TOK GURU
UNTUK MU WARGA MARGOSA
Ya Allah, Ya Rahman
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.
Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.
Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.
Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.
Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.
Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.
Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran
Takbir! Takbir! Takbir!
UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA
UMNO DAN JUDI
DHUA
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 9, 2010
MEREKA MENINGGALKAN KITA -2- SAMAN KE ATAS MPS( MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN

Juga Abg Zul JPJ yang mewakili hartanah atas nama isterinya, berkatanPak Ya dulu saya sokong untuk alih jajaran dan saya penjawat awam.
Untuk itu jawapan saya ,Benar kita berjuang untuk ubah jajaran . Ini dibuktikan dengan afidavit kita.Dan saman keatas MPS ini perlu kerana mereka yang mengeluarkan CF. Jika CF dikeluarkan oleh perihatin , perihatinlah kita saman begitu juga kalau CW, Deris atau Abg Wahid, yang keluarkan CF merekalah kita saman. Ini membabitkan persoalan undang-undang.
Bagi penjawat awam , cukuplah hujah Tok Sahak sebagai jawapan serta cuba lihat mereka di jalan M18 berapa ramai penjawat awam disitu.
Wednesday, February 3, 2010
MARGOSA INI TUNTUTAN KITA
Kita maklumkan bahawa tuntutan pertama kita pindahkan jajaran ini
tuntutan kami2
Tuesday, February 2, 2010
USTAZ MANA PULAK BUAT HAL NIE? KETUA PEMUDA PAS SEREMBAN BUAT APE NI....?

Inilah antara mereka yang gugur dalam perjuangan.
Rupa-rupanya kisah pengalaman saya dalam PAS yang di siarkan baru-baru ini mendapat respon dari seorang pembaca. Beliau menghubungi saya melalui SMS meminta saya memadamkan nama-nama sahabat yang terlibat dalam PAS Negeri Sembilan sekitar penghujung tahun 90-an. Sebabnya sebahagian daripada mereka adalah kakitangan kerajaan. Takut mendatangkan masaalah dalam kerjaya mereka.
Justeru, rencana tersebut telah pun saya padam dalam blog saya. Cuma ada beberapa perenggan terakhir yang telah saya edit dan ingin dipaparkan semula.Demikianlah tulisan saya..,Tulisan beliau telah mendapat respon dari Lobai Kampung.
Saya sangat terkesan dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang menyebut : Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam sekiranya kita mencari kemuliaan selain apa yang telah dimuliakan Allah kita akan dihina oleh Allah ” Islam dalam konteks yang dimaksudkan tidak hanya merujuk kepada keyakinan dan amalan bahkan yang dituntut adalah memperjuangkannya. Iktibar dari peristiwa hijrah mengajar kita Islam mesti berkuasa dan tidak selamanya dikuasai. Negara Islam Madinah yang didirikan oleh Nabi setelah menanam keyakinan dan amalan dalam diri setiap mukmin. Jiwa yang subur dengan iman dan amal inilah yang berjuang menegakkan Madinah. Mereka memahami tuntutan Islam tidak hanya dengan solat, puasa, zakat dan haji bahkan tuntutan jihad menjadi sebahagian kehidupan dan mati syahid menjadi idaman.
Kau cakap dengan ustaz nie nak keluar keluarlah tetapi jangan jadikan dia sebagai peluru UMNO Kita dah nak memerintah dah ,nie nyamok-nyamok menganggu lah.
Ni otak same je dengan YB Kulim. Yang pasti YB Kulim nie lulusan sekular sedang kan beliau dengan title ustaz sudah pasti lulusan agama .Nie semua pasal sama dengan rakan beliau yang beliau sebut meninggalkan perjuangan kerana periok nasi. Agaknya surau yang beliau mengajar kebanyakannya dikuasai UMNO. Takut hilang punca pendapatan kot.
Nampak pada gaya bahasa macam nak join Usop Misai je atau Si Fuad kot. Kau kena maklumkan kepada ahli PAS yang mengikut kuliah beliau supaya pindahlah cari kelas agama lain. Nielah bahananya bila menyisihkan diri dari jemaah. Lebih-lebih lagi bila PAS Seremban tergantung dan ahli bertempiaran membuat hal masing-masing. TakanBadan Perhubungan PAS NS tutup mata je. gunakan jawatan kau maklumkanTunggukan penyelesai nampaknya makin jauh. Jadi kau sebagai Ketua Pemuda PAS Seremban kepada Badan Perhubungan PAS NS serta Jabatan Pilihanraya PAS Pusat serta JK PAS Pusat kita gerakan UPU Sikamat dan Ampangan Apa macam boleh bro. Takut kot . Lu calun PAS Dun Ampangan berani?
Monday, February 1, 2010
CHE GU BAD FAIRUS PELURU UMNO BARU MENYERANG ANWAR BENARKAH?
Khabar angin bertambah hebat apabila Fairus dilihat mengunjungi Mahaguru Omardin yang di masukkan kehospital bulan lepas. Ramai yang berkata pihak UMNO memujuk Fairus melalui Mahaguru Omardin yang punya hubungan kekeluargaan.
Kita mengetahui Mahaguru Omardin dari Perguruan Lincah merupakan penyokong Najib dimana ramai ahli Lincah yang menjadi pengawal peribadi Najib yang antaranya Jurulatih Lincah Saudara Khairil.
Walaupun P. Pinang negeri Perguruan Lincah tetapi Anwar adalah Khalifah bagi Gayung Pesaka yang mana Fairus adalah Ahli Pesaka Gayung.
Dipusat ahli Lincah ramai memberikan sokongan kepada Najib tetapi ahli Lincah di Pulau Pinang ramai menyokong Anwar.
Cik Gu Bad dan Yb NuruIzah yang rapat dengan Fairus dan banyak bersama dengan Fairus dalam progrem Pentas Pemuda tolong tengok-tengokkan
Kita sebagai penyokong PR berharap Fairus kekal dalam perjuangan dan tidak terpengaruh godaan UBN
Wednesday, January 27, 2010
MEREKA MENINGGALKAN KITA - 1
Ada penama dibawah yang memaklumkan mereka diberitahu oleh Idris dan rakan-rakan perihatin beliau bahawa kes injuksi akan kalah dan IJM akan saman penduduk gantirugi sebanyak RM70 juta.
Tuduhan Idris pertama seperti di dalam surat layang bahawa saya dan AJK Bertindak memalsukan tandatangan penduduk. Jawatankuasa tidak amanah dan nak gadaikan harta penduduk.
Bila kita nafikan seperti akuan bersumpah saya, Deris maklumkan mungkin mereka terlepas pandang. Kemudian keluar pula tuduhan kita tak maklumkan bahawa kita turut saman MPS. Ada yang timbul ketakutan dengan alasan sebagai penjawat Awam. Masalah kita sebenarnya maklumat dari Idris dan kumpulan perihatin tidak tepat kerana mereka bukan peserta. Mereka mana tahu keputusan mesyuarat serta perbincangan yang dibuat serta makluman yang kita edarkan kepada peserta melalui maklumat di surau, SMS serta flyer yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak.
Abang Zul JPJ(Penama atas nama isteri Amnah dia adalah penyokong kuat kini berpaling tadah dengan alasan selaku penjawat awam. Satu ketika beliau dengan bangga memperkenalkan peguam kita kepada rakan beliau di Mahkamah. Setiap SMS saya dijawab dengan yakin.Hadir di perbincangan dan memdakwa kumpulan prihatin bodoh ,kalau tahu datang ke surau dapatkan maklumat sebenar
Sdr Hafiz dia hadir diperbincangan , juga lahir kemarahan sikap kumpulan perihatin yang tak mahu hadir ke surau memdapatkan maklumat. Bila kita maklumkan dia tandatangan di surau dan bawa pulang ke rumah untuk tandatangan isteri beliau, kita dimaklumkan sahabat lain bahawa beliau banyak dapat projek dengan MPSShahein dia sewaktu taklimat memohon untuk meninggalkan majlis awal kerana hal peribadi dan sambil memegang saya maklumkan Pak Ya you don't woried my vote once for you.
Abg Zainal, soalannya hanya satu sahaja . Boleh menang ke kita?
Jamirus bila gagal mendapatkan sokongan dari ipar beliau memutuskan tidak akan menyokong mana-mana pihak

Pak Ali dan isteri hadir di sebutan pertama kes kita.
Firdaus maklumkan beliau telah diberi penerangan oleh Idris agar menarik diri kerana kes penduduk akan kalah dan IJM akan saman penduduk RM70 juta.Mejer Azhar yang mewakili isteri beliau hadir dalam semua perjumpaan awal didalam bantahan kita. Suatu ketika marahkan saya kerana senantiasa hadir di surau memakai pakaian yang punya lambang PAS. Kalau beliau dan rakan marahkan saya kerana mendengar VCD ceramah PR,saya juga boleh marah kepada membawa alat muzik ke POS Rondaan. Tapi tiada sebarang bantahan kerana saya yakin itu hak masing.
