan pergerakan undi tidak memihak kepada PAS, walaupun kita mendominasikan suasana pilihanraya ini.

Bersambung............................

2 comments:

Unknown said...

Salam tuan,
nampaknyer tuan tak tahu adab-adab berjemaah. Tuan banyak menunjuk kepada orang lain tapi tidak menunjuk kepada diri sendiri. Macam ni ker nak berjuang.Perjuangan menuntut lebih dari itu. Jangan buka aib orang lain apa lagi aib pasukan sendiri.Boleh cerite post mortem tapi bukan di sini... Adab berjemaah letak paling atas sekali. Belajar dari kesalahan dan paling penting susun saf semula bukan merobohkan saf. Tuan bukan orang yang sesuai utk memimpin saf....

Ikhlas,
Pejuang perlu istiqomah.

czackPY said...

kalau adelah post-mortem alangkah bagus