TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, September 25, 2009

BAGAN PINANG - 8 - TEMA PRK- BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Lama tak menulis kerana sibuk dengan sambutan raya dan kerja-kerja awal PRK.

Untuk masa terdekat ini kita tinggal banyak cerita berkaitan dengan ramadhan dan syawal. Kita akan tumpukan cerita berkaitan PRK Bagan Pinang. Semua cerita dan gambar berkaitan Ramadhan dan Syawal akan dipaparkan selepas PRK.

Kebetulan walapun PAS kawasan Seremban masih tergantung namun atas prinsip perjuangan ahli PAS kawasan tetap turun membantu kerja-kerja PRK BG. Saya dengan rasa berat hati dan blur menerima tanggungjawab mengetuai UPU Bradwall. Demi perjuangan dan menegakkan agama kita akan memberi sepenuh tenaga, masa dan wang ringgit membantu kejayaan PAS di PRK BG.

Jadi di hari yang mendatang sehingga hari mengundi 11hb Oktober kita akan membuat sorotan berkaitan UPU Ladang Bradwall. Yak lain nanti dulu lah

Di mesyuarat JOPRK kita telah dimaklum Tema PRK BG "

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT"

Kita akan bergerak terus memastikan kemenangan PAS. adios.....................