Beliau melahirkan kehampaan setelah berusaha dengan YB Taufik menyediakan soalan berkaitan Taman Bukit Margosa apabila Tok Mat langsung tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Kami penduduk Margosa telah lama tahu perangai Tok Mat memang macam tu.
Masalah Taman Margosa memang cuba digelapkan dari pengetahuan orang ramai. Kalau betul dia nak membantu lama dulu dah selesai kerana Naib Pengerusi Jawatankuasa iaitu Sdr Rahman Jait adalah rakan sepermainan serta sekampung dengan Tok Mat. Paling tidak dengan satu panggian telifon dia boleh bertemu dengan kami bila-bia masa sahaja.
Sebelum ini juga kita dikhabarkan oleh ketua jabatan perangai Tok Mat bila bermesyuarat. Peringkat awal memang menarik dimana dia akan bertanya masalah dan cadangan semua pihak. Di penghujung ayatnya Nie masa saya ketua jadi ikut saya punya suka. Terkebil-kebil ketua jabatan bila diarahkan sedia cadangan tetapi Tok Mat tak terima. Terasa usaha tidak dihargai.
Satu lagi kita pernah dimaklumkan Tok Mat memang suka buat keputusan tanpa mendapatkan pandangan dari ketua jabatan seperti kes dimana beliau istiharkan bantuan fakir miskin semasa bulan ramadhan akan diberi dalam bentuk wang tunai dan tidak dalam bentuk barangan keperluan dapur seperti susu, gula, beras dan sebagainya. Sedangkan pejabat Agama Islam telah cuba laksana perubahan itu lama dulu dan mengesan ianya tidak praktikal kerana ada penerima yang menggunakan duit sumbangan itu membeli nombor ekor. Akhirnya kembali kepada cara lama. Banyak lagi keputusan Tok Mat yang seperti filp flop dengan kawalan dan campurtangan abang beliau. Benarlah selama ini tuduhan Tok Sahak bahawa Tok Mat lemah dalam memerintah negeri serta campurtangan abangnya. Dengar khabar walaupun abangnya dilucutkan sebagai setiausaha perhubungan negeri tetapi diganti dengan jawatan bendahari perhubungan betukl ke?
Berbalik kepada cerita sdra Faiz , bila mana ADUN Temiang mempersoalkan macam mana penduduk didalam kawasan beliau dinafikan hak untuk mendapatkan tanah tol walaupun telah lebih 40 tahun mendiami tapak rumah tersebut dan mengapa diberikan kepada syarikat.
Tok Mat menjawab , Walaupun lama duduk tak semestinya dapat dan itu saya punya sukalah untuk beri pada sape. Selekehnya menteri besar kita.
YB. Sikamat bila tiba gilirannya sempat menyinggung , kalau jawapan MBNS itu saya punya suka, maka bila PR di Perak beri tanah kepada penduduk miskin Cina ,BN jangan kritik kerana itu PR punya sukalah.
Tok Mat sebenarnya gagal membangunkan NS. Lihat je pembangunan fizikal semuanya sambungan kerja-kerja Tok Isa. Benarlah tuduhan Tok Sahak jual kereta bolehlah jaga negeri tengok. Takan kita nak buat macam jual kereta. Ini politik tak sama dengan jual kereta. Banyak yang perlu di ambil kira.
Tanyalal pemegang lesen kelas F, siapa yang kawal. Ada yang mengadu kejadian dilawatan tapak. Kalau orang KJ atau orang MB sama sajre siap maklumkan lawatan ini hanya prosidur sahaja. Tu sebab ramai pemegang lesen kelas F lari cari makan di Selangor kerana kerajaan PR lebih telus dan tidak ambil kira pegangan politk.
Di Margosa kes kami saman kerajaan tak lah sampai kami menjawab itu kami punya suka, tapi ianya adalah hak kami yang di zalimi.
No comments:
Post a Comment