TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Sunday, January 4, 2009

TAMAN BUKIT MARGOSA - CERITA SEBENAR BANTAHAN KAMI
















KRONOLOGI BANTAHAN PEMBINAAN LEBUHRAYA LEKAS
(SEKSYEN 3 (11.575 KILOMETER) PERSIMPANGAN BERTINGKAT PAROI BERAKHIR PERSIMPANGAN PAROI) MELALUI TAMAN BUKIT MARGOSA


1) Pada Bulan Januari 2007 kami telah di khabarkan bahawa pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) serta Pemegang Konsesi LEKAS Sdn. Bhd (LEKAS) akan memulakan pembinaan. Kami dimaklumkan jajaran lebuhraya itu akan mengambil semua jalan utama atau Persiaran Margosa, padang bola dan padang permainan kanak-kanak .

2) Taman kami akan terbahagi dua, iaitu Bahagian Pertama merangkumi Jalan Margosa 1-5 serta Jalan Seri Telawi 5-10 dan Bahagian Kedua merangkumi Jalan Margosa 6 hingga Jalan Margosa 18.

3) Untuk Jalan keluar-masuk, Bahagian Kedua kami adalah akan berkongsi dengan Taman Ampangan Fasa 3 melalui Jalan Margosa 11. Dan untuk ke surau, penduduk di Bahagian Dua perlu melalui jalanTaman Ampangan Dan Jalan Taman Telawi. Pada 27hb. Mac 2007 kami telah menghantar memorandum bantahan kami kepada pihak yang terbabit (lihat lampiran).

4) Merasakan kami tertipu dengan tindak-tanduk Pihak Pemaju Perumahan iaitu Lancar Indah Sdn. Bhd(LISB) serta kerajaan Negeri Sembilan yang tidak ambil tahu atas kegelisahan penduduk, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dengan bantuan serta khidmat dari ketika itu ADUN Lenggeng Dato’ Ishak bin Ismail. Senarai AJK bertindak adalah seperti berikut :-

a) Penasihat : Y.Bhg Dato’ Dr Mohamad Nasir b. Hamzah
b) Pengerusi : Zakaria bin Sheikh Othman
c) AJK : Abd Rahman bin Jait
Jamhuri bin Jamil
Abd. Rauf bin Abd. Rahman
Azizul bin Abd Rahman
Habibah bte Idris
Abd Aziz . Manaf
Raza Muddin
Shahiran
Nazim

5) Menerusi penyelidikan kami hanpir 90% penduduk tidak tahu ujudnya jajaran lebuhraya kerana gambaran dari brochure yang di keluarkan (lampiran) LISB lebuhraya melalui tepi padang Golf yang bermaksud Jajaran melalui Taman Dato Dagang. Dan bagi pemilik rumah Jalan Margosa 18, LISB memaklumkan bahawa tanah dibelakang rumah mereka (tapak Lebuhraya) akan di bina rumah untuk dijual jenis RB 3 ( 40’ x 90’) Single Storey Detached (lihat lampiran ). Keyakinan kami juga ditambah bahawa pada satu masa kami pernah memohon untuk membina bangunan surau di tapak padang bola ditolak oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan alasan kawasan lapang tidak dibenarkan untuk tujuan pembangunan

6) Bagi Jawatankuasa bertindak selain dari alasan yang tercatit di dalan surat bantahan kami perkara pokok ianya adalah berdasarkan kepada Third Schedule perjanjian jual beli kami (lihat lampiran ) yang menyebut bahawa kami telah membayar 15% dari harga rumah kami kemudahan prasarana termasuk jalan Persiaran Margosa yang membawa kepada pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF) oleh pihak berkuasa Negeri. Atas alasan itu jika LEKAS mengambil Jalan Persiaran Margosa ia sepatutnya diganti dengan jalan lain.

7) Pihak kami telah menghantar kepada semua yang terlibat pada 27hb mac 2007 tetapi tiada sebarang jawapan. Penasihat kami cuba menghubungi pihak LLM hanya mendapat jawapan lisan “MAAF KAMI TERLEPAS PANDANG TAMAN ANDA.

8) Memandangkan tiada sebarang tindak balas kami telah mendapatkan pandangan dari ADUN Lenggeng ketika dan melalui beliau kami telah menghantar surat bantahan kepada Menteri Besar N.Sembilan pada 30hb Julai 2007(lihat lampiran). serta mengadakan beberapa siri perhimpunan bantahan tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak kerajaan negeri. Kami cuma mendapat berita di dada akhbar supaya kami jangan emosi yang di buat oleh EXCO Kerjaraya Dato’ Ismail bin Lasim.

9) Akhirnya atas keperihatinan dan surat dari Dato’ Ishak bin Ismail (lihat lampiran). kami telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak yang terbabit di Pejabat JKR Negeri Sembilan pada 8hb Januari 2008.

10) Di dalam mesyuarat tersebut Pengarah Kerja Raya N.Sembilan Ir. Roslan bin Mat Taha memaklum bahawa jajaran telah di ubah dari Jalan Dato’ Dagang ke Taman Kami dan pada 1999, pihak kerajaan telah membayar pampas an sebanyak RM27 juta kepada pemaju LISB (lihat lampiran). bagi pengambilan tanah. Beliau juga mendakwa Jajaran Lebuhraya ini telah ada sebelum adanya Taman bukit Margosa.

11) Beliau juga mendakwa ‘SEBENARNYA PERJUMPAAN INI HANYA FORMALITI SAHAJA. KERAJAAN TIDAK PERLU PANDANGAN PENDUDUK UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN JIKA PENDUDUK TIDAK MAHU LEBUHRAYA BOLEH PINDAH”. .

12) Pihak Kerajaan Negeri melalui Pengarah JKR Negeri Sembilan di dalam mesyuarat itu juga memaklumkan pihak LLM akan membina Lebuhraya 6 Lorong. Jejantas motorsikal akan dibina di Jalan Margosa 13 menuju ke Surau dan jalan keluar masuk kami harus berkongsi dengan Penduduk Taman Ampangan Fasa 3.(Cadangan Asal hanya satu jalan keluar masuk kami melalui jalan Margosa 11 bersambung dengan Jalan Taman Ampangan Baru)

13) Di dalam mesyuarat itu juga kami telah ditipu dengan menyatakan bahawa jarak terhampir antara pagar rumah dengan pagar lebuhraya adalah 13.8 meter tetapi di atas pelan ianya 6.3 meter sahaja. Serta pengambilan tanah padang bola kami hanya sedikit tetapi sebenar hampir 75% dan ada rumah yang terlalu hampir dengan lebuhraya

14) Kami juga di nafikan hak untuk mendapatkan Lapuran Kajian Alam Sekitar (EIA) dengan alasan termaktub dibawah OSA. Dan di dalam mesyuarat itu juga kami disaran memohon kuasa dari pihak Menteri Kerja Raya atau kuasa Perdana Menteri bagi memberhentikan dan mengalihkan jajaran ini.

15) Merasakan hak kami dicabul serta kesan jangkapendek dan jangkapanjang keatas projek ini kami penduduk bersetuju mengumpul dana bagi melantik peguam M/S ZJ NEWAZ & CO Peguambela dan Peguamcara No.23H,Tingkat 3, Bangunan PKNNS Jalan Za’aba., 70400 Seremban serta firma kejuruteraan yang berpengkalan di Singapura bagi mewakili kami dalam menyelesaikan permasalahan ini dan mengumpul tandatangan penduduk bagi menzahirkan bantahan kami.(lihat lampiran)

16) Disamping itu dengan khidmat Dato’ Ishak Ismail kami juga pada 24hb Ogos 2007 telah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kerjaraya (lihat lampiran). bagi mengadu masalah kami serta kegelisahan penduduk berkaitan projek ini. Dato Ishak Ismail juga memaklum beliau akan membawa perkara ini ke persidangan DUN (lihat lampiran)

17) Kami juga dimaklumkan oleh Dato Ishak Ismail ketika itu, pihak LLM dan Kerajaan Negeri tidak melayan permintaan kami bagi memindahkan jajaran ini atas alasan kos sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan rakyat. Beliau juga mendakwa Kerajaan Negeri pernah memindahkan jajaran bagi pembinaan jalan di Nilai bila ianya membabitkan hartanah pembesar negeri dan orang atasan.

18) Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak satu masa pernah bertanya kepada Menteri Besar sewaktu bertemu beliau di Majlis Perkahwinan yang dihadiri di taman kami.Tapi kenyataan beliau amat menghampakan dengan berkata “ I’VE ALREADY TALKED TO PENGARAH JKR FORGET IT ORANG MARGOSA.TERUSKAN PROJEK DEMI ORANG RAMAI. BERITAHU RAKAN-RAKAN, SAYA JUGA SUDAH ARAHKAN JEJANTAS DIGANTI DENGAN TEROWONG”.

19) Pada 16hb November 2007 kami menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak Perdana Menteri yang memaklumkan bahawa Pembinaan melalui jajaran yang melalui taman kami akan diteruskan dan jejantas akan diganti dengan “vehicular box culvert”.

20) Faktor Penolakan kami terhadap jajaran ini selain dari yang termaktub di dalam memorandum bantahan kami ialah :-

a) Tuduhan bahawa jajaran ini telah ada sebelum wujud Taman kami adalah dusta semata-mata kerana permit pemaju adalah pada 1997 dan pampasan di bayar kepada pemaju pada 1999.(lihat lampiran) Mengapa Pihak berkuasa negeri meluluskan pelan bangunan dan pecah sempadan bagi jalan Margosa 18 dan sebahagian pembangunan di Jalan Margosa 7 yang sepatutnya menjadi zon penampan dan juga wewartakan padang bola kami kalau betul wujud jajaran itu sebelum wujudnya taman kami.Mungkin wujud rasuah disini?

b) Bedasarkan Third Schedule perjanjian jual beli kami, (lihat lampiran telah membayar 15% dari harga rumah kami bagi kemudahan prasarana termasuk jalan Persiaran Margosa yang membawa kepada pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF) oleh Pihak Berkuasa Negeri. Atas alasan itu jika LEKAS mengambil Jalan Persiaran Margosa ia sepatutnya diganti dengan jalan lain.

c) Kesan pembinaan sebelum, semasa dan selepas pembinaan yang amat meragukan kami.

21) Tanpa memperdulikan rayuan kami, Pihak LLM serta kontraktor utamanya IJM meneruskan juga kerja-kerja awal dan dengan rakus memulakan penutupan jalan pada 19hb. Januari 2008. Pihak kami membantah tetapi ianya tidak dihiraukan Pagi nya papan tanda dipasang dan petangnya semua jalan ditutup menyebabkan kekecohan timbul kepada penduduk taman kami dan Taman Ampanagan Fasa 3.

22) Pada 2hb Febuari 2008 dihari pertama kerja-kerja pemotongan tanah di lakukan dan kebetulan sewaktu itu kami sedang menjalankan program perasmian Pos Kawalan SRS kami oleh Y.B Dato’ Ishak Ismail, hujan yang turun ketika itu telah menyebabkan banjir lumpur dan menenggelamkan jalan Utama serta rumah di Jalan Margosa 18, Jalan Seri Telawi 8,9 dan 10

23) Kejadian banjir lumpur ini menimbulkan kemarahan kepada semua penduduk Taman kami, Taman Ampangan Fasa 3 dan Taman Telawi. Dato’ Ishak Ismail selaku ADUN Lenggeng ketika itu telah mendesak semua pihak iaitu Pengarah JKR Negeri Sembilan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dan LLM datang ketempat kejadian bagi melihat sendiri kejadian banjir Lumpur dan mendesak kerja-kerja pembinaan diberhentikan serta merta.

24) Pada malamnya Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban memaklumkan bahawa Pihak Menteri Besar telah mengarahkan kerja-kerja pembinaan di berhentikan serta-merta dan penduduk bersetuju satu perjumpaan diantara penduduk dan pihak yang berkaitan diadakan segera bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

25) Pada 5hb Febuari 2008 satu perjumpaan telah diadakan di Dewan MPS yang di hadiri oleh antaranya :-

a) Penduduk serta AJK Jawatankuasa Bertindak Taman Bukit Margosa
b) Penduduk serta AJK Persatuan Penduduk Taman Ampangan Fasa 3
c) Penduduk serta AJK Persatuan Penduduk Taman Telawi
d) Penduduk serta AJK Persatuan Penduduk Rumah Rakyat Pancur
e) Wakil Firma Guaman M/S ZJ NEWAZ & CO
f) Pengarah JKR Negeri Sembilan
g) Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban
h) Pengarah JPS Negeri Sembilan
i) Wakil LLM
j) Wakil LEKAS
k) Wakil IJM

26) Perbincangan ini mengesahkan pihak LLM, LEKAS dan IJM telah melakukan kesalahan dan bersedia membayar pampasan kepada mangsa banjir. Pengarah JPS juga mengesahkan IJM tidak mengikut segala prosidur yang diwajibkan bagi memulakan kerja tanah serta MPS turut mengaku kesilapan di dalam meluluskan aliran trafik sewaktu pembinaan.

