Letih nak cakap . Tapi sikap dua tiga orang penduduk yang diketuai oleh Wan Samsu yang totok UMNO porak peranda taman kita.
Walaupun nasi dah jadi bubur , kesedaran penduduk terlewat kita teruskan perjuangan. Terima kasih Wise-Guy
Kesal kegagalan rancang pembangunan
2010/07/28
SAYA  adalah seorang daripada beratus keluarga yang mendiami Taman Bukit  Margosa, Seremban dan kawasan sekitarnya. Ketika mula berpindah, kawasan  itu sememangnya tenang dan aman damai. Amat mengejutkan apabila sekitar  2008, dimaklumkan mengenai pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)  yang melalui taman perumahan serta menyambungkannya dengan jalan  Seremban-Kuala Pilah sedia ada.
Saya tidak bercadang untuk  memberi komen mengenai kewujudannya kerana ia sudah hampir siap. Namun,  saya kesal kerana pada pandangan saya ada kegagalan perancangan pelbagai  agensi termasuk pihak berkuasa tempatan dengan meluluskan projek  perumahan di tepi cadangan lebuh raya.
Cukup saya katakan jika saya  tahu taman perumahan akan terbahagi dua oleh lebuh raya LEKAS, pasti  saya tidak akan membeli rumah di sini. Lebih-lebih lagi dengan lokasi  rumah di lot tepi dan betul-betul bersebelahan lebuh raya.
Lebih lanjut disini