TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, September 18, 2009

BAGAN PINANG -7 - JAHATNYA UMNO



UMNO yang sedang nazak masih lagi menikam belakang sesama mereka.

Sudah menjadi rahsia umum UMNO di Bagan Pinang terbahagi kepada dua , walaupun Ketua Pemuda melaungkan bahawa UMNO Telok Kemang sebulat suara mencalunkan Tok Isa sebagai calun tunggal yang di serahkan kepada UMNO Pusat.

Umum mengetahui Anak Emas Tok Isa iaitu Arwah Azman dan pengikutnya berpaling Tadah memberi sokongan kepada Tok Mat. Perpecahan ini memang perangai serta peranan Tok Mat serta abang beliau. Mereka berjaya melarikan penyokong Tok Isa untuk berpihak kepada mereka dengan duit dan projek.

Ketakutan Tok Mat jelas kelihatan sekira Tok Isa bertanding dan menang kedudukan beliau akan tergugat. Kemungkinan Najib akan kembalikan jawatan MBNS kepada Tok Isa.

Sampai ditelinga kita terdapat kempen memburuk Tok Isa dengan dakwaan Beliau telah bernikah dengan Ketua Puteri UMNO N.Sembilan iaitu Bibi Sharliza dengan tebus talak. Kita cuba untuk dapat maklumat kesahihan cerita dalam ramai kawan dalam UMNO cakap ianya cerita lama.
Kita tidaklah lah nak masuk campur kerana pendirian kita jelas diPermatang Pasir kita tidak pertikaikan kahwin dua. Yang kita pertikaikan mengapa tak mengaku dan tidak adil kepada isteri kedua.

Sama juga jika benar Tok Isa nikah tak menjadi kesalahan kerana dia duda. Tapi tebus talak tu mencurigakan kita. Ape- ape pun jika benar kita ucapkan selamat pengantin baru (tak terlewat agaknya).

Itulah UMNO dikalangan mereka sendiri sanggup tikam menikam.

Kita juga dikhabar calun ketiga yang jadi pilihan BN adalah seorang anak johor yang telah menetap lebih 20 tahun di Port Dickson. Betul ke.....?

No comments: