TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, June 19, 2009

ANTI WAHABI ATAU NAK JAGA MB?

Kebanyakan perkara yang berlaku di Malaysia mutakhir ini, mesti akhirnya membawa kepada persoalan politik. Sama ada politik kepartian atau politik menjaga kedudukan. Bila sibuk tentang tanah runtuh rupanya projek itu milik orang politik yang berkuasa, tidak boleh ambil tindakan. Bila sibuk tentang rasuah rupanya nak naikkan imej politik orang tertentu, bukan kerana nak ambil tindakan sangat. Kalau disenaraikan hampir beribu-ribu isu di Malaysia ini pasti dipolitikkan atau terlibat dengan politik.

Apa yang lebih membimbangkan apabila persoalan yang berkait dengan akidah dan urusan syariat turut dipolitikkan. Bila bebicara tentang hudud orang politik kata itu modal PAS. Bila menyebut tentang perlaksanaan Negara Islam isunya pun politik. BIla Nga Ko Meng baca quran, semuanya dikait dengan politik. Pendek kata di Malaysia hari ini semua isu ada kaitan dengan politik. Bantah PPSMI pun politik, semualah.

Di Negeri Sembilan hari ini ada kecenderungan melabelkan tenaga pengajar di kalangan Ustaz-uDi Negeri Sembilan hari ini ada kecenderungan melabelkan tenaga pengajar di kalangan Ustaz-ustaz yang mengajar di surau dan Masjid sekitar Seremban terutama yang mempunyai tumpuan ramai dicop dengan Ustaz Wahhabi. Istilah wahabi disandarkan kepada mereka yang cenderung kepada ajaran Muhammad b Abd Wahhab, pendekatannya banyak mengharamkan perkara bid'ah yang dilakukan oleh ummat Islam. Pendekatan Aliran Wahhabi yang keras sehingga mengharamkan perkara sunnat yang telah berakar umbi dalam amalan masyarakat Malaysia seperti tahlil, talkin, zikir selepas solat dan kenduri arwah menjadi sesuatu yang sangat sensitif. Sesiapa pun yang mengetahui aliran keras Wahhabi ini pasti akan menentangnya. Wahhabi juga menolak amalan sufi dan tarikat. Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang kuat amalan tasaufnya amat sensititf terhadap aliran wahhabi yang menentang amalan sufi. Maka tidak hairanlah maka sentimen anti wahhabi ini begitu mudah mendapat simpati di sini.

Apa yang menyedihkan seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu, dikenali dengan kehebatan ilmu dan tawadukknya. Banyak mengarang kitab tasuf dan mensyarahkan kitab Hikam, telah dihalang untuk terus menyebarkan ilmunya di bebarapa tempat di Negeri Sembilan, termasuk Masjid Negeri sendiri. Arahan itu dikatakan dikeluarkan oleh MB sendiri dengan alasan Ulama ini seorang Wahhabi. Beberapa Ustaz-ustaz yang sering memberikan kuliah di sekitar Seremban turut dilabel sebagai Wahhabi dan bakal menerima nasib yang sama. Bahkan kecenderungan melabelkan seseorang Ustaz / Ulama' sebagai ' Wahhabi ' sangat kuat dipelopori oleh seorang Ulama Muda yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang dikatakan rapat dengan MB N9. Ulama muda ini memang hebat ilmunya. Kini mula mengukir nama di seluruh tanah air dengan kelebihan ilmunya. Penentangannya terhadap wahhabi juga sangat kuat. Cuma yang tidak berapa enak didengar adalah mudahnya meletakkan label wahhabi pada Ustaz / Ulama' menyebabkan orang awam sendiri memperlekehkan Ustaz / Ulama' yang dicap sebagai Wahhabi.

Persoalannya benarkah kerana kewahabiannya maka mereka tidak dibenarkan mengajar? Atau kerana kebanyakan Ustaz tersebut lebih banyak menyatakan kebenaran dari menyembunyikannyaSebagai orang yang diamanahkan ilmu mereka wajib menyampaikan kebenaran walaupun perkara itu tidak disukai. Kemenangan PR dalam banyak kerusi di dalam PRU baru-baru ini di Negeri Sembilan sebenarnya cukup mencemaskan BN. BN cuma boleh menang di kawasan kampung yang majoritinya melayu. Maka untuk mengekalkan momentum kemenangan BN, maka aliran anti wahhabi ini digunakan dengan melabelkan Ustaz-ustaz yang cenderung kepada PAS ini sebagai Wahhabi. Maka dengan cara itu orang kampung akan menolak Ustaz tersebut dan kemaraan PAS.

LK tidak bermaksud menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa.LK menyeru semua ilmuan agama di Negeri Sembilan mari bersama kita mengenali musuh yang sebenar. Bercakaran sesama kita dengan melabel ustaz ni salah ustaz ni betul tidak akan ada jalan penyelesaian. Kalau semua ustaz yang dikatakan wahhabi tidak dibenarkan mencurahkan ilmu pada siapa lagi yang kita harapkan. Adakah kita ingin terus membiarkan manusia dalam kegelapan hidayah Allah. Ilmu menjadi jalan menyuluh ke arah kebenaran. Andai kesemua Ustaz yang ada dikatakan wahhabi sanggupkah digantikan tempat mereka dengan Ustaz yang bersih akidahnya dari wahhabi?

Kita berhadapan dengan kecenderungan masyarakat meminggirkan agama. Yang nak pada Islam di Negeri Sembilan ni tak ramai, yang tak ramai ni kita pecahkan. Masalah anak luar nikah, murtad, sumbang mahram, rasuah, zina dan banyak lagi mari kita perangi bersama. Semua ini berpunca dari pegangan agama yang longgar. Tau tak Ustaz anak luar nikah di Malaysia ni dah mencecah 250 000 orang. Apa yang Ustaz nak buat ? Selesaikah dengan melabel orang itu salah orang ini salah ? Tolonglah Ustaz ... Jangan sombong, Allah murka dengan iblis yang sombong sampai kiamat.

Lobai Kampung : Tak guna aku menjerit, tak guna aku memekik, aku hanya Lobai Kampung yang tak punya apa. Tapi aku mohon Lobai Internasional yang berpangkat besar jangan rasa selesa dengan dengan bilik hawa dingin, jangan rasa selesa dengan gaji ijazahmu!! Mari sertai perjuangan ini. Kami memerlukan anda !!

No comments: