TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Saturday, July 4, 2009

PERJALANAN KE PUTRAJAYA BERMULA


Senarai nama MP Pakatan Rakyat mengikut kementerian yang di keluarkan oleh Majlis Pimpinan PR memang telah lama ditunggu oleh penyokong PR. Ianya mengambarkan bertapa seriusnya kita untuk mengambil alih kepimpinan negara pada PRU ke 13.



Kemunculan senarai ini merunsingkan BN bila kita lihat kenyataan Najib memperkecilkan kewujudan nama ini mampu mengganggu tugas menteri BN.



Biarkan apa saja yang ingin dinyatakan olen pemimpin BN memperlekehkan usaha ini,kita yakin ianya perlu dansesuai sebagai "kerajaan menunggu" dan sebagai latihan awal kepada MP Pakatan Rakyat.



Selepas ini kita ingin lihat pula setiap MP PR yang bertanggunjawab ke atas kementerian yang mereka jaga mengeluarkan lapuran tugas mereka serta cadangan yang boleh meningkatkan peranan setiap kementerian di dalam usaha meningkakan kecermelangan negara bila PR memerintah negara.