Kini sampai ke telinga saya beliau bercerita dengan kata macam nie ke Pak Ya sebagai ahli PAS bersikap buruk dan menabur fitnah di dalam taman.
Terkedu saya memikirkan apa fitnah yang saya buat
Sambung............
Monday, January 25, 2010
ADUKA OH ADUKA
Gegak gempita di alam blog bila AT buat hal.Yang pasti bro denda RM50,000 serta penjara.

czack : Bila membaca tulisan AT disini kita boleh fikir untuk memadamkan capai blog beliau sama sepert kita padamkan capaian kidefella
Wednesday, January 20, 2010
Korupsi Sedang Menghancurkan Malaysia - Bayang-Bayang Indonesia Semakin Hampir
Mengikut penulis artikel ini, ia adalah kerana peniaga2 yang berduit di Malaysia sudah tidak mahu melabur dalam negeri lagi. Mereka membawa wang mereka keluar negeri dan melabur di negara-negara lain.
Juga, wang Petronas dan Maybank sudah tidak lagi mengalir dalam negara tetapi luar negara dalam projek2 yang kita rakyat Malaysia banyak tidak tahu.
Seharusnya rakyat Malaysia harus mempersoalkan kenapa hidup kita makin susah, kos hidup making tinggi, kerja makin susah nak dapat, gaji kita makin kecik dan taraf hidup tidak berubah. Sedangkan harga minyak dan komoditi lain seperti kelapa sawit dan getah lebih tinggi dari 10-15 tahun yang lepas?
Seharusnya ekonomi Malaysia semakin aktif dan sehat dengan kenaikan harga komoditi yang dua kali ganda lebih tinggi dari 10-15 tahun lepas.
Namun, keadaan di Malaysia semakin menyedihkan. Faktor utama mengapa ekonomi Malaysia lembab adalah kerana KORUPSI.
UMNO gagal membentras korupsi kerana UMNO adalah BAPAK KORUPSI. Oleh kerana tahap korupsi semakin tinggi, dan bentuk bisness sekarang lebih berbentuk “perkhidmatan” yang tidak mempunyai asset yang tinggi, maka pelabur dalam negeri tidak mahu melabur dalam Malaysia.
Dengan membayar rasuah yang semakin tinggi, keuntungan yang mereka bakal dapat itu menjadi semakin rendah. Hasilnya, sebelum mereka mulakan bisnes mereka lagi, mereka sudah kata tidak berbaloi untuk meneruskan pelaburan mereka.
Akhirnya, pelabur2 domestik ini membawa wang mereka ke luar negara dan melabur di negara-negara lain yang tahap korupsi rendah.
Penghabisan sekali :
a. Ekonomi tidak berkembang
b. Kekayaan Negara tidak mengalir pada rakyat
c. Kehidupan rakyat makin tertekan dan tersepit
Semuanya angkara UMNO yang mempertahankan amalan korupsi dan salah guna kuasa. UMNO TIDAK AKAN DAPAT MENGAWAL KORUPSI kerana UMNO ADALAH PARTI KORUP.
Jadilah kita nanti seperti Indonesia dimana 1.5 juta gadis2 mereka terpaksa melacurkan diri untuk sesuap nasi. Nauzubillah min zalik.
KRT- KETUA PENGARAH JPNIN SEPATUTNYA PASTIKAN JANGAN ADA GANGGUAN TANGAN-TANGAN POLITIK
Pemimpin UBN yang rangkus kuasa sanggup bertindak mengganggu penduduk yang punya pandangan berlainan dengan mereka.
Sia-sia je peruntukan lebih 20.5 juta. Sikap pimpinan UBN serta juak-juaknya yang beginilah sebabkan penduduk tidak akan ada perpaduan. Peruntukan 20.5 juta ini pasti akan berlaku ketirisan
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, ketika ini terdapat 4,506 RT di seluruh negara meliputi 50 peratus kawasan bandar dan pinggir bandar.
Menurutnya, peruntukan tambahan sebanyak RM20.5 juta telah diperoleh pada tahun ini untuk menggerakkan aktiviti RT dan program perpaduan yang lain.
“Lebih daripada 500 RT baru telah ditubuhkan pada tahun lalu, melepasi sasaran awal sebanyak 300 RT yang ditetapkan sebelum ini.
“Kita pada masa yang sama tidak akan terlepas pandang RT yang tidak aktif, kita akan mengaktifkan semula RT ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru kepada kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini hari ini.
Menurutnya, RT bukan sahaja berperanan dalam mengawal keselamatan kawasan perumahan tetapi turut membantu menangani pelbagai isu lain termasuk dalam kontroversi penggunaan kalimah Allah.
“Semasa insiden serangan gereja berlaku, RT telah memainkan peranan dengan menenangkan penduduk,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan berkata, bajet untuk jabatan tersebut telah dipotong sebanyak RM30 juta pada tahun ini daripada RM170 juta kepada RM140.95 juta.
Tuesday, January 19, 2010
AJL 24 KEBETULAN YANG MENARIK
Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah
MARGOSA - MAMPUKAH KITA MENDAPAT KEPUTUSAN SEBEGINI
Petikan dari Malaysiakini
Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.
Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.
Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.
Wednesday, January 13, 2010
KERAJAAN PEKAK BADAK HOI ....APA LAGI NAK KITA HARAPKAN PADA UBN-BAJET PENDIDIKAN DIPOTONG
Pembiayaan dibuat untuk pasukan F1 malangnya belanja pendidikan dikurangkan. Payah bila kita serahkan kepad UBN memerintah negara ini.Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah dengan saingan untuk memastikan keputusan akademik anak cemerlang kos terendah ialah memasukan anak ke asrama penuh atau sekolah harian yang mempunyai asrama.
Jika anak bersekolah biasa keperluan agar anak untuk mencapai kecemerlangan pastinya anak akan dihantar ke pusat tusyen. Bagi yang berpendapatan tinggi ia bukan masalah tetapi tidak yang berpendapatan rendah.
Selain kos yuran , kos pengangkutan, duit poket. semua perlu diambil kira bagi yang berpendapatan rendah.
Bila anak di asrama sekurangnya kos tambahan di atas tiada dan waktu pembelajaran yang teratur.
Ramai yang berkata kalau nak berjaya tak semestinya belajar di asrama. Betul, ini tak dapat dinafikan.
Tetapi hakikatnya di asramalah ramai melahirkan pelajar yang cemerlang. Lebih- lebih lagi di sekolah berasrama penuh yang punya nama dan kejayaan seperti TKC. SDAR, MRSM, MCKK dsbnya.
Bagi keluarga yang miskin, ini lah satu-satunya saluran untuk melihat anak mereka berjaya dan mengeluarkan kehidupan mereka dari gelembung kemiskinan. Kalau bapanya tukang kebun anaknya tidak lagi akan terperangkap dalam gelembung kemiskinan menjadi tukang kebun juga.
Kini bila kita damparkan harapan kepada UBN ianya bukan jadi juara rakyat tetapi pengkianatan kepada rakyat.
Waktu persekolahan 2010 bermula kita dikejutkan dengan pelbagai peruntukan untuk pendidikan dibatalkan atau di tangguhkan.
Kita lihat antaranya sekolah harian biasa yang punya asrama seperti di Seremban ,Agama Haji Mohd Said dan di Kuala Pilah Sek. Men Zaaba., telah memaklumkan semua penghuni asrama dikehendaki pulang waktu hujung minggu kerana bajet makan dan minum untuk hari sabtu dan ahad tiada sehingga bulan Jun 2010.
Bayangkan kepada mereka yang berpendapatan rendah .Belanja tambahan yang terpaksa dikeluarkan dan waktu berkualiti yang terpaksa dikorban.Belanja pengangkutan untuk anak balik atau belanja kepada ibu bapa yang terpaksa mengambil anak pada hari jumaat dan dihantar semuaa pada hari ahad.
Inilah yang dikatakan slogon UBN rakyat didahulukan. Sanggup memotong bajet pendidikan tetapi berbelanja untuk Team FI. Mereka hanya fikirkan nama dan tembolok kroni sahaja manakala masa depan anak bangsa dan rakyat diketepikan.
Kita mendengar khabar juga dengan bajet pendidikan dipotong ada sekolah asrama penuh sekarang memilih pelajar dari keluarga pendapatan yang tinggi bagi memudahkan pihak pengurusan sekolah mendapat sumber wang bagi menjalankan aktiviti sekolah dari ibu bapa yang kaya. Ini penting bagi pengurusan sekolah kerana tuntutan kecermelangan pelajar dari semua pihak dibahu mereka.
