TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, April 24, 2009

AKHIRNYA JUMPA JUGA FAIL LAPURAN RASUAH KAMI



Akhirnya saya dipanggil oleh SPRM bagi mengambil keterangan berkaitan lapuran yang dibuat oleh kami pada 12hb November 2008
Setelah hampir 5 bulan tiada sebarang tindakan dan kami telah berkira-kira untuk mengadu kepada ibupejabat SPRM di PutraJaya. Pada 22hb april ja 3.40 petang saya telah memberi segala keterangan. Harap ada tindakan susulan terutama :-

1) Status berkaitan pemberian kad Touch N Go
2) Penarikan "Stop Work Order" oleh Majlis Perbandaran Seremban

Sekarang kita tunggu menanti lapuran polis yang banyak telah kita buat. Senyap je

LAP0RAN KEPADA BADAN PENCEGAH RASUAH PADA 12HB NOV 2008

SAYA ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN NO. KP 630429-05-5431 YANG BERALAMAT DI NO. 471, JALAN MARGOSA 16 TAMAN BUKIT MARGOSA. SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA YANG DICADANGKAN MELALUI TAMAN BUKIT MARGOSA DAN JUGA PENGERUSI SRS TAMAN BUKIT MARGOSA ADALAH DENGAN INI MEMBUAT LAPORAN POLIS BAGI MENYAMBUNG LAPORAN POLIS YANG DI BUAT PADA 6HB FEBUARI 2008 NO REPOT PAROI/000335/08 ,SERTA REPOT NO. PAROI/001824/08 BERTARIKH 15HB OGOS 2008 DAN SURAT KAMI KEPADA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN BERTARIKH 20HB. JUN 2008 RUJUKAN JBBKL(9)

SEBAB LAPORAN INI DIBUAT ADALAH

A) SAYA TELAH DIHUBUNGI OLEH CEO IJM EN. NEOH SOON HIONG UNTUK BERJUMPA SAYA SEORANG SAJA BAGI BERBINCANG DAN PADA 13HB JUN 2008 DENGAN PENGETAHUAN DARI AJK SAYA TELAH PERGI BERJUMPA DENGAN BELIAU UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR STATUS PEMBINAAN. SAYA TELAH MENJELASKAN KEPADA BELIAU BAHAWA BELIAU TIDAK BERKELAYAKAN UNTUK BERBINCANG TENTANG PEMBINAAN KERANA BARU MENGAMBIL ALIH JAWATAN CEO DAN TIDAK MEMAHAMI SECARA MENDALAM KEPADA PERMASALAHAN BANTAHAN KAMI DI DALAM PERTEMUAN ITU JUGA SAYA MENEGASKAN BAHAWA WALAUPUN SAYA PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK TETAPI KEPUTUSAN ADALAH DENGAN PERSETUJUAN RAMAI. SAYA MEMAKLUMKAN JUGA TIADA SEBARANG TINDAKAN SUSULAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK YANG TERBABIT SEJAK MESYUARAT PADA 5HB FEBUARI 2008. BELIAU FAHAM DAN MEMINTA SAYA MEMUJUK AJK SERTA PENDUDUK UNTUK MENERIMA PEMBINAAN INI DAN MEMOHON SAYA UNTUK MENGATUR PERTEMUAN DENGAN AJK TANPA KEHADIRAN PEGUAM KAMI. SAYA JUAGA TELAH DIHADIAHKAN SEMPENA PERTEMUAN ITU KAD TOUCH AND GO NO. SIRI 4108391316 BERNILAI RM500.00

DALAM PERBINCANGAN DENGAN BEBARAPA AJK SELEPAS PERTEMUAN ITU SAYA TELAH MEMAKLUMKAN HASRAT IJM/LEKAS SERTA HADIAH YANG SAYA TERIMA. KPUTUSAN JUGA DIBUAT BAHAWA SEGALA PERTEMUAN MESTI BERSAMA PEGUAM DAN PIHAK IJM/LEKAS HARUS MENYEDIAKAN DOKUMEN SEPERTI YANG DIMINTA DALAM NOTIS 21 HARI YANG DIMAKLUMKAN OLEH PEGUAM YANG KITA LANTIK DALAM MESYUARAT PADA 5HB FEBUARI 2008. KEPUTUSAN JUGA DIBUAT UNTUK KITA MENDAPATKAN PANDANGAN DARI BPR BERKAITAN HADIAH YANG DIBERI.

B) PADA 29HB OGOS 2008 SAYA TELAH MENERIMA KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS) JAM 9.06 PAGI DARI WAKIL IJM EN AKHBAR MELAUI NO. TELEFON BIMBIT BELIAU 013-2290983 KEPADA TELEFON BIMBIT SAYA 019- 3334988 SEPERTI BERIKUT :

“ TOP MGMT IJM XBENARKAN KAMI BAGI APA2 DOKUMEN. TP KAMI ADA SURAT PELEPASAN STOP WORK ORDER DAN PELAN PENGURUSAN LALULINTAS YANG DILULUSKAN OLEH MPS. APA2 DOC YG DI PERLUKAN SILA HUBUNGI MPS.PELAN LALULINTAS 6 MEI. PELEPASAN SWO 22 MEI INI SHJ YG DPT SAYA BERIKAN. TQ”

SMS INI BERMAKSUD MPS TELAH MELANGGAR KEPUTUSAN BERSAMA MESYUARAT SERTA NOTIS 21 HARI YANG DIMAKLUMKAN OLEH PEGUAM KAMI DI DALAM MESYUARAT PADA 5HB FEBUARI 2008.

TUJUAN LAPORAN INI ADALAH

A) MENDAPATKAN PANDANGAN BPR BERKAITAN HADIAH YANG DIBERI.

B) UNTUK PIHAK BPR MENYIASAT DI ATAS PENYALAHGUNAAN KUASA OLEH YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SERTA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN YANG MEMBERIKAN PELEPASAN STOP WORK ODER SERTA KELULUSAN PELAN ALIRAN TRAFIK SEWAKTU PEMBINAAN.

INILAH REPOT SAYA

ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN
NO. KP 630429-05-5431

1 comment:

Gorgom1 said...

semoga hasil usaha tuan dipermudahkan..insyaallah..