TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, April 17, 2009

LEBUHRAYA LEKAS PENDUDUK TAMAN BUKIT MARGOSA FAIL INJUKSI DIMAKAMAH TINGGI SEREMBAN


Setelah berbagai usaha dilakukan dan tiada sebarang jalan penyelesaian dari pihak berkuasa yang memandang sepi rintihan penduduk., Penduduk Taman Bukit Margosa pada 2hb April telah memfailkan injuksi di Makamah Tinggi Seremban bagi maksud mendapatkan keadilan.
Perbicaraan injuksi akan diadakan pada 4hb Mei 2009 Jam 9.00 pagi di bilik Makamah Tinggi 1

Setakat ini Jawatankuasa Bertindak telah memaklumkan bahawa injuksi adalah mereka yang telah lengkap segala data yang diperlukan dimana peringkat pertama melibatkan 224 buah rumah dengan 337 orang penama dan hampir 1500 isirumah
Kita masih ada lagi 80 pemilik rumah dimana dokumen tidak lengkap yang akan dimasukan bagi peringkat kedua.
Melihat kepada keputusan makamah beberapa kes seperti di Perak kita juga sebenar rasa ragu-ragu samada ianya tidak diganggu oleh tangan-tangan politik. Kita berserah lah kepad Allah
Oleh itu saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak mengharap penduduk yang terlibat serta kenalan dapat memberi sokongan mendoakan kejayaan kmai sertak hadir beramai-ramai pada 4hb mei ini.
BANJIR KETIGA
Pada subuh 15hb April 2009, Taman kami dilanda banjir buat kali ketiga. Sehingga kini tiada usaha dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab. Mereka terus angkuh meneruskan pembinaan. Tiada langsung rasa simpati mereka kepada penduduk. Kita telah rakamkan banjir ketiga ini dan akan dimaklumkan kepada hakim sewaktu perbicaraan.
Bercerita tentang banjir ramai tidak tahu sebenarnyanya kerana pemotongan balak di Pajam dan kawasan pembinaan jajaran yang melalui Tawan Warisan Puteri dan Jalan Pantai. Kesan banjir sebenarnya sehingga ke Kampung Ismail Ampangan. Masalah ini telah disuarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban, tetapi pihak kerajaan negeri buat tak tahu.
Sehingga kini semua berita berkaitan isu ini dihalang dari di keluarkan dalam akhbar.



LAPURAN POLIS DAN SPRM
Sehingga kini lapuran yang di buat oleh pihak jawatankuasa tiada sebarang tindakan yang diambil. Kalau di SPRM hampir 5 kali kita kepejabat membuat pertanyaan ,fail kami pun hilang. Repot polis pula tiada satu pun kenyataan dari saya direkodkan tiba-tiba bila ditanya tiada kes.
BUSUKNYA HATI TOK MAT
MBNS pulak dahlah surat kami tidak dijawab kita telah mempergunakan 2 orang iatu Wan Shamsudin serta Zahari Black memecahbelahkan perpaduan di Taman kami( Saya akan ulas nanti)