Di dalam sayu melihat akan anak yang terpaksa melepaskan progrem pengukuhan musim cuti, teringat tentang amanah yang ditanggung.
Mampukan saya menggalas amanah yang diberikan. Sedang tugas sedia ada selaku Pengerusi SRS Taman Bukit Margosa serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa.
Kelegaan sedikit bilamana saya dimaklumkan nama saya tidak diluluskan oleh MBNS sebagai salah seorang AJK KRT Taman Bukit Margosa( Saya akan ulas dipenulisan lain). Sesunggunya ALLAH maha mengetahui. Kerisauan saya ditunjuk ALLAH penyelesaiannya. Saya kini bebas menumpukan segala usaha, masa di dalam perjuangan yang lebih besar iaitu di dalam Perjuangan Islam bersama PAS.
Namun jika diberi peluangan saya lebih suka menumpukan kerja-kerja bersama JPPNS, namun atas keyakinan sahabat untuk saya turut aktif di dalam PAS kawasan Seremban, saya dengan rasa berat hati menerima harapan sahabat .
Ada juga sahabat yang tidak berapa setuju bila mana saya tidak menzahirkan sokongan saya didalam pemilhan kawasan Seremban tempohari. Saya juga memohon maaf kepada sahabat kerana tidak menerima saranan agar saya bertanding jawatan YDP Kawasan Seremban. Saya menolak kerana masa itu tujuan kita hanya satu iaitu sama dengan semua ahli yang inginkan PAS kawsasan Seremban keluar dari pengantungan dan kembali aktif sebagai mutiara PAS NS.
Dan kita berjaya bila mana PAS kawasan sudah bebas dari pengantungan.
Tetapi kini terasa takut bila mengenangkan mampu ke amanah ini digalas. Dengan keyakinan serta sokongan semua kita pasti berjaya dengan izin ALLAH dan semuanya ikhlas dalam perjuangan ini.
Saya memang kurang pengalaman memimpin parti, namun sokongan sahabat saya yakin kita mampu serta saling menegur kesilapan dan menyarankan keperluan di dalam menggerakkan perjuangan ini secara bersama.
Kita tinggalkan masalah lama jauh kebelakang dan kita bergerak terus kehadapan dalam perjuangan kita, kerana musoh utama kita adalah UMNO-APCO.
Perjuangan menentang UMNO-APCO adalah wajib bagi setiap orang yang mengaku dirinya islam dan wadah perjuangan yang ada adalah PAS.
Sementara itu kami yang mentadbir amanah ahli bagi menguruskan PAS Kawasan Seremban mempunyai masa tidak sampai 1 tahun kerana selewat-lewatnya bulan Febuari 2011 kita akan ada semula pemilihan.
Oleh itu setiap cawangan harus menyiapkan diri kerana selepas itu kita akan berhadapan dengan PRU ke 13 yang mana ianya adalah lebih penting lagi.
Setiap cawangan harus mengemaskinikan perjalanan cawangan seperti keahlian cawangan , SUDAH KE AHLI TAHUN MEREKA BERDAFTAR DI CAWANGAN MANA? SUDAH KE MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?, BERDAFTAR DI DUN MANA.? AHLI KELUARGA TELAH MENJADI AHLI PAS DAN SUDAHKAN MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?.USRAH CAWANGAN DAH MULA KE?
Semua ini penting untuk kita hadapi pemilihan kawasan Tahun 2011 dan juga PRU KE 13. Ahli harus sedar semua di atas adalah penting. Bukan 2 kumpulan itu sahaja ingin kita serahkan hidup mati PAS Seremban. Tetapi ianya terletak pada semua ahli yang telah meletakkan diri mereka berjuang di dalam PAS. Kita menyertai PAS bukan kerana kita bencikan UMNO tetapi kerana PAS sahaja wadah perjuangan seseorang yang mengaku dirinya islam. Dan kita tidak menyokong tubuh badan seseorang tetapi kita menyokong Islam yang dibawa oleh PAS.
Walaupun saya sedikit terkecewa kerana gagal untuk membuatkan kedua-dua pihak berunding agar tiada pertandingan ' namun saya merasakan sedikit kegembiraan bila mana PAS kawasan Seremban boleh kembali aktif semula.
Ahli kena sedar jawatankuasa yang ada tidak dapat lakukan banyak perkara kerana tempah masa tidak sampai setahun untuk menyiapkan tugas agar perjalanan mesyuarat Agung pada Tahun 2011 berjalan lancar dan tiada masalah teknikal. Jawatankuasa yang ada hanya boleh tumpukan kepada perkara berkaitan mengemaskinikan organasasi cawangan serta tarbiah ahli. Di sini keperluan untuk semua Ketua Cawangan dan Setiausaha serta AJK cawangan membantu AJK Kawasan dengan mengenepikan siapa orang siapa. Setakat ini saya lihat adanya sokongan itu.
Kita perlu letakan sasaran pertambahan cawangan sekali ganda dari yang ada iatiu 36 cawangan menjadi 70 cawangan bagi kita bersaing dengan UMNO yang mempuyai hampir 60 cawangan di dalam kawsan Seremban
Sambil melihat wajah anak saya yang sedang tidur,(yang saya persiapkan untuk meneruskan rancangan perjuangan ini) terdetik dihati mampukah saya mengalas amanah ini. Terasa takut...........Kita serahkan kepada ALLAH kerana kita merancang ALLAH pun merancang, Sudah tentu rancangan ALLAH lebih hebat lagi
Dari Wad 5B HBTJ Seremban
7hb Jun 3.00 pagi
*Tulis isi bukan pandangan PAS kawasan Seremban, ianya coretan hati seorang ahli PAS yang kerdil*