Beberapa hari selepas PRK MU saya hanya membaca ulasan dari blog yang biasa diikuti. ternyata berbagai ulasan di buat. Biasalah blog penyokong UMNO mengatakan rakyat sudah kembali ke pangkuan UBN. Blog MSO biasalah dengan ulasan sinis. Blog Aduka Taruna semua dia belasah. Blog Penarik Beca apa lagi isu UG. Tapi yang nyatanya selain blog UMNO kebanyakan blog ini mengulas kemenangan tipis ini dengan ulasan ang tajam hanyalah kerana ingin melihat PAS teus kuat untuk mengambil alih Putrajaya pada PRK ke 13.
Antara ulasan disini
http://wfauzdin.blogspot.com/2009/07/tragedi-manek-urai-apa-yang-kita-tidak.html
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/mok-cik-umno-bo-lah-kecek-belawokkk.html
http://adukataruna.blogspot.com/2009/07/barua2-sseekor-ulama.html
Kepada yang bertanya, sukar untuk saya nukilkan dalam bentuk percakapan mahupun tulisan. Ianya hanya boleh dirasai bila kita sendiri turun sebagai petugas PAS di MU. Bagi saya secara individu, memang benar keputusan PRU Manek Urai sebagai peringatan Allah , jangan cuai dan leka serta msih bermimpi indah kemenangan besar yang berterusan. Ianya diperingatkan Allah di MU bukan di PRU 13. Semuanya penganjaran kepada kita di dalam mematangkan gerakkerja bila amanah diberi Allah di PRU 13.
Dan kemenangan tipis ini sebenarnya besar ertinya di dalam politik negeri Kelantan kerana ianya dicapai oleh gerakkerja kerajaan PAS Negeri Kelantan, tanpa bantuan secara langsung dari PAS Pusat. Seperti kita maklum PRK MU organisasinya tak sama contohnya di PRK KT dimana ada Pengarah Negeri iatu Mustafa Ali dan Pengarah Pusat Ust. Nasa. Di MU hanya ada Pengarah Negeri dan Penasihat yang semuanya PAS Kelantan. Pas Pusat hanya turun sebagai penceramah yang disusun oleh PAS negeri.
Jadi jentera negeri berlawan dengan kekuatan jentera UMNO yang memiliki sumber kewangan, media dan segala tipu helah yang dibantu oleh Polis dan SPR secara logik bak kata Husam Musa kita sepatutnya kalah tetapi berkat panduan Tok Guru Nik Aziz kepada rakyat MU, Allah masih memberikan kita kemenangan dengan sedikit pengajaran yang harus kita sama-sama perbetulkan bagi menghadapi PRU 3
POS LATA PAUH-ORANG LAMA PAS BERASAL DARI PASIR PUTIH- TABIK LAH TOK WAKIL PAS TIDUR DI POS, INGAT TOK WAKIL UMNO SANGGUP TAK?
SG. SOK DI RUMAH BAKAL BESAN TOK PA- KENDURI DURIAN BERSAMA UST. BADRULAMIN, YB SIKAMAT DAN Pj PAS NS
TALIMAT MP KUBANG KRIAN.2 HARI SEBELUM MENGUNDI- KITA DALAM KRITIKAL MENDAHULUI 300-500 UNDI SAHAJA- TERUSKAN KERJA KUAT
POK JAK ORANG LAMA PAS JUGA BERTUGAS DI MANEK URAI
SEBAHAGIAN PETUGAS PAS NS MENDENGAR TAKLIMAT DARI YB SALEHHUDIN
Saya turut ke MU memberi sedikit tenaga membantu Petugas PAS NS yang diketuai oleh Yb Taufek. Perjalanan saya bersama Md Lui dan Abg Zul tanpa rakan biasa Abg Lan di 4 PRK lepas yang tidak mendapat cuti tiba pada pagi Ahad.
Memasuki MU kami di kejutkan dengan Poster BN yang banyak dan serentak kami berkata kalau macam nie kalah PAS.
Sesat kami mencari rumah Kontigen PAS NS di Sg Sok. Dalam pencarian itu kami sampai di Manek Urai Baru dimana Majlis Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan anjuran BN sedang berlangsung. Md Lui yang isterinya seorang guru mencelah Hari Guru bulan Mei ke Julai. BN semua bolehlah......
Bila sampai kami mendaftar, menerima sedikit taklimat dan diarahkan ke kediaman petugas yang terletak diantara Pos UPU Sg Sok dan Pos Lata Pauh untuk berehat dan bertugas malam seperti musang berkaitan keselamatan bersama dengan Petugas tempatan serta petugas Pas Melaka dan Petugas Pas Kubang Krian.
Di tempat penginapan ini kami menghadapi masalah apabila talian telefon dan internet tiada. Ini menyebabkan kami terputus dengan berita luar. Saya yang gunakan talian celcom terpaksa ke jalan utama Gua Musang - Kuala Krai iaitu markas induk PAS jika ingin hubungi keluarga. Sesekali diwaktu tengah malam baru ada talian . Oleh YB Taufik melalui Sdr. Rashid terpaksa ke penginapan kami sekiranya ada arahan kerja terbaru.
Ahad petang kami diarahkan berkumpul di sekolah arab bagi taklimat dan arahan tugas .
Bersambung...........