Pengistiharan oleh Chegu Bad dalam posting beliau .h
ttp://chegubard.blogspot.com/2009/07/chegubard-isytihar-batal-semua.htmlDan seperti komen saya
http://czackpy.blogspot.com/2009/06/ug-antara-serangan-menggila-ubn-kepada.htmlSaya harapkan Chegu Bad jangan cepat melatah dan celupar di dalam penulisan di dalam blog che gu dan jangan terperangkap dengan permainan media.Menegur tak salah. Dapatkan pandangan dari pimpinan dahulu dan jangan perkecilkan Pemuda PAS. Tindakan che gu walaupun bukan atas nama PKR ianya mengguris hati ahli PAS. Saya yang juga menulis bukan atas nama parti harapkan Che Gu Bad jangan keruhkan lagi keadaan lebih-lebih lagi dalam suasana kita menghadapi PRK Manik Urai.
Saya juga sering melihat isu didalam blog pimpinan PKR seperti anda dan Ketua AMK memuatkan artikel dengan sorotan yang mengguris hati ahli PAS seperti isu UG.
Seperti yang saya catatkan sebelum ini biarkan Majlis Pimpinan PR buat keputusan. Lihat bagaimana DSAI, LKS,TGHH dan TGNA menjawab sesuatu masalah dalam kerjasama PR.
Tidak dinafikan che gu anak muda memang bersemangat didalam perjuangan tapi masih banyak yang perlu dipelajari. Untuk dapat pengalaman ianya perlukan masa serta ujian. Itu yang jadi pada Ezam gagal dalam ujian.
Che gu kena ingat PAS ni sudah banyak menerima ujian dan satu masa berjuang berseorangan. Che gu lupa PAS banyak kali beralah kepada rakan dalam PR. Saya juga dapat merasakan kekecewaan yang che gu rasakan bila Pemuda PAS nak berjumpa dengan Pemuda UMNO. Tapi percayalah PAS tidak akan terperangkap sehingga akan menjadi kompenan BN.
Lupakah che gu yang inginkan bertanding kerusi Parlimen Rembau sanggup ke Kelantan memohon restu TGNA. Apakah sukar sangat ke untuk ke Kelantan atau Terengganu berjumpa dengan pimpinan PAS bertanyakan cerita sebenar.
Jadi peristiharan tuan itu cukup mengguris hati ahli PAS, perlu ditutup kerana kita dalam suasana yang terbaik untuk dengan izin Allan menerima amanat memimpin kerajaan pusat pada PRU 13.
Jom kita bekerja bersama-sama dengan misi 2013 kita tawan Putrajaya, dan masalah yang lain melibatkan dasar biar pimpinan PR buat keputusan.
No comments:
Post a Comment