TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, January 28, 2009

KULIAH MAHGRIB- KOMEN BERKAITAN MUFTI OLEH SHEIKH FUAD





Saya di hubungi ramai rakan berkaitan dengan tulisan saya mengenai khabar angin Mufti Negeri Sembilan . Tulisan saya yang cuba untuk menarik Ulamak Muda Sheikh Fuad memperjelaskan pendirian beliau berkaitan Politik Islam nampaknya tersasar apabila saya serta saudara Suhaimi di tuduh sebagai menfitnah beliau.


Ramai juga rakan PAS dari dalam dan luar Negeri Sembilan yang merungut kerana saya memaparkan komen dari Sdr. Suhaimi Rembawi terhadap ulasan IbnuNafis anak murid Sheikh Fuad(dengarnya ada juga ustaz yang menggelarnya Mufti Rembau?). Ada juga ugutan halus untuk melaporkan blog serta saya serta Sdra Suhaimi kepada Menteri Besar N.Sembilan.

Kebetulan sewaktu blog saya dikomen di dalam kuliah Sheikh fuad pada hari isnin yang lepas adik serta ipar saya hadir di dalam majlis tersebut dan merakam komen beliau serta mengharapkan pendengar memaklumkan bahawa beliau ingin berjumpa dengan saya serta Sdra Suhaimi. Setakat sewaktu artikel ini di tulis , anak murid beliau telahpun berjumpa dengan Sdra Suhaimi tetapi dengan saya tak ade langsung. Mungkin saya tak bertaraf Ustaz seperti Sdra Suhaimi yang merupakan lulusan Mesir.

Atas permintaan rakan-rakan, di bawah saya paparkan ulasan dari anak murid beliau Ibnu Nafiz dan memaparkan semula ulasan saudara Suhaimai Rembawi untuk semua nilaikan semula penulisan ini.


ULASAN IBNUNAFIS

Assalamu'alaikum wbth,

Apa yang anda karutkan nih tuan blog, jika nak kenal sheikh Fuad kamaluddin lihat biografinya :


PEPATAH Arab menyebut, “masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita.” Itulah yang menjadi pegangan penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan, Muhammad Fuad Kamaludin, 32.

Walaupun berada di Bumi Para Anbia’ Mesir hanya selama tiga tahun enam bulan tetapi beliau memanfaatkan sepenuhnya masa itu untuk berguru dengan lebih 40 ulama terkemuka di negara itu.Istilah berguru di sini bukan seperti kaedah biasa yang diamalkan di kuliah pengajian universiti iaitu mengikut sukatan dalam dewan pengajian dengan pelajar yang ramai, sebaliknya anak muda ini berguru secara talaqqi iaitu berguru secara terus dengan para ulama berkenaan dalam kumpulan kecil untuk mendalami kitab pengajian daripada ‘kulit ke kulit’.

Tidak cukup dengan itu, ulama muda ini turut berkelana menimba ilmu daripada beberapa ulama terkenal dari seluruh dunia, antaranya pakar hadis Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari Mekah Al Mukarramah dan beberapa lagi tokoh dari Mesir, Syria, Yemen, Dubai dan Sudan.Apa yang istimewa, kesemua guru beliau itu bukan setakat menganggapnya sebagai anak murid kebanggaan tetapi turut mengambilnya sebagai anak angkat. Kesemua mereka memberikan tauliah khusus kepadanya untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh itu kepada umat Islam di seluruh dunia.

Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki telah menganugerahkan gelaran keluarganya, Al Maliki, kepada beliau.“Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan seterusnya memulakan kelas pengajian di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti al-Azhar ini memberitahu bahawa beliau tidak memasuki kuliah seperti pelajar lain sepanjang berada di negara itu.Muhammad Fuad hanya berurusan sebanyak dua kali sahaja dengan pentadbiran universiti iaitu untuk membuat kad pelajar dan menduduki peperiksaan akhir universiti.

“Saya bukan tidak mahu mengikuti pengajian kuliah tetapi saya ingin mengambil peluang berguru sendiri secara talaqqi dengan ulama terkenal di masjid-masjid dan rumah kediaman mereka. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana, rutin pengajian saya bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari.“Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid,” kata Muhammad Fuad yang amat memuliakan kesemua gurunya.

Walaupun demikian, beliau diminta oleh rakan pelajar mengadakan sesi tuisyen khas bagi membantu mereka yang kurang memahami pengajaran di universiti. Anak bongsu daripada lima beradik dan anak lelaki tunggal kepada pasangan Kamaludin Mahat dan Zainab Mahmud itu berkata, kitab pertama yang ditulisnya ialah perbahasan dan perbincangan peribadi Rasulullah dalam bahasa Arab pada tahun 1993 selepas setahun berada di Mesir.Disiplin

Sehingga kini, bapa kepada enam cahaya mata itu telah menghasilkan 115 kitab pelbagai disiplin dan digunakan oleh ahli-ahli agama. Ia menjadi rujukan ulama tempatan dan luar negara.Kitab-kitab tersebut ialah tiga kitab tafsir, 19 kitab karangan hadis, sembilan kitab karangan tauhid, 14 kitab karangan fikah, sembilan kitab karangan tasawuf, enam kitab karangan sirah, 10 kitab karangan tokoh dan 44 kitab berkaitan amalan.Malah, Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan turut menulis 12 kitab bahasa Arab. Kitab Al Toli'al Sa'id Al Muntakhab Min Al Athbat Wal Al Asanid dan kitab al-Jawahir al- Ghawali min Asanid al-Imam al-Azhari yang berkaitan ilmu hadis diterbitkan di Mesir. Kitab itu mendapat pengiktirafan dan disahkan oleh para ulama al-Azhar, Mesir seperti Profesor Dr. Judah al Mahdi, Dekan Fakulti al-Quran dan Qiraat serta Ahli Lembaga Lujnah Tafsir al-Quran al-Azhar.

Ketokohan anak muda ini bukan sahaja diperakui dalam negara. Beliau turut mendapat undangan berceramah dan pidato serta membentangkan kertas kerja di Singapura, Mesir dan Mekah di hadapan para ilmuwan Islam lain.Menceritakan proses penulisan buku, Muhammad Fuad mensyaratkan dirinya menghasilkan sekurang-kurangnya empat buah kitab sebulan.“Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna baginya,” katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi.

Beliau, bagaimanapun, mengakui dirinya terlalu kerdil dan ketinggalan berbanding ulama silam yang mampu menghasilkan beribu-ribu jilid kitab pelbagai disiplin dalam keadaan serba kekurangan berbanding muslim masa kini yang memiliki segala kemudahan dan teknologi canggih.“Sebagai contoh, Ibn Shahin menulis 33,000 kitab dan kitab tafsir sebanyak 1,000 jilid; Abu Hasan al-Asyari menulis lebih 600 jilid kitab dan ulama tafsir, Ibn Tabari juga telah mensyaratkan dirinya menulis setiap hari sebanyak 40 helai.“Tanpa elektrik, komputer dan internet, mereka masih boleh menghasilkan karya bermutu yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia hingga kini. Justeru, tidak mustahil bagi kita yang memiliki segala-gala kemudahan itu untuk turut sama berbuat demikian,” katanya yang amat mengasihi Rasulullah dan keluarganya serta menolak fahaman yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selepas pulang ke Malaysia pada 1996, anak jati Kampung Chenong Chengkau, Rembau ini membuka pondok pengajiannya seluas 0.2 hektar dalam kawasan tanah milik ibunya dengan modal RM17. Ketika itu beliau berusia 22 tahun.Kini, penuntutnya semakin bertambah sehingga beliau memerlukan kawasan yang lebih besar. Maka kawasan kira-kira empat hektar di Kampung Sembilan, Chengkau telah dipilih bagi menubuhkan Surau al-Taufiqi al-Husaini.

Usaha tersebut, bagaimanapun, menerima pelbagai tohmahan dan fitnah. Orang memfitnahnya mengatakannya membawa fahaman yang sesat.“Atas dasar keikhlasan untuk berdakwah semata-mata untuk keredaan Allah, maka segala cabaran dan dugaan itu berjaya diatasi dan kini masyarakat mulai dapat menerima usaha yang saya jalankan,” katanya.Muhammad Fuad tidak pernah menjadikan usia mudanya sebagai halangan untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada guru-gurunya yang bersambung terus sanad mereka dengan Rasulullah.

“Saya tidak berasa tekanan. Saya percaya bahawa setiap niat ikhlas nescaya akan mendapat kekuatan daripada Allah yang disertakan sekali dengan restu dan ijazah yang diberikan oleh kesemua guru-guru saya,” ujar beliau.Beliau menekankan perasaan rendah diri dan tawaduk terhadap kekurangan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa dengan mempercayai bahawa setiap nikmat yang diperoleh adalah segala-galanya daripada Pencipta.

“Saya seboleh-bolehnya mengamalkan pendekatan ahli sufi iaitu menganggap orang tua lebih hebat kerana mempunyai banyak ilmu dan amal; orang muda lebih hebat kerana tidak banyak melakukan dosa berbanding orang yang lebih berusia; dan orang jahil lebih beruntung kerana mereka melakukan maksiat kerana tidak berilmu berbanding orang yang berilmu tetapi masih melakukan maksiat,” katanya.---------------------------------
2008 Disember 26 08:44

ULASAN SDR SUHAIMI

ibnu nafis,

janganlah tuan memuja sangat fuad kamaluddin tu. belajr kat mesir 3 tahun enam bulan tapi dia banyak ada kat malaysia ni ha. ngaja surau dan masjid. cari duit untuk belanja katanya. (istilah kami, ponteng kelas) tanyalah jamaah surau hitam kalau tak caya. pegi mesir bila dah dekat musim peksa. memanglah dia orang cerdik, baca buku aje dah boleh jawab peksa.

kita orang yang belajar timur tengah ni pun tersenyum aje dengar komen fuad kamaluddin ni puji diri sendiri. tak pernah kami dengar ulama besar memuji diri sendiri. cerita kehebatan belajar lebih dari 40 ulama terkemuka. dari kulit ke kulit. orang awam mungkin boleh ditipu oleh fuad ni, tapi kami belum tentu lagi.

ulama dulu belajar bertahun tahun dengan ulama yang sedikit yang terkemuka (bukan lebih 40 orang). takda pun ulama yang belajar 3 tahun 6 bulan boleh habiskan ngaji kitab kulit ke kulit. (ngaji kitab 100 ms boleh la cepat habis).

ulama azhar lebih hebat dari ulama yang dia pegi belajar. anak murid ramai. tuan guru yang anak murid sedikit ni ulama yang kurang popular. kalau nak tahulah.!!istilah anak angkat ni tak popular di kalangan orang arab. agaknya fuad ni perasan bila tok guru panggil dia "ya bunayya" maksudnya wahai anakku, terus dia rasa tuan guru telah mengambil dia sebagai anak angkat.

dr Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari mekah ni taklah terkenal pun di mekah, apatah lagi di arab saudi. nak cuba jadi terkenal, diletakkan nasab al-maliki pada anak murid kesayangan. bagi kami, orang tak terkenal cuba nak jadi terkenal dengan cuba meletak nasab antara satu sama lain. orang malaysia, rata rata pandang tinggi pada orang arab.

jadi senanglah nak kelentong orang sini dengan menasabkan diri kepada orang arab.sebenarnya fuad ni tertipu dengan ilmu dan kurniaan yang telah Allah berikan kepadanya. TAKBURR.. itu saja kesimpulan saya.

pernah merendah-rendahkan ulama ulama besar. (ulama dia aje yang betul) malah pernah merendahkan mufti ns sendiri. perkara ni kami dengar sendiri dari orang yang rapat dengan mufti.fuad di bawa masuk ke dalam majlis fatwa kerana, kata mufti, kita taknak dia hanyut dengan perasaan syok sendirinya tu.

biar dia duduk dengan orang yang alim supaya fatwa fatwa fuad ni tak berkhilaf dengan fatwa ns. memang dia ada bakat keilmuan, tetapi penyakit TAKBUR merosakkan dia. itulah cara nak mengawal si fuad ni.berkenaan dengan buku buku yang dia dakwa dia menulis, banyaknya terjemahan aje.


kemudian ubahsuai sikit, kemudian kata, dia menulis. memang dasar tak tahu malu fuad ni.sebahagian orang alim yang ada penyakit takbur ni suka menjadikan tareqat sebagai platformnya bergerak. senang nak tipu orang. anak murid takkan berani nak tanya. nanti dikata tak hormat tuan guru.

tareqat ni rosak pasal ada orang macam ni.sirah ulama ulama terbilang tak pernah nak bersekongkol dengan pemerintah. imam abu hanifah mati diseksa kerana tak mahu menerima jawatan qadhi kerajaan 'islam' abbasiyah. imam malik, imam syafei dan imam ahmad pun mengikut jalan yang sama.

sesiapa yang duduk dengan kerajaan, akan mudah jadi glamour. sesiapa yang nak cepat glamour, puji-pujilah kerajaan sebarapa banyak yang boleh. terutamanya kalangan orang alim. lagi cepat terkenal.

saya tak kata semua kata-kata fuad ni salah. tetapi saya minta tuan nafis berhati hati.tak semesti bila dia belajar dengan lebih 40 orang ulama, dia betul.tak semesti bila dapat 'karang' banyak kitab, dia betul.tak semesti bila dijadi anak angkat kepada seorang dr, dia betul.tak semesti bila dilantik ajk majlis fatwa dia sentiasa betul.apa guna ada ilmu, boleh jadi anak angkat seorang dr, 'karang' banyak kitab, pandai bermain dengan kata kata ketika berceramah dalam masa yang sama perkara mungkar dalam kerajaan tak boleh tegur. menentang apatah lagi. takut kena 'gam' ke???itupun dah boleh dijadikan sebagai kayu ukur, kalau nak menilai seseorang.

sekian sahaja untuk kali ni. kita jumpa lagi


KOMEN PENULIS




a) PERHATIAN SEMUA TULISAN INI TIDAK MEMBABITKAT PARTI ISLAM SEMALAYSIA, IANYA HANYA SAYA YANG KEBETULAN AHLI SEUMUR HIDUP PAS

b) Untuk makluman Sheikh Fuad Taman Bukit Margosa adalah berhampiran dengan Masjid Panchur di mana Tuan mengajqr setiap hari Rabu. Takan tu pun tak tahu.

c) Terima Kasih kerana tidak menurut kata anak murid Tuan untu menyaman saya kerana memfitnah tuan. Sesungguhnya jika nak fitnah saya takan menulis di blog saya yang mempunyai profail lengkap tanpa nama samaran.Yang memushkilkan saya 'Mengapa anak murid tuan nak mengadu kepada Menteri Besar?

c) Surau hitam, surau Putih takan lupa kot, tuan pernah memberi kuliah di Surat Hitam anjuran Pemuda Pas Kawasan Seremban. Al-Maklum lah dulu dalam jemaah PAS sekarang.....?

d) Untuk Ahli PAS yang menjadi anak murid beliau yang saya kira Ahli Pas yang baru atau baru mengenali Sheikh Fuad tak salah menuntut ilmu dengan beliau tapi bagi Ahli PAS yang berilmu banyak benda yang boleh di persoalkan.

Sheikh fuad pernah mengeluarkan kenyataan keharusan menyokong pemerintahan yang zalim yang membuat ramai ahli PAS ketika itu meninggalkan kuliah beliau. Ianya telah banyak mengelirukan pemikiran umat islam berkaitan politik.

Tanyalah ahli PAS yang pernah mengikuti kuliah beliau sebelum di nobat sebagai tokoh ulamak muda. Sesekali bertanyalah kepada Sheikh Fuad berkaitan keperluan penyertaan di dalam politik dan apa pula hukumnya mereka yang menyokong pemerintahan yang zalim dan bandingkan pulak dengan ilmu yang kita dapat dari usrah parti kita yang menekankan Politik itu adalah ibadah.

Terfikir ke kita kalau beliau begitu vokal menegur kepimpinan Mad Hasan beliau diberikan tempat mengajar di Masjid Negeri . Cuba tengok ape jadi pada Timbalan Mufti, cuba tanya Ust. Jaafar ape pasal dia berhenti.

Bertanyalah kepada pimpinan PAS kawasan Seremban seperti Ust. Nazri mengapa kuliah beliau di Surau Hitam tak ada lagi. Tengok siapa yang di jemput bila merasmikan Yayasan Sofa Mad Hasan jugak.

Kita sebenarnya mengalu-alukan sebutir permata seperti Sheikh Fuad kerana Negeri Sembilan memang kurang ulamak yang berani menegur pemerintahan yang zalim. Tetapi jika ulamak yang mengelirukan banyak pihak berkaitan politik islam kita ahli PAS wajib menentangnya. Untuk Sheikh Fuad tak perlulah angkuh dengan kenyataan tak heran dengan jawatan mufti kerana beliau sedang mengusahakan sekolah hafiz bernilai 10 juta. Kerana seramai mana tuan melahirkan bijak pandai agama tetapi kualitinya hanya mereka yang akan mengajar di surau atau masjid tetapi takut untuk terjun ke dalam masyarakat , memimpin massa menyatakan mana yang hak dan mana yang batil serta berani menegur pemerintahan yang zalim selama itu lah kualiti umat islam di Negeri Sembilan kekal takut setakut-takutnya menyatakan pendirian politik mereka dan terbelengu di kotak fahaman Adat Perpatih.

Yang pastinya samada anak murid tuan itu ahli PAS atau tidak berparti , di lubuk hati setiap mereka dan pejuang PAS ingin melihat Tuan turun memimpin massa dan berjuang dengan rakyat N. Sembilan menjatuhkan pimpinan yang zalim. Saya kira pimpinan PAS yang ada sekarang mengalu-alukan tuan kembali berjuang dalam PAS dan di PRU 13 adalah lebih manis lagi jika tuan bertanding di Parlimen Rembau yang sememangnya milik kouta PAS..........indahnya jika menjadi kenyataan.


akan bersambung.

*SESIAPA NAK DENGAR RAKAMAN KOMEN SHEIKH FUAD SILA HELLO KE EMAIL SAYA czackPY@yahoo.com.my*









16 comments:

yjelita said...

assalamu'alaikum tuan,


1. saya nak tanya pernah ke Ust Fuad bagitau sama ada beliau jadi ahli PAS ataupun UMNO?

2. Tuan dah baca kitab ke yang tulis oleh beliau bertajuk "Kewajipan Mentaati Pemerintah? Kalau belum baca, silakan baca. Tak faham bertanya

3. Betul ke anak murid beliau nak ngadu kat MB? Kalau betul mana tuan dengar perkara ni?

4.lagi satu kalau ngajar surau ataupun masjid bukan ker terjun ke dalam masyarakat.

5. Salah ke MB datang rasmikan bangunan?. Kalau salah... maknanya kat Kelantan ngan Perak & Kedah pun tak boleh gak lah MB datang rasmikan program. Nape tak bising? Boleh pulak....

6. Kalau betul berilmu... nape bising dalam blog. Alangkah lebih baik kalau kita berbincang berhadapan secara ilmiah.

7. Memang selayaknya beliau angkuh sbb beliau tidak pernah bekerja ngan kerajaan ataupun belanja dengan duit kerajaan. Malah duit buat bangunan Madrasah, Maahad mahupun Pusat Tahfiz tidak pernah minta ngan kerajaan walau sesen pun. Ianya adalah hasil usaha beliau dan anak murid beliau sendiri.

8. Apa yang tuan faham pasal Adat Perpatih?.

9. Apa kaitan beliau ngan Timb Mufti yang diberhentikan? Saya nak tahu gak. Ceritalah... jgn sabitkan nama orang lain.

10. Tuan kata tulisan tuan tiada kaitan ngan PAS tapi dalam tulisan tuan lebih banyak sebut mengenai politik terutamanya PAS.


11. Apa kaitan Ust Fuad dengan kuliah di Surau Hitam yang diberhentikan?


12. Bila Ust Fuad mengelirukan politik Islam?. Sila buktikan. Apa yang saya lihat tuan sendiri yang keliru dengan diri tuan.


Saya minta tolong jawap persoalan-persoalan saya ni. sbb saya keliru apa yang tuan cakap tu ngan kuliah Ust Fuad berikan pada tempoh hari.

mike said...

1)hoi si hamba abdi orang politik yang kotorrrr!!! sesungguhnya hati engkau telah ditutupkan dengan kekaratan dunia engkau sendiri...orang macam engkau nih kalau bacakan sejuta hadis atau ayat quran pon, memang da tak boleh nak ubah pandangan engkau terhadap ulama' yang juga merupakan pewaris Nabi Junjungan Muhammad s.a.w untuk menyebarkan dakwah kepada orang umatnya.

2) mengapa engkau hendak membincangkan perkara yang remeh temeh dan suka memecah belahkan orang Islam? Tidak pernah terlintas kat benak hati engkau yang kotor tu untuk bersama-sama memperjuang dan menaikkan mertabat Islam di kalangan orang kafir? Agaknya hidup engkau nih xde lain hanya nak cari kesalahan orang yang hakikatnya `kesalahan' tu dicipta oleh orang yang macam engkau yang busuk hati. aku cabar engkau buat madrasah macam kat bukit 9 rembau tu tanpa meminta bantuan kerajaan dan hanya mendapat wang dari pengikut engkau sahaja..boleh x? ini sebagai cabaran aku kepada engkau dan kalau engkau da berjaya, aku dengan rela akan ikut engkau tanpa paksaan.

3) kalau engkau nak tahu, salah satu sebab mengapa saudara kita di Palestin itu dibom ialah dengan adanya umat Islam yang macam engkau ini yang suka mencaci para ulama' yang hidupnya berkhidmat kepada Allah, menjadi khadim Ilmu yang mulia dan membimbing orang lain menuju ke jalan Allah...sedangkan engkau? mengutuk dan mencaci tanpa berbuat apa-apa yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara...kalau orang Islam mati, jadi yatim dan kehilangan ahli keluarga di Palestin, engkaulah yang harus dipersalahkan kerana bermusuh dengan ahli Allah...sila cari dalil di dalam al-quran yang membicarakan tentang orang semacam engkau ini sendiri.

4) ingatlah, bukan senang nak cari ulama' ahli sunnah sekarang ini yang mana kehidupan kita dewasa ini dipenuhi dengan dakyah wahabi, syiah dan ajaran sesat...tapi kalau engkau rasa wahabi lebih elok buat engkau dan keluarga dan keturunan engkau, maka engkau teruskanlah dengan niat engkau mengutuk sheikh kami...aku nasihatkan engkau pergi bertanya kepada beberapa penduduk di chengkau dan pulau besar kat rembau tu berapa ramai yang jadi gila, mulutnye herot kerana mencaci sheikh kami itu...(itupun kalau engkau nak tahulah sebab aku rasa tak lama lagi engkau pun akan menerima nasibyang sama)..kesian anak bini engkau nanti dapat laki dan bapak yang gila atau herot mulutnya...

5) lagi satu, ada ke ulama' dari kalangan engkau (kalau bolehlah dipanggil ulama') yang dapat membawa sheikh2 dari negara arab ke sini? dapat berkumpul dan berhimpun dengan mereka sahaja sudah membuatkan kita mendapat tempias rahmat yang diturunkan Allah sedangkan engkau hendak menjauhkan diri dan mengikut telunjuk syaitan yang hanya mahu menyesatkan anak Adam.

6) engkau pikir lah baik2 sebelum terlambat wahai hamba orang politik yang kotorrrrrrrrrr!!!!

Suli said...
This comment has been removed by the author.
Karl said...
This comment has been removed by the author.
Karl said...
This comment has been removed by the author.
Suli said...
This comment has been removed by the author.
Suli said...
This comment has been removed by the author.
PakLongChup said...

Paling bahaya sekali apabila kita rasa takjub bahawa hanyalah kita saja yang berpegang kepada politik Islam.Walhal,kita taksub dengan politik kepartian...wallahu'alam

Suli said...
This comment has been removed by the author.
siti said...

astaghfirullahalazim,pada pendapat sy,saudara mungkin sudah terlampau taksub dengan parti2 politik.Igtlah,kesempurnaan itu hanya pada Allah.Tujuan sheikh menceritakan cerita2 trsebut bukanlah utk berbangga,tetapi sebagai teladan.

Saya percaya,jika kita bersangka baik,kita akan peroleh kebaikan,namun jika hati kita telah ditutup,hanya keburukan orang lain yg dicari,dan nah,keburukan yg kita terima.apa kata,kita sama-sama hentikan amalan mencari kesalahan org lain,selidik dan dalami diri sendiri dahulu. Sesungguhnya,tindakan ini seperti mmbuka aib saudara sendiri.Lagipun,berbakul-bakul pahala sheikh dpt,saudara pula?

Mungkin saya belum ckp mengenali sheikh kerana saya tidak sedar dengan segala tuduhan saudara itu, tetapi ingatlah saudara,andai ini benar,saudara mengumpat,namun jika ia palsu,inilah fitnah.

nah,tidak ada kebaikannya bukan?

Anonymous said...

hang ini mesti geng wahabi.. pastue, kadikan PAS sebagai mangsa kutuk dek orang lain.. Buat malu PAS je hang ini.. Try cari nama syeikh fuad.. ade tak daftar ahli UMNO.. Jangan buat fitnah.. Hang gi cula undi pun tak turun.. Somak dalam blog je.. Berdepan la kalau berani dengan tuan syeikh.. Koba kat dia sosek, kalau die betul sosek..

armorphism said...

asal tak sebulu ngn sheikh fuad je wahabi, asal wahabi j etak sebulu ngn sheikh fuad..ini bukan serkap jarang dan jumud pemikiran ke?..bukan sesat tu dlm lingkungan politik saja, sesat jug ak ada dlm lingkungan taksub ulama..ana kenal perangai al maliki yg lain, tidak berakhlak spt al maliki yg ini, malah lebih tawadhu dan merendah diri, umurny ajauh lebih tua dr sheikh fuad, ana bljar dgn beliau, (so u cant say i'm a wahabi, sum mo i'm practising sufism)..ingatlah tuan2..atr haq dan bathil itu dindingny ahanya senipis kulit bawang sj..

Ceksue said...

Benarlah politik ini akan menghasilkan orang yang keliru. syukur daku tidak terjebak didalam kancah politik yang serba kotor. PAS tidak semestinya Betul dan xsemua kata Pemimpin Pas Betul. zuhud melampau. nabi S.A.W dhalu sblum membina negara madinah dihantarNya utusan untuk mensislamikan dahulu rakyat disana bukan terus nak daulah, langkah step bermakna langkah sunnatullah.

....East.Me.Tzar.... said...

kah kah kah....
aku tertarik bab ni

takda pun ulama yang belajar 3 tahun 6 bulan boleh habiskan ngaji kitab kulit ke kulit. (ngaji kitab 100 ms boleh la cepat habis) <-- kenapa tak boleh? Apakah Allah lemah sampai Dia takleh cipta Manusia yang leh jadik ulama dengan mengaji hanya 3 tahun 6 bulan???? .podah

bila cakap bab taksub..puak2 tu taksub jugak dgn pemimpin dia..sampaikan bab "Allah" pon leh diguna pakai untuk semua manusia.

Ust Haron Din kata tak boleh..sama mcm ramai ulama' lain kata
Nik Ajis kata..boleh plak..

maka ..
sapa yang taksuh pada Ust Haron Din..ikotlaa kata2 dia
Kalau yang taksbuh pada Nik ajis...ikotlah kata2 dia..

so ini macam punya taksub macam mana?


dulu sibuk negara Islam
kemudian negara berkebajikan
kenapa dlm konsep negara Islam takde bab kebajikan ke?

dulu lawan orang murtad
sekarang..bersekongkol dengam peguam yg membela orang murtad
kenapa?
sebab untuk kepentingan politk saje...tiada yg lain...

so mana satu?

Anonymous said...

Sheikh akan di siasat rasuah?

http://thewhistleblower711.blogspot.com/2012/04/chapter-5-corruption-within-corruption.html

Anonymous said...

Tercari2 tulisan yang berani persoalkan pak sheikh sorang ni... kepada sdr Tzar, setiap manusia normal ada limitation- 3 tahun 6 bulan bukan tempoh yang panjang. Sedangkan membaca keseluruhan Al-Quran dalam tempoh yang singkat pun, ada tegahan dari Nabi SAW berdasarkan limitation seseorang untuk memahaminya- kehebatan dan banyaknya guru- sepatutnya disimpan bukannya diceritakan kepada orang awam. Apa yang patut disebarkan ialah ilmu yang bersandarkan AlQuran dan Assunnah... Tahniah penulis artikel yang berani..