Dengan peratusan pelajar yang skor A dalam peperiksaan amat tinggi saingan ke Asrama Penuh juga cukup tinggi.
Kalau dulu saingan berbentuk samada pelajar adalah dari anak kepada ibu bapa yang bertugas dalam bidang pendidikan samada anak guru atau anak mahupun saudara yang berkhidmat di jabatan atau kementerian pendidikan.
Saingan juga datang dalam bentuk apa hubungan politik dengan Pak Menteri.
Dan kini saingan di tambah samada ianya dari keluarga kaya atau miskin.
Inilah Malaysia Negara ku di pimpin oleh mereka yang pekak badak.
Rakyat perlu berani bertindak. Lebih lagi kepada guru.Merekalah yang patut turun ke jalan raya dan berikan peringatan kepada pemimpin pekak badak ini.
Gurulah sepatutnya memulakan langkah ini,\.
Yang pasti PRU 13 kita gulingkan UBN.
Adiossssssssssss
Tuesday, January 12, 2010
PERKATAAN ALLAH. UBN JANGAN SIBUK TANYA MANA PEJUANG PAS



Tak payah sibuk tanya mana Pejuang PAS. Hang Tanya mana pejuang UMNO . Sorok bawak ketiak KDN kot.
Petikan dari Kedahlanie
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/01/dah-dok-kata-hangpa-perjuangkan-islam.html
Kenapa tanya mana perginya pejuang Islam PAS..?
Sejak dari dulu lagi PAS memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam di negara ini. Tetapi puaka-puaka UMNO memperlekehkan malah menghina PAS dan lebih malang lagi bilaman UMNO yang ("kununnya") 100% ahlinya berbangsa "MeLAYU Islam" mengambil mudah dengan saranan dan gesaan PAS.
Kini UMNO terdesak dan bertanya pula kemana pejuang Islam PAS. Bila sudah tersepit baru cari nak PAS ke..?
Cuba jawab soalan-soalan objektif seperti berikut :
- Siapa yang menghapuskan pembelajaran, pembacaan dan penulisan Jawi di Sekolah-sekolah dahulu..? UMNO ke PAS..?
- Siapa yang menghapuskan pemberian Wang Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikeluarkan sebelum itu..? UMNO ke PAS..?
- Siapa yang merobohkan beberapa surau yang antaranya di suatu Kawasan Perumahan di Bandar Baru Bangi dan juga di kampung Bujal, Kemaman..? UMNO ke PAS..?
- Siapa yang memecat Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila Allahyarham Datuk Mufti mempertahankan tindakan JAIS menangkap dan mendakwa dua wanita Islam yang mengambil bahagian dalam satu Pertandingan Ratu Cantik di Selangor..? UMNO ke PAS..?
- Siapa yang mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai JAIS apabila menyerbu dan mendakwa orang Islam (pemain muzik) yang didapati meminum arak di sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai The Ship..? UMNO ke PAS..?
- Siapa yang tidak membenarkan dan melarang Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu (apabila PAS berkuasa) menguatkuasakan hukum Hudud, Tanzir dan Qisas..? Malah siapa yang memperlekehkannya dengan mengatakan ianya Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu..?
- Siapa yang menghina Sunnah Nabi dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak mencukur janggut kerana pada zaman itu, tiada pisau pencukur (razor blade)..? UMNO ke PAS..?
- Siapa yang menguasai bidang kehakiman dinegara 1Malaysia ini..? UMNO ke PAS..?
Bukankah PAS telah menyatakan pendiriannya bahawa mana-mana agama samawi (agama yang diturunkan dari langit) boleh menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka asalkan tidak menyalah gunakan nama Allah itu.
Di Eropah, Amerika dan di Indonesia pihak agama kristian telah lama menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka. Demikian juga penganut-penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak yang turut menggunakan nama Allah.
Sila rujuk Surah Al-Taubah ayat ke 30. baca dan fahamkan apa yang disebut oleh Al-Qur'an dan fahamkan akan kaitannya dengan isu ini.
Thursday, January 7, 2010
OH NEGERA KU MALAYSIA - MENANTI POLIS BERTINDAK SEPERTI MAHKOTA MEREKA
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan '''Allah''' dan '''Muhammad''' melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.Cerita basi yang diolah bagi menutup banyak isu lain yang lebih penting. Mereka lupa Polis bukan islam turut memakai mahkota yang ada lambang ALLAH dan MUHAMMAD .
Pernahkah mereka berdemo ke atas polis bukan islam ini yang menjunjung mahkota ini keluar masuk ke tandas tanpa menanggalkan mahkota itu.
Pernah ke mereka berdemo atau bincangkan penggunaan mahkota ini oleh polis bukan islam . Hari ini mereka hiruk pikuk bila bukan islam dibenarkan menggunakan perkataan ALLAH.
Memang UBN double standard. Kita yakin pimpinan PR boleh selesaikan dengan mudah. Lihat kehebatan Pemuda PAS. Bila UMNO beriya-iya nak buat demo, Pemuda kedepan dengan usaha berbincang dengan Paderi Kristian.






Kita bangga bukan islam bersama dengan kita mempertahankan negara. Kita tidak pernah ragui Pegawai polis yang bukan islam telah lama menggunakan topi dengan mahkota lambang ALLAH
Jadinya rakyat jangan tertipu dengan permainan UBN. Seorang rakan bekas askar yang begitu marah dengan isu ini kerap berkata "Sewaktu beliau dalam askar dah lama dah bukan islam mengusung mahkota dengan lambang Alah masuk keluar tandas tanpa menanggalkannya, masa tu tak ada yang bising. Mengapa sekarang bising.?
Sambung..........
Wednesday, January 6, 2010
MAJLIS KHATAM AL-QURAN- JAN. 2010
UNTUK SEMUA SAHABAT,
SEMUA DIJEMPUT HADIR
MAJLIS BACAAN DAN KHATAM 30 JUZ KALI KEDUA
ANJURAN : JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA DENGAN
KERJASAMA KRT, SRS DAN SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA
NIAT/TUJUAN: MEMANJATKAN KESYUKURAN DIATAS KELULUSAN YANG DIBERIKAN OLEH MAHKAMAH KEPADA PERMOHONAN INJUKSI KITA.
• *PESERTA BOLEH MEYELESAIKAN BACAAN MASING-MASING DI SURAU ATAU DI RUMAH MENGIKUT KESESUAIAN MASA MEREKA *
# UNTUK SAHABAT YANG TIADA DI DALAM SENARAI JUGA DIGALAKAN SAMA MEMBACA JUZUK PILIHAN DAN HADIR BERSAMA SAMA SEWAKTU MAJLIS KHATAM.#
TERIMA KASIH ATAS SEGALA SOKONGAN YANG DIBERIKAN
SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS,
(ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN)
PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK DAN SRS
| SENARAI PESERTA MAJLIS BACAAN DAN KHATAM AL-QURA 30 JUZUK | ||
| ANJURAN JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA LEKAS TMN BK. MARGOSA | ||
| KALI KEDUA | ||
| JUZUK | NAMA PESERTA | JALAN |
| 1 | AZIZUL BIN ABD.RAHMAN | M7 |
| 2 | ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN | M16 |
| 3 | ROHAYA BINTI ABD.RAHMAN | M16 |
| 4 | MUHAMMAD HAZIQ B. BADRULHISHAM | T10 |
| 5 | ROHANI BIN ABD RAHMAN | T10 |
| 6 | BADRULHISHAM BIN HASHIM | T10 |
| 7 | MUHAMMAD BIN YAZID | T8 |
| 8 | ABU BAKAR | T10 |
| 9 | SHAHIRAN HASHIM | M9 |
| 10 | YAAKUB AMIN | M7 |
| 11 | MUSLIMAT | |
| 12 | MUSLIMAT | |
| 13 | MUSLIMAT | |
| 14 | MUSLIMAT | |
| 15 | HAMDAN | M13 |
| 16 | ZAINI ARIS | M5 |
| 17 | ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN | M16 |
| 18 | MUHAMMAD AZIM ZAKARIA | M16 |
| 19 | MOHD NAZIM HASSAN | M13 |
| 20 | RAUF ABD RAHMAN | M12 |
| 21 | RADUAN NASIR | M7 |
| 22 | HAJI AMRAN SAID | MII |
| 23 | UST JEPRI BAHARI | M9 |
| 24 | HJ NAZIR | M18 |
| 25 | FIRDAUS RAMLAN | ST6 |
| 26 | UST. RAMLAN SALIH | ST6 |
| 27 | UST. RAMLAN SALIH | ST6 |
| 28 | JAMHURI JAMEL | M18 |
| 29 | UST. ZAMAK | M18 |
| 30 | ARIS UJANG | M12 |
align="middle" border="0">