TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Saturday, May 29, 2010

BERITA BENAR -MALAYSIA AKAN BANKRAP

Kenyataan DS Idris Jala yang dibuat bahawa negara akan bankrap 9 tahun dari sekarang adalah benar dan tepat.

Ianya akan pasti berlaku jika puak UBN masih memerintah selepas PRU 13 . Ini kerana UBN langsung tidak mempunyai keupayaan didalam menguruskan ekonomi negara. Mereka yang banyak memperlekehkan agama islam ditutupkan fikiran serta ilham bagaimana untuk menguruskan ekonomi negara. Mereka seolah tidak nampak sumber lain melainkan cukai judi bagi mendapatkan hasil negara.

Akibatnya tiada keberkatan hasil yang diterima dan berbagai gejala buruk menimpa negara.

Jadi pastikan kita gulung UBN di PRU ke 13 agar kita tidak bankrap.

Friday, May 28, 2010

20,000 MASUK PAS- TAKAN ORANG MELAYU UMNO BUTA

Pengitirafan DHPP menyebabkan PAS menerima kemasukan 20000 ribu ahli yang dulu dikenali sebagai kelab penyokong PAS.

Di saat yang sama UMNO istihar 380, 000 ahli di buang dari senarai UMNO dalam operasi pemutihan mereka.

Kita nak beritahu Setiausaha Agung UMNO sebenarnya 1 juta perlu dibersihkan kerana ramai dah tinggalkan UMNO dan menyertai parti Pakatan Rakyat secara diam-diam dan mengekalkan ahli kerana sebab-sebab seperti pekerjaan, kontrak dan tender perniagaan.

Tunggulah bila kerajaan pusat berubah, UMNO akan mati kering tanpa ahli kerana masa itu orang malu untuk mengaku sebagai ahli UMNO

Thursday, May 27, 2010

USRAH BULANAN PAS KAWASAN SEREMBAN

USRAH BULANAN PAS KAWASAN SEREMBAN

TARIKH : 31HB MEI 2010

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : NO 234, JALAN PLAMA 7 TAMAN PJ PERDANA
(RUMAH KETUA URUSAN ULAMAK PAS SEREMBAN)

PENGISIAN OLEH : UST. MOHAMAD ZIN BIN ABD RAHMAN
SETIAUSAHA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

SEMUA AHLI PAS KAWASAN SEREMBAN DIJEMPUT HADIR

Friday, May 21, 2010

DEMO JUDI DI MASJID NEGERI










Tahniah Pemuda PAS Negeri Sembilan kerana berjaya menyampaikan hasrat rakyat tentang judi di Masjid Negeri sebentar tadi

Turut kelihatan di demo tersebut selain Ketua Pemuda PAS NS Ust. Khairul Wafa dan AJKnya juga Persuruhjaya PAS NS Sdr Zulkifli Omar, YB. Taufik, Timbalan YDP Kawasan Seremban Hj Ghazali , Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban dan Ketua AMK Shamsul Iskandar serta mantan Pengerusi GERAK.

Gambar akan menyusul........................

Tuesday, May 18, 2010

DIALOG PAS - PADERI BERJAYA

Dari blog Misbahulmunir .




Buat julung kalinya PAS Perak berjaya menganjurkan program Ramah Mesra & Dialog bersama paderi-paderi dari sembilan buah gereja di bandaraya Ipoh. Seramai 23 orang paderi-paderi gereja dari berbagai mazhab hadir di Hotel Hilcity petang semalam. Sebahagian yang lain tidak dapat hadir kerana menghadiri program gereja di Pulau Pinang.

