TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, September 14, 2009

BAGAN PINANG 3- CALUN PAS

Jom kita mengundi calun pilihan kita. Mana tahu mungkin boleh membantu Pimpinan membuat pilihan agar strategi kita mengena sasaran di Dun yang punya lebih 5 ribu pengundi pos.

Apa-apa pun kita sebagai ahli PAS akan akur akan keputusan pimpinan. Siapa pun calun yang dipilih kita akan turun berhabisan membantu.

Cuma kita harap pimpinan kita jangan lupa mengambilkira pengundi atas pagar. Ia mungkin berlainan sedikit dengan suasana di Permatang Pasir. Mungkin kah pengundi di negeri Adat Perpatih ini masih dibelengu dengan fikiran hanya UMNO yang mampu mentadbir NS. Lebih lagi bila kita lihat otak bengap Dato' Rais Yatim cakap berubah-ubah atas pengaruh duniawi dan isteri si Datin Maznah dengan jambulnya.

Untuk Petugas PAS dari Kawasan Seremban kita telah diarah bertugas di UPU Ladang Brandwall dengan bantuan Petugas dari Selangor dan Sabah. Segala maklumat boleh hubungi Ustaz Kassim.

Lupakan sebentar masalah kita turun ramai-ramai bagi memikat 468 pengundi disitu.

No comments: