Pernah menulis berkaitan dengan PAS Seremban, kini ditulis juga oleh AT. bloger yang belasah semua dan punya rating pelawat yang tinggi. Cuma dia pernah saya istihar salah seorang calun dalam undian yang beliau buat sendiri. Aduka oh Aduka inilah rintihan hati ahli PAS kawasan Seremban?
Memula tahniah kepada Salahuddin sebab dilantik Pengarah pilihanraya Bagan Pinang. Tahniah, tahniah gak beb. Berat tu tanggungjawab. Kalau gua dah serender awal2 dah. Tu pasal taraf gua blogger jer. Cikgu Pa kat Bukit Gantang alhamdulillah berjaya. Mahfuz kat Permatang Pasir alhamdulillah berjaya. Bagan Pinang lebih mencabar beb.
1. Memula perlu lu tahu dan faham ialah kekuatan PAS N9 terletak di PAS Seremban. Dan PAS Seremban pula tahap paling jibauk sehingga kena gantung oleh pusat sehingga sekarang ni. Ntah bila nak selesai ntah. Kalau gua kawin dah dapat cucu dah. Jadi lu pempaham la kekuatan PAS N9 ni cane, kalau pusat kekuatan PAS N9 itu sendiri pun tahap jibauk. Kunci kepada jibauk ialah terlalu ramai pandir jenis veteran yang hilang akal terhadap kuasa. Ala2 PAS Ganu la nih. Dah nak mampos dan terbukti nothing dalam arena politik pun masih nak juga pegang title dan kuasa. Terus-terang gua story ialah Perhubungan PAS N9, Cikgu Hassan. Ntah dari zaman keliwon mana ntah dia pegang sampai skang ni masih degil walau tiada apa perubahan penambahbaikan terhadap PAS Seremban / N9. Old skool punya pemikiran. Ini perkara pertama yang Salahuddin perlu tahu. Jadi, bila lu bertugas, lu jangan follow sangat stendet dan kualiti Cikgu Hassan nih. Lu kena ikut stendet dan kualiti PAS Pusat. Kalau ikut level PAS N9, memang cam brengset.
2. Calon. Bab calon gua tak kisah PJ skang ni ke atau calon sebelum ni. Tapi Rosli ex-PJ gua tak setuju. Sebab dia bisnesman sibuk kat Bangladesh. Gilo ko nak wakil rakyat Bagan Pinang? Paling gua mengamuk kalau ex- Ketua Ulama Ustaz Kassim Tahir. Tionaseng punya ulama. Kassim Tahir ialah ustaz tahap jumud dan low intelek. Gua tak tahu bagaimana dia nak hadapi interview dgn Malaysiakini atau MSK seandainya dia calon. "Apakah perancangan tuan untuk 5 tahun di Bagan Pinang?" "Errr....." Kompom garu kepala. Memang jenis bodoh tukil punya. Mari gua story satu kisah untuk lu dapatkan gambaran betapa celakanya otak ulama sekor nih. Ustaz Kassim dulu cikgu sekolah. Member gua punya meja sekolah ada balut dengan plastik. Tapi sebelah dalam plastik ada poster gambar motor kapcai cup prix. Ntah mana dalil, mana nas, si sohai ni boleh koyak meja member gua. Garang tak tentu hala. Kot gambar Pamela Anderson tu gua paham la. Itu satu punya contoh pemikiran ulama2 gampang dalam PAS N9. Kemudian, ulama stupid Kassim Tahir ini bekas pencacai Isa Samad ketika zaman Isa Samad MB. Isa MB, dan dia guru time tuh. Yang ostad lain pro PAS dah manjang kena tukar jer. Stendet la, semua orang ada buat silap. Tapi kalau PAS pilih ulama sekor ni as calon, kena pulak lawan Isa Samad, lu boleh bayangkan tak apa jadi? Macam2 perkara lama ungkit ma... Penyudahnya PAS jadi si bangang yang terkena tahi. Gua akan sambung lagi nanti. Gua berhenti memekak pasal PAS bila dah nak dekat kempen.
No comments:
Post a Comment