27) Mendengar segala penjelasan yang mengecewakan apabila pihak LLM, LEKAS, MPS, JKR dan IJM saling tuduh menuduh diantara mereka kami penduduk Taman Margosa dan Taman Ampangan Fasa 3 telah memaklumkan kepada mesyuarat bahawa kami menolak pembinaan melalui jajaran ini jika dari sudut lapuran kesan alam sekitar serta sudut kejuruteraan memberikan kesan buruk kepada kami di dalam jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang.

28) Melalui peguam kami juga telah memaklumkan bahawa pihak kami memberi Notis 21 hari untuk pihak berkaitan untuk menyerah segala dokumen berkaitan pembinaan bagi penelitian kami. Dan jika gagal, pihak kami akan memohon kepada pihak mahkamah untuk pemberhentian kekal pembinaan sebagai penyelesaian masalah ini.

29) Yang Dipertua MPS memaklum kepada mesyuarat pihak yang terbabit tidak dibenarkan meneruskan pembinaan selagi segala perbincangan serta permintaan penduduk dipenuhi. Mesyuarat juga bersetuju bagi factor keselamatan semua penghalang jalan yang ditutup serta dinding akan dibuka. Satu lapuran polis telah dibuat pada 8hb Febuari 2008 telah dibuat untuk maksud itu.(lihat lampiran)

30) Setelah hampir 4 bulan menunggu tiba-tiba pada 30hb Mei pihak LEKAS dan IJM memasang semula papan tanda memaklum pembinaan akan dimulakan semula.

31) Pada 2hb Jun 2008 mewakili penduduk yang mulai merasa marah terhadap pemasangan papantanda tersebut saya telah mengubungi Puan Zaharatul dari LLM bertanyakan mengenai pemasangan papantanda tersebut dan menjelaskan bahawa penduduk belum memutuskan persetujuan menerima pembinaan melalui jajaran ini dan sehingga kini dokumen yang di minta masih belum diserahkan.

32) Puan Zaharatul memaklumkan bahawa En. Khalid dari LEKAS telah memaklumkan kepada beliau bahawa En. Khalid telah berjumpa dengan penduduk di dewan orang ramai dan penduduk telah bersetuju pembinaan lebuhraya melalui jajaran Taman kami, manakala pemasangan papantanda adalah untuk tujuan odit.

33) Saya menjelaskan kepada Puan Zaharahtul bahawa tiada sebarang pertemuan dan En. Khalid berdusta dan saya memohon jangan memasang papan tanda kerana ini akan menambah kemarahan penduduk setelah kegagalan membuka zing penghadang telah menimbulkan banyak masalah sosial kepada taman kami seperti kecurian dan maksiat.

34) Saya dihubungi oleh CEO untuk berjumpa saya seorang saja bagi berbincang dan pada 13hb Jun 2008 dengan pengetahuan dari AJK saya telah pergi berjumpa dengan CEO LEKAS untuk mendapatkan maklumat sebenar status pembinaan. Saya telah menjelaskan kepada beliau bahawa beliau tidak berkelayakan untuk berbincang tentang pembinaan kerana baru mengambil alih jawatan CEO dan tidak memahami secara mendalam kepada permasalahan bantahan kami.

35) Didalam pertemuan itu juga saya menegaskan bahawa walaupun saya pengerusi jawantankuasa bertindak tetapi keputusan adalah dengan persetujuan ramai. Saya memaklumkan juga tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat oleh pihak yang terbabit sejak mesyuarat pada 5hb Febuari 2008. Beliau faham dan meminta saya memujuk AJK untuk menerima pembinaan ini dan memohon saya untuk mengatur pertemuan dengan AJK tanpa kehadiran peguam kami.

36) Dalam perbincangan dengan beberapa AJK selepas pertemuan itu saya telah memaklumkan hