Catatan :  hidup_berjuang
Salam 4 ALL
Sempena PRK  P094 yang berlalu ana ingin merakamkan sekalung penghargaan buat teman  –teman yang bersama dalam gerak kerja khusus UPU-UPU di Bukit Beruntung  Bukit Sentosa & TBR,teman2 peringkat MTD,DPPKHS,JPrK (nama2 anda org  tempatan tidak boleh disebut di sini). Barisan kental yang sedia ada  dari kalangan muslimin dan muslimat juga PKR di TBR ana cukup tabik.  Tanpa wang poket kita terus gerak,anak isteri/ suami harap faham  landasan perjuangan yang kami pilih. Tentunya kita tidak hiraukan segala  kekurangan itu semua kerana kita tahu JIHAD JALAN KAMI ,MATI SYAHID  CITA-CITA KAMI, ALLAH MATLAMAT KAMI.
Buat  kontigen N9 ana masih terkenangkan khidmat bakti anda semua.Ana tahu  tentera N9 semuanya jauh berpengalaman terdiri daripada kepimpinan  peringkat negeri.Setiap malam ana terpaksa mengetuai mesyuarat dan  berdepan anda semua. Antum desak program dan report sampai ana tak  senang duduk.Sampai satu malam tu lepas kita meeting,hujan turun  langsung ana tido kat masjid jer sampai Suboh.Buat abang Zakaria, abang  Zaharudin, brader Rasyid Komando (lu begitu berani & cool) dan yang  lain-lain masa cukup suntuk untuk kita terus berukhwah. Ana harap  penginapan,bekalan bahan mentah, daftar pemilih serta sedikit RM semasa  program Cik Kamutha benar-benar dapat membantu gerak kerja antum  semua.Terima kasih juga kepada YB Paroi yang sudi bermalam di teratak  buruk tuan rumah,terimakasih jugak kerana kuliah Suboh YB di surau.
Buat Dato’  Presiden TGHH,terima kasih kerana berkelana ke surau Apatmen  Teratai.Semuanya seperti mimpi apabila susok tubuh TGHH berdiri gagah  memimpin solat Maghrib ,kuliah dan solat Isyak. Time ni sedih gak  kenangkan jatuh bangun perjuangan ini.
Buat DACS,  Halim & Hamizam & jentera Subang yang bekalkan PA System pd  program DACS,akhirnya dapat jugak antum mengesan bakat remaja dalam  tunggang motor secara selamat. Isyaallah kelab motor ARC ana target  boleh ditubuhkan hujung tahun ni (lepas bonus la wa tangkap moto  satu).Adik Salman tu kita boleh bela jadi raider PAS,amacam?? baca lagi di sini
 
KOMENTAR : RASANYA BANTUAN KONTIGEN SELANGOR DI UPU BRADWAL BAGAN PINANG LEBIH BESAR LAGI. INI SAJA KEMAMPUAN KAMI LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN TENAGA BARU DARI JPN NS YANG HANYA BARU SEBULAN DILANTIK. KITA HANYA ADA SEDIKIT PENGALAMAN KALAH DI BAGAN PINANG YANG KITA PERGUNAKAN DI TBR BILA BERHADAPAN DENGA PENGUNDI INDIA. KULIAH SUBUH OLEH UST NAZRI DARI DEWAN ULAMAK PAS NS BERJALAN LANCAR DENGAN SAHABAT LAIN. TERIMA KASIH KAMI PADA PAS TBR TERUTAMA WAN ISMAIL DAN FAUZI DAN LAIN2.
 
1 comment:
jazakallahu khairon kathira
Post a Comment