TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Tuesday, February 17, 2009

LLM, LEKAS, IJM, DENGAN DIBANTU OLEH MPS BERTINDAK UMPAMA YAHUDI DI BUMI MARGOSA



Benarlah bagai dicanang kerajaan BN tidak lagi boleh diletakan harapan.
Setelah lama kita menunggu akhirnya pada 16hb Febuari Pihak LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) LEKAS (Lebuhraya Kajang-Seremban IJM memulakan penutupan dan pembinaan.
Tanpa menghiraukan persetujuaan keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' YDP MPS bahawa pihak LLM serta sekutunya tidak boleh meneruskan pembinaan selagi belum mendapatkan persetujuan penduduk. Untuk persetujuan pihak LLM perlu bekalkan segala dokumen melainkan dokumen yang dibawah OSA. Mesyuarat juga bersetuju dengan permintaan penduduk, perjumpaan seterus di buat di Seremban di waktu malam dengan YDP MPS selaku pengerusi mesyuarat.
Bila mendapat minit mesyuarat, penduduk rasa dikianati apabila banyak perkara yang diperbincangkan hilang tidak tercatit. Dari minimum tujuh dokumen diminta hanya 2 sahaja diterima dengan alasan tidak releven dengan tuntutan penduduk bukan kerana OSA. Oleh itu bila penduduk mendapat jemputan mesyuarat dua kali yang hendak diadakan di pejabat LLM di mana satu surat diterima selepas tarikh mesyuarat dan mengenepikan peguam lantikan penduduk., penduduk atas nasihat peguam memaklumkan ketidak hadiran dengan alasan bercanggah dengan keputusan mesyuarat dan memohon tarikh lain dan dibuat pada waktu malam di Seremban., serta memaklum kita belum menerima sepenuh dokumen bagi kajian peguam serta jurutera lantikan kami.
Tanpa dokumen ini penduduk tidak dapat sepenuh meneliti kesan keatas penduduk dalam jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Oleh demikian penduduk belum lagi memberi persetujuan.
Tanpa menghirau panggil telifon, surat , email dan sms kami, Ketua Pengarah LLM menyatakan faham akan kandungan tetapi tetap melanggar keputusan mesyuarat dan terus secara haram memulakan projek ini.
LLM dan sekutunya terus ganas umpama Yahudi dibumi Margosa serta dibantu MBNS , SUK, MPS, JKR dan JPS dengan membisu mendiamkan diri.