Program yang penuh mesra dan ceria berjaya merapatkan hubungan antara PAS dan pihak gereja yang sebelum ini terpisah kerana prejudisnya pihak gereja terhadap PAS. Salah seorang wakil mereka Dr. Teoh yang menyampaikan ucapan aluan menyatakan dengan telus sekiranya 3 tahun sebelum ini PAS menjemput mereka hadir, sudah pasti tidak ada pihak gereja yang mahu hadir. Ini kerana gambaran yang mereka terima bahawa PAS adalah parti agama yang ekstrim dan ganas.
Setelah PAS berpengalaman menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR serta pengalaman memerintah di negeri-negeri lain dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah dan keganasan,
sikap dan pemikiran mereka mulai terbuka terhadap PAS, prejudis golongan gereja terhadap PAS mula terhakis dan kini mereka lebih percaya dengan PAS berbanding dengan UMNO.


Pimpinan PAS yang diketuai oleh YB Dato' Seri Hj Nizar telah berjaya menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh paderi dalam sesi dialog. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak selaku pihak penganjur. Dalam ucapan aluan beliau menyatakan bahawa program hari ini adalah titik permulaan mencari persefahaman dan persamaan antara PAS dan gereja dalam menangani apa sahaja isu masyarakat dan negara. Sebagaimana PAS yang boleh bergabung dengan DAP walaupun berlainan ideologi, sudah tentu PAS juga boleh berkerjasama dengan pihak gereja dalam menangani persoalan yang sama dengan melihat dari persepktif agama yang bersifat universal.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Dr. Khairuddin, YB Khalil Idham Lim, YB Zainuddin Yusuf, Pemangku Ketua Dewan Ulama, Setiausaha Dewan Ulama, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan beberapa Jawatankuasa hariannya. Turut hadir sebagai tetamu ialah YB Dr. Mujahid Yusuf, AJK PAS Pusat.

Penghujung program, para paderi yang hadir menyatakan rasa gembira dengan pertemuan ini dah mengharapkan ia lebih kerap lagi dianjurkan.

MELAYU UMNO BODOH SAMPAI KEMAMPUS

UMNO bodoh sampai kemampus seperti selalu diucapkan oleh Mat Sabu

UMNO BANGSAT -- SPRM TULI DAN PEKAK BADAK


Malas sebenarnya nak komen tetapi melihat sikap benaknya orang UMNO, kita catit sikit kemenangan PR di Sibu.

Banyak ulasan ahli UMNO temasuk pemimpinnya seperti disini disini

Mereka masih menyanyikan lagu lama bila kalah. Berbagai teori diutarakan, namun semua nya menjurus kepada tuduhan DAP memainkan isu perkauman, DSAI menjanjikan jawatan penting kepada orang cina, PAS serta Melayu dalam PKR boneka DAP.

Hoi orang UMNO bukan sebab diatas, mengapa bodoh sangat bacaan politik anda. Isunya mudah. Dasar parti anda dan sikap pimpinan anda menjadikan rakyat muak.

Isunya rasuah, jual negara, ugutan, tipu, kes liwat DSAI, lesen judi yang diluluskan, double standard, kawalan kepada SPR, SPRM, POLIS, Kehakiman, APCO dan banyak lagi pengkianatan UBN kepada rakyat. Ini semuanya buatkan rakyat marah dan muak kepada kerajaan UBN.

UBN kena ubah dasar dan kena ikut slogon Rakyat Didahulukan bukan orang UBN didahulukan.

Kalau macam inilah pemikiran ahli UBN yang berterusan sejak 50 tahun dahulu tunggulah kemusnahannya di PRU 13.

Wednesday, May 12, 2010

SELAMAT BERTUGAS PAS KAWASAN SEREMBAN

YDP PAS KAWASAN SEREMBAN

ALHAMDULILLAH SINAR PAS KAWASAN SEREMBAN MULA KELIHATAN, DOAKAN KAMI MAMPU MEMIKUL AMANAH INI. SOKONGAN AHLI PAS KAWASAN SEREMBAN AMAT KAMI HARAPKAN

JAWATANKUASA PAS KAWASAN SEREMBAN

PENGERUSI TETAP : HJ ABDUSTAR BIN NOR MOHD

TIMBALAN PENGERUSI TETAP : HAJI ISMAIL FAIZ

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 : HJ ISHAK BIN MAHADUMSA

PEMERIKSA KIRA- KIRA 2 : RAZALI BIN PILUS

YANG DIPERRTUA : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN

TIMBALAN YANG DIPERTUA : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM

NAIB YANG DIPERTUA : ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN

KETUA URUSAN ULAMAK : HJ MUSTAFA DOLAH

SETIAUSAHA : HAJI RAHIM YUSOF

PENOLONG SETIAUSAHA : MOHAMED DAUZKAPLY NOOR GHAZALI

BENDAHARI : HAJI BAHARIN THALIB

KETUA PENERANGAN : HIJ ANUAR MAARUP

PENGARAH PILIHANRAYA KAWASAN : JAMALUDDIN HUSSIN

LUJNAH POLITIK DAN ORGANISASI : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN

LUJNAH TARBIAH DAN PENDIDIKAN : HJ MUSTAFA DOLAH

LUJNAH KEBAJIKAN : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM

LUJNAH PERPADUAN NASIONAL : HJ. ANWAR WAHAB

AJK

1 : SAARI BIN SAIDON
2 : HASHINORDIN BIN HASHIM
3 : HAJI ISHAK YAHYA
4 : UST AMRAN AZIZ
5 : BORHAN DOLAH
6 : HAZAHAR ABDULLAH
7 : FADHLI CHE ME
8 : MOHD ALI OSMAN
9 : MOHD FAUZI MOHD ZAKI
10 : HJ AMRAN MOHD AMIN

DEWAN HARIAN PAS KAWASAN SEREMBAN

YANG DIPERRTUA : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN

TIMBALAN YANG DIPERTUA : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM

NAIB YANG DIPERTUA : ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN

KETUA URUSAN ULAMAK : HJ MUSTAFA DOLAH

SETIAUSAHA : HAJI RAHIM YUSOF

PENOLONG SETIAUSAHA : MOHAMED DAUZKAPLY NOOR GHAZALI

BENDAHARI : HAJI BAHARIN THALIB

KETUA PENERANGAN : HIJ ANUAR MAARUP

PENGARAH PILIHANRAYA KAWASAN : JAMALUDDIN HUSSIN

KETUA PEMUDA PAS KAWASAN SEREMBAN

KETUA MUSLIMAT PAS KAWASAN SEREMBAN

Sunday, May 9, 2010

SELEPAS 7 TAHUN - KEPUTASAN PEMILIHAN PAS KAWASAN SEREMBAN

PENGERUSI TETAP : HJ ABDUSTAR BIN NOR MOHD
TIMBALAN PENGERUSI TETAP : HAJI ISMAIL FAIZ
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 : HJ ISHAK BIN MAHADUMSA
PEMERIKSA KIRA- KIRA 2 : RAZALI BIN PILUS

20 ORANG AHLI JAWATANKUASA

1 : SAARI BIN SAIDON
2 : HASHINORDIN BIN HASHIM
3 : ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN
4 : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM
5 : HJ. ANWAR WAHAB
6 : HAJI BAHARIN THALIB
7 : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN
8 : HAJI ISHAK YAHYA
9 : HAJI RAHIM YUSOF
10 : UST AMRAN AZIZ
11 : BORHAN DOLAH
12 : JAMALUDDIN HUSSIN
13 : HAZAHAR ABDULLAH
14 : HJ MUSTAFA DOLAH
15 : FADHLI CHE ME
16 : MOHD ALI OSMAN
17 : HIJ ANUAR MAARUP
18 : MOHAMED DAUZKAPLY NOOR GHAZALI
19 : MOHD FAUZI MOHD ZAKI
20 : HJ AMRAN MOHD AMIN

4 JAWATAN PENTING TELAH DILANTIK DI HADAPAN PENOLONG SETIA USAHA AGUNG YB dATO' TAKIYUDDIN IAITU

YANG DIPERRTUA : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN

TIMBALAN YANG DIPERTUA : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM

NAIB YANG DIPERTUA : ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN

KETUA URUSAN ULAMAK : HJ MUSTAFA DOLAH


LAIN-LAIN AKAN DIMAKLUMKAN

Saturday, May 8, 2010

TERKINI - MESYUARAT PAS KAWASAN SEREMBAN

ALHAMDULILLAH WAKTU INI URUSETIA PEMILIHAN SEDANG MEMBUAT KIRA UNDI SETELAH KEPUTUSAN MAJORITI PERWAKILAN BERSETUJU MEMBUAT PEMILIHAN SECARA MEMILIH 20 ORANG AJK DAN PENENTUAN JAWATAN DIBUAT SECARA SYURA OLEH 20 AJK YANG TERPILIH.

KEPUTUSAN MUKTAMAD AKAN MENYUSUL

Thursday, May 6, 2010

ALFATIHAH : PERGINYA SEORANG SAHABAT

Allahyarham Abg Syed Jelebu(berketayab dipintu bilik)

Alfatihah

Berita sedih yang diterima dari sms sahabat memaklumkan pemergian Abg Syed pada pagi jumaat. Masih jelas ingatan sewaktu bertugas di PRK Hulu Selangor. Saya selaku setiausaha kontigen dan beliau selaku penolong bendahari kontigen PAS NS yang juga tukang masak kepada petugas NS.

Sesungguh JPN NS amat beruntung ketika PRK HS apabila kita kehilangan Pak Ngah selaku tukang masak Kontigen PAS NS di PRK, muncul Abg Syed memberikan sumbangan mengambil peranan Pak Ngah selaku tukang masak.

Sumbangan beliau kepada perjuangan PAS amat besar sekali terutama ketika adanya PRK. Masih teringat bagaimana komitmen beliau di PRK Permatang Pauh, bila mana beliau cekal tidak meninggalkan medan peperangan walaupun dimaklumkan menantu beliau meninggal dunia di kampung ketika itu.

Selamat tinggal sahabatku sesungguh kami berbangga sahabatku mati di dalam perjuangan.

Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhnya . Amin


Monday, May 3, 2010

KENANGAN DI HULU SELANGOR

huluselangor



Catatan : hidup_berjuang

Salam 4 ALL

Sempena PRK P094 yang berlalu ana ingin merakamkan sekalung penghargaan buat teman –teman yang bersama dalam gerak kerja khusus UPU-UPU di Bukit Beruntung Bukit Sentosa & TBR,teman2 peringkat MTD,DPPKHS,JPrK (nama2 anda org tempatan tidak boleh disebut di sini). Barisan kental yang sedia ada dari kalangan muslimin dan muslimat juga PKR di TBR ana cukup tabik. Tanpa wang poket kita terus gerak,anak isteri/ suami harap faham landasan perjuangan yang kami pilih. Tentunya kita tidak hiraukan segala kekurangan itu semua kerana kita tahu JIHAD JALAN KAMI ,MATI SYAHID CITA-CITA KAMI, ALLAH MATLAMAT KAMI.

Buat kontigen N9 ana masih terkenangkan khidmat bakti anda semua.Ana tahu tentera N9 semuanya jauh berpengalaman terdiri daripada kepimpinan peringkat negeri.Setiap malam ana terpaksa mengetuai mesyuarat dan berdepan anda semua. Antum desak program dan report sampai ana tak senang duduk.Sampai satu malam tu lepas kita meeting,hujan turun langsung ana tido kat masjid jer sampai Suboh.Buat abang Zakaria, abang Zaharudin, brader Rasyid Komando (lu begitu berani & cool) dan yang lain-lain masa cukup suntuk untuk kita terus berukhwah. Ana harap penginapan,bekalan bahan mentah, daftar pemilih serta sedikit RM semasa program Cik Kamutha benar-benar dapat membantu gerak kerja antum semua.Terima kasih juga kepada YB Paroi yang sudi bermalam di teratak buruk tuan rumah,terimakasih jugak kerana kuliah Suboh YB di surau.

Buat Dato’ Presiden TGHH,terima kasih kerana berkelana ke surau Apatmen Teratai.Semuanya seperti mimpi apabila susok tubuh TGHH berdiri gagah memimpin solat Maghrib ,kuliah dan solat Isyak. Time ni sedih gak kenangkan jatuh bangun perjuangan ini.

Buat DACS, Halim & Hamizam & jentera Subang yang bekalkan PA System pd program DACS,akhirnya dapat jugak antum mengesan bakat remaja dalam tunggang motor secara selamat. Isyaallah kelab motor ARC ana target boleh ditubuhkan hujung tahun ni (lepas bonus la wa tangkap moto satu).Adik Salman tu kita boleh bela jadi raider PAS,amacam?? baca lagi di sini

KOMENTAR : RASANYA BANTUAN KONTIGEN SELANGOR DI UPU BRADWAL BAGAN PINANG LEBIH BESAR LAGI. INI SAJA KEMAMPUAN KAMI LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN TENAGA BARU DARI JPN NS YANG HANYA BARU SEBULAN DILANTIK. KITA HANYA ADA SEDIKIT PENGALAMAN KALAH DI BAGAN PINANG YANG KITA PERGUNAKAN DI TBR BILA BERHADAPAN DENGA PENGUNDI INDIA. KULIAH SUBUH OLEH UST NAZRI DARI DEWAN ULAMAK PAS NS BERJALAN LANCAR DENGAN SAHABAT LAIN. TERIMA KASIH KAMI PADA PAS TBR TERUTAMA WAN ISMAIL DAN FAUZI DAN LAIN2.

Saturday, May 1, 2010

SESIAPA YANG TIDAK SETUJU DENGAN HUKUM DAN SYARIAT ALLAH, SILA TINGGALKAN BUMI INI

Oleh: Tok Janggut

Penulis setuju dengan titah Sultan Selangor bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor. TAPI persoalanya ialah, undang-undang yang bagaimana? Adakah yang hanya berkait kononya "tidak boleh guna masjid untuk cakap politik saja?" Bagaimana jika yang datang ke Selangor untuk berzina, minum arak, berjudi, makan rasuah, tipu harta rakyat dan berbagai lagi itu dibolehkan?

Ingatlah, ini bumi dan seisinya kepunyaan Allah, milik Allah dan hak Allah yang mutlak. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang suci, bahawa barangsiapa yang tidak mahu tunduk, tidak mahu akur dan cuba mengambilalih kuasa dan hak Allah, sila keluar dari bumi Allah ini dan rekaciptalah satu bumi lain mengikut kehendak kamu, dan disana kamu boleh berseronok sakan tanpa siapa boleh larang, mampukah?

Adalah suatu yang mengaibkan dan menghinakan apabila hukuman yang berkaitan dengan hak Allah seperti minum arak diambilalih oleh manusia yang juga peminum arak. Kini sesiapun sudah boleh minum arak, nak berzina, nak berjudi, nak membunuh secara terang-terangan kerana mahkamah tidak boleh buat apa. Si pesalah boleh mengadap Sultan untuk memohon ampun dari dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataan Menteri Agama dan beberapa orang pemimpin UMNO/APCO bahawa sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan Sultan seolah memberi amaran dan menghina bukan saja kepada rakyat bahkan seolah-olah ditujukan kepada Allah dan Rasul juga. Atau dengan kata lain "Allah dan Rasul jangan nak pertikai keputusan Sultan mengampunkan peminum arak itu, itu hak dan kuasa Sultan", lebihkurang begitulah. Kenyataan Mufti Perak pula seolah-olah bersetuju dengan keputusan Sultan itu dengan memberi alasan bahawa enam rotan bukanya hukum hudud.

Sepatutnya beliau menasihatkan Sultan yang kononya Ketua Agama supaya meminta Mahkamah Syariah menghukum dengan 80 rotan seperti yang diperintah oleh Allah, bukanya bersetuju hukuman 6 rotan dibatalkan dengan alasan enam rotan bukanya termasuk dalam hudud.

Mudah sungguh si Mufti ni mencari alasan untuk melarikan diri semata-mata kerana takut dengan Sultan lebih dari takutkan Allah.

Jadi sekiranya perintah Sultan mengatasi segala-galanya, yang wajib dipatuhi, mesti ikut, tak boleh bantah dan derhaka sehinggakan mengatasi taat dan patuh pada perintah Allah dan Rasul, maka elok sajalah pada sesiapa yang hidupnya bergelumang dengan maksiat, kezaliman, penindasan, penipuan dan berbagai kemungkaran lagi, keluar saja dari bumi ALLAH ini dengan segera. Kerana dengan ketiadaan golongan sebegini, barulah orang yang beriman hidup aman dan tenteram.

Jika ada golongan sesat mencadangkan agar di tarik taraf kerakyatan pada sesiapa yang derhaka pada Sultan, maka elok jugalah ditarik taraf "manusia nya" dari golongan yang derhaka pada Allah dan Rasul, samada keluar dari bumi Allah atau berdoa pada Allah supaya ditukar atau dijadikan setaraf dengan makhluk di rimba atau di zoo.

Amaran Allah bahawa Yahudi adalah bangsa yang dilaknat, yang jahat dan penipu, tiba-tiba UMNO pula berkawan dan menjemput mereka datang ke Malaysia bahkan turut mempromosi Negara Yahudi itu di MITI. Kini UMNO adalah sebahagian dari Yahudi. UMNO juga adalah cawangan Yahudi di Malaysia. Insyaallah, di akhirat kelak puak UMNO akan Allah bangkitkan dan dikumpulkan bersama puak Yahudi ini dan dicampakan ke dalam neraka yang sama dengan Yahudi kerana sebagai balasan berkawan dan berbaik-baik dengan Yahudi semasa di dunia sehinggkan sanggup menghina dan mengenepikan syariat Allah dan menghina ulama semata-mata untuk menjaga hati Yahudi dan berlutut dengan Yahudi.

Kita lihat saja strategi UMNO di setiap kempen pilihanraya samada PRU atau PRK. Apa yang dilakukan oleh UMNO tak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Dajjal dan Yahudi. Rasuah, ugutan, keganasan, penipuan dan provokasi mereka tidak ada bezanya dengan perangai Yahudi setiap kali berdepan dengan umat Islam di seluruh dunia.

Inikah golongan yang dipertahankan dan di bela oleh Sultan dan Mufti serta orang Melayu yang bermaruah dan beragama? Patutlah ramai umat islam jahil dan menentang syariat Allah yang berkait dengan hudud, qisas dan sebagainya kerana perkara ini termasuk dalam bab politik (pemerintahan) dan perkara ini jugalah yang menjadi larangan kuat UMNO dari disampaikan di dalam masjid dan surau. Jika mereka tidak mampu menghalangnya (negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat), UMNO akan menggunakan istana untuk menghalangnya. Tetapi jika nak berjudi, nak minum arak, nak berzina, makan rasuah, nak menipu atau nak hina syariat Allah dan Sunnah nabi, UMNO tak peduli, buatlah, asalkan kamu sokong UMNO/APCO. Inilah antara kejayaan Yahudi sejak berkawan dengan UMNO. Berbanggalah wahai Mufti dan orang Melayu dengan UMNO/APCO. Wallahualam./Tranungkite