TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Saturday, June 20, 2009

UG ANTARA SERANGAN MENGGILA UBN KEPADA PR

Kini UBN sedang mengila menyerang PR bagi memecahkan perpaduan mantap di dalam PR. Isu UG menjadi wirid utama para penguasa BN. Ianya menimbulkan rasa cemas seluruh penyokong dan Pendokong PR.



Bagi ahli PAS yang telah lama kita berkeyakinan isu ini akan lenyap selepas PRK Manik Urai. Bagi ahli PAS yang baru dan masih dalam pentarbiahan awal ada yang meracau seolah-olah pimpinan PAS sekarang cuba untuk membawa PAS menyertai UBN.


Cuba kita lihat beberapa serangan yang dibuat oleh BN ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat.

a) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

1) Isu ladang ternakan babi
2) Pemberian air percuma
3) Perlantikan orang Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS
4) Pemberian wang untuk anak Selangor yang layak memasuki Pusat Pengajian Tinggi
5) Sumbangan Lembu Korban
6) Isu azan
7) Kes YB. Elizabet Wong

b) Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang

1) Masalah Lantik Pengarah Majlis Agama Islam
2) Penggunaan tulisan Cina pada papantanda jalan
3) Isu perkauman yang dinyanyikan oleh mamak-mamak Penang
4) Kain rentang ucap selamat oleh YAB Lim Guan Eng yang memetik tafsiran Al-Quran
5) Isu Perlantikan Mat Sabu sebagai pengarah GLC negeri


c) Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah

1) Isu penggunaan Jet ke Brunai
2) Isu Moral EXCO yang kahwin dua
3) GLC negeri

d) Kerajaan Pakatan Rakyat Perak

1) PAS sebagai kuda tunggangan DAP
2) Pemberian tanah kepada orang Cina
3) Derhaka kepada Raja
4) Isu Camry

e) Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan

1) Kes Tanah Tinggi Lojing
2) Perlantikan Menantu TGNA dalam GLC negeri
3) Rasuah

Sebenarnya banyak lagi serangan yang dilakukan oleh BN dengan bantuan semua media yang dikuasai oleh mereka seperti TV3 dan Utusan Malaysia.


Kadangkala tuduhan yang dibuat langsung tidak mempuyai asas dan bukti. Namun BN yang tidak punya kemaluan menggunakan segala kemudahan dan kemampuan kewangan menyebarkan bermacam tuduhan dan fitnah malah ada yang menyimpang dari ajaran agama.



Lihat saje pertuduhan yang dilemparkan berkaitan MB Selangor. Tak terfikirkah UBN bahawa tuduhan itu langsung tidak ada asas dan rakyat tahu takan MB Selangor makan sampai 46 ekor lembu .


Alhamdulillah, setakat hari ini semua tuduhan dan fitnah yang dibuat oleh UBN dapat kita tangkis dan ada juga tuduhan mereka yang memakan diri seperti isu babi di Selangor. Dan yang terbaru ADUN UMNO Kelantan terpaksa memohon maaf kepada YB Husam Musa kerana fitnah mereka yang dibantu oleh blogger MSO.


Dan kembali kepada UG yang diilhamkan oleh TGHH kita tahu dah berbuih mulut memberi penjelasan, namun ianya tetap di jadi nyanyian oleh UBN yang sedang nazak dengan sedikit bantuan pimpinan PR sebagai pemuzik. Ianya nampak merdu kepada penyokong UBN tetapi sumbang kepada penyokong PR.

Berbagai persoalan dilontarkan oleh penyokong dan pendokongan PR. Seperti yang dinyatakan bagi pendokong PAS kita yakin akan kemampuan Tok Guru kita. Bagi yang baru jadi pendokong ada juga yang mengeloh macam mana hendak diterangkan kepada penyokong bukan Islam PAS.


Kepada ahli PKR kita juga jelaskan dah banyak isu dalam PKR yang kita sama-sama pertahankan seperti dua abdul di Perak yang mendakwa tak salah rasuah sex. Jadi untuk isu UG tidak perlulah pimpinan kecil seperti Chegu Bad dan Ketua AMK mengulas di dalam blog mereka berkaitan UG. Ianya boleh menimbulkan kekeliruan terutama kepada mereka yang baru nak berjinak dengan PR.


Lihat bagaimana ketinggian ilmu pimpinan PAS bila berhadap dengan isu-isu besar yang melanda rakan mereka dalam PR. PAS pernah di tegur di atas kesilapan dan salah tafsir dalam ulasan Ust Nasha berkaitan dengan isu liwat DSAI.


Lihat juga bagaiman DSAI menjawab isu UG bila ditanya pemberita.
Oleh itu kita mengharapkan semua rakan PR membantu PAS dalam mengengkang serangan UBN bukan menjadi pemuzik membantu UBN.


Kita tahun UBN umpama mayat hidup yang bergerak setelah gagal dengan berbagai cara bagi memecahkan perpaduan PR, kini umpama ditawarkan talian hayat dengan isu perkauman sebagai asas UG iaitu melayu, melayu, melayu.


Biarkan pimpinan tinggi PR selesaikan isu ini. Tugas kita menggilap semua sumber yang ada melengkapkan semua aspek keperluan sebagai tentera yang akan diturunkan di perang PRU ke 13.


Dan sebagai isu serangan UBN seperti sebelumnya, kita yakin isu UG akan hilang selepas PRK Manik Urai.

No comments: