Undi pos ingin diganti, kata SPR kontroversinya adalah "undi awal". Itulah sebabnya SPR pandai bergurau. Undi awal yang menimbulkan kontroversi kata SPR bukannya kata orang yang selalu mengutuknya. Undi awal memang orang yang dianiayai SPR tidak mahu dan tidak suka. Namun orang yang dianiayai SPR lebih tidak mahu dan lebih tidak suka kepada undi pos itu. Bukannya ingin digodek-godek undi pos maka ingin diawalkan tetapi masih lagi undi pos. Pusing-pusing pun, undi pos juga. Bukan itu yang ingin dilihat orang yang selalu mengutuk SPR. Orang-orang yang suka undi pos hanyalah Umno dan BN. Tentunya Umno dan BN seronok lagi orang yang dianiayai SPR kena macam itu juga.
TOK GURU
UNTUK MU WARGA MARGOSA
Ya Allah, Ya Rahman
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.
Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.
Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.
Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.
Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.
Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.
Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran
Takbir! Takbir! Takbir!
UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA
UMNO DAN JUDI
DHUA
Wednesday, July 7, 2010
SPR BERGURAU KE ATAU MULA NAK MENIPU?
Undi pos ingin diganti, kata SPR kontroversinya adalah "undi awal". Itulah sebabnya SPR pandai bergurau. Undi awal yang menimbulkan kontroversi kata SPR bukannya kata orang yang selalu mengutuknya. Undi awal memang orang yang dianiayai SPR tidak mahu dan tidak suka. Namun orang yang dianiayai SPR lebih tidak mahu dan lebih tidak suka kepada undi pos itu. Bukannya ingin digodek-godek undi pos maka ingin diawalkan tetapi masih lagi undi pos. Pusing-pusing pun, undi pos juga. Bukan itu yang ingin dilihat orang yang selalu mengutuk SPR. Orang-orang yang suka undi pos hanyalah Umno dan BN. Tentunya Umno dan BN seronok lagi orang yang dianiayai SPR kena macam itu juga.
BELUM MEMERINTAHPUN PR DAPAT HALANG JUDI
Di peringkat Pusat, usaha kita terhad untuk membela nasib rakyat tetapi di beberapa negeri yang kita kuasai ternyata rekod pemerintahan PR jauh lebih cemerlang. Meskipun Bn terutamanya Umno yang dibantu oleh beberapa agensi lain berusaha sedaya upaya untuk memburukkan prestasi pentadbiran negeri-negeri di bawah PR, namun rakyat tidak lagi buta. PR kini cuma memerlukan sedikit usaha berterusan memikat pengundi-pengundi Melayu yang sememangnya kita ketahui amat susah untuk menerima perubahan. Jika Melayu berfikiran terbuka dan berani melakukan perubahan, Melayu di negara ini tidaklah menjadi seperti sekarang. Sekadar megah mengaku menjadi tuan di negara ini tetapi nasib mereka tidak terbela.
PR nampaknya lebih prihatin dan peka akan permasalahan itu. PR tidak lagi mahu melihat isu perkauman membantutkan kerja untuk membangunkan negara. Banyak isu kini dilihat isu bersama di kalangan parti-parti di dalam PR. Sebagai contoh, PR bersepakat untuk menentang judi sukan yang teramat sangat diimpikan oleh pemimpin Umno itu. Sudahlah mereka mengekalkan judi yang sedia ada, mereka mahu menambah lesen judi sukan pula. Akhirnya, berkat kerjasama serta perpaduan di kalangan parti di dalam PR serta beberapa NGO yang berani, kerajaan di bawah Umno ini tertekan yang kemudiannya menarik kembali niat mereka yang jahat itu.
Lihatlah, belum pun kita berkuasa kita masih mampu menyekat perkara-perkara yang tidak menguntungkan rakyat bahkan menzalimi rakyat itu. Judi sebenarnya adalah aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti zalim dan penganiyaan. Bayangkan jika kita berkuasa di peringkat Pusat. Bukan sahaja aktiviti judi sukan boleh kita haramkan, bahkan kesemua bentuk judi sukan pasti tidak wujud di negara ini. Betapa susahnya mentadbir hanya beberapa buah negeri yang mana judi itu berakar umbinya di Pusat.
Mengapa masih ada yang meragui hasrat dan cita-cita murni PR? Mengapa mereka masih mengharapkan Bn atau Umno untuk membela nasib mereka? Mungkin kaum lain telah mula membuka mata terhadap keikhlasan PR, malang sekali masih terdapat ramai Melayu yang masih dibuai dengan seribu janji dan umpan oleh Sang Penguasa yang amat bimbang mereka akan tersungkur. Mereka telah diajar bahawa Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu, maka Melayu mesti berkuasa di tanah air ini. Oleh itu, mereka bimbang jika Umno tumbang maka hilanglah `keMelayuan' mereka.
PR mesti mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan mereka yang beranggapan sedemikian. Apabila kita telah berada di Putra Jaya, nescaya selepas itu nanti baru mereka tahu betapa mereka telah ditipu berpuluh-puluh tahun oleh Umno/Bn. /mandor.blogspot.com
Tuesday, July 6, 2010
APE , MCA BELUM BERSEDIA, BETUL KE ?
MCA, parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar, belum bersedia untuk berdepan pilihan raya mengejut, sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata MCA masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan krisis dalaman yang berlarutan selama setahun setengah, sambil menambah beliau memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun untuk menstabilkan semula parti.
Dalam satu temu bual, Dr Chua berkata parti itu perlu memastikan wujudnya 'perpaduan dalam keazaman', terutamanya daripada segi mencapai 'agenda politik kita bersama'.
"Dalam politik, saya telah belajar untuk menerima hakikat bahawa tiada yang mustahil (mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan tidak lama lagi) tetapi, jika anda tanya saya, saya berpendapat itu tidak mungkin," katanya ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum lebih awal.
Sebelum berdepan pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan pada 2013, Dr Chua berkata BN perlu terlebih dahulu melakukan beberapa perubahan kepada konsep perkongsian kuasa sekarang untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
Dr Chua, yang mengambil alih kepimpinan parti tahun ini, berkata adalah tidak tepat untuk mengatakan yang BN tidak membuat pembaharuan, namun menambah perubahan itu dilihat sebagai kecil dan lebih banyak penambahbaikan diperlukan.
Ditanya sama ada BN akan melakukan perubahan secukupnya sebelum tiba pilihan raya umum akan datang, Dr Chua berkata beliau sesungguhnya percaya bahawa Najib mempunyai iltizam politik untuk melakukan perubahan itu.
Ditanya sama ada kerajaan perlu melayan semua permintaan parti dan kaum Cina dalam usaha memenangi semula sokongan kaum berkenaan, Dr Chua menjawab "ya" dan "tidak".
Beliau berkata situasi politik di Malaysia adalah kompleks, dan menjadi naif politik untuk memikirkan bahawa pakatan pembangkang akan memenuhi semua jangkaan dan keperluan kaum Cina sekiranya mereka berkuasa.
"Sebuah kerajaan yang berkuasa perlu menyeimbangkan keperluan semua kaum. Kerajaan BN perlu dilihat bersikap adil dan demokratik. Keputusan yang dibuat perlu lebih telus dan boleh diterima rakyat," katanya.
Beliau berkata kerajaan tidak seharusnya hanya bercakap mengenai perkara yang betul sahaja tetapi mesti turut melakukan perkara yang betul, dan dengan berbuat demikian, ia akan berupaya memenangi sokongan masyarakat majmuk di negara ini.
Mengenai pemilihan parti tahun depan, beliau berkata pemilihan itu akan diadakan melainkan badan pembuat keputusan parti itu yang sangat berkuasa, memutuskan sebaliknya.
MCA lazimnya mengadakan pemilihan parti sekali dalam tiga tahun -- daripada peringkat cawangan, bahagian sehinggalah kepada kepimpinan pusat. Selepas pemilihan parti pada 2008, pemilihan seterusnya sepatutnya diadakan pada 2011 namun dibuat lebih awal, iaitu pada Mac tahun ini, ekoran krisis dalaman parti yang berlarutan.
"Ia (pemilihan parti) harus diadakan tahun depan kerana kita tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan... melainkan CC (Jawatankuasa Kerja Pusat) memutuskan sebaliknya (tidak mengadakan pemilihan parti)," katanya.
Mengenai sama ada parti akan akan memperkenalkan pemilihan presiden secara langsung seperti yang dirancang oleh Umno, Dr Chua berkata kebanyakan anggota parti itu tidak bersetuju perubahan dilakukan disebabkan kesuntukan masa.
"Jika anda melakukan perubahan kepada sistem pemilihan parti, anda memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 bulan memandangkan anda perlu mengadakan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) dan kemudiannya mengemukakan perubahan itu untuk kelulusan ROS (Pendaftar Pertubuhan).
"Ada juga yang berpendapat kami tidak sepatutnya beralih tumpuan untuk membincangkan sistem pemilihan parti yang baru, sebaliknya perlu memberi keutamaan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Malaysiakini/-
KURSUS ToT - ILPAS- PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
1. ANJURAN :ILPAS
2. DIURUSKAN OLEH :JABATAN PILIHAN RAYA PAS NEGERI SEMBILAN
3.PESERTA:AJK JPN,DEWAN HARIAN KAWASAN, AJK JPRK DAN AJK MTD,PETUGAS PILIHANRAYA
4.JUMLAH PESERTA :50 0RANG
5.TEMPAT:MUASASSAH DARUL SYARIF JEMPOL
6.TARIKH MASA :23hb - 25HB JULAI 2010
7.YURAN PENYERTAAN :RM 50.00 SEORANG
8.KEPERLUAN PESERTA :KEPERLUAN ASAS SELEMA 3 HARI 2 MALAM
9.MAKANAN DAN MINUMAN :DISEDIAKAN OLEH URUSETIA
Setiausaha
Jabatan Pilihan Raya Negeri Sembilan
Saturday, July 3, 2010
MUNGKINKAH SEPTEMBER -SUDAH MAHU MARI- KITA TAWAN PUTRAJAYA
Keputusan kerajaan secara tiba-tiba untuk meningkatkan peruntukan untuk kawasan-kawasan mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.
Sarjana politik James Chin percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengambil tindakan itu selepas mengumumkan prestasi ekonomi untuk suku tahun kedua.
"Ia pasti suatu masa sebelas Semptermbe kerana Najib perlu (dokongan) pertumbuhan yang kukuh daripada suku tahun kedua," kata James yang kini mengajar di sebuah universiti swasta.
"Kalau (pilihan raya diadakan) tahun depan, ketika itu Najib tidak boleh lagi mengawal ekonomi," katanya.
Beliau menambah, Najib bakal berdepan dengan bahaya kita berlakunya kemelesatan ekonomi global yang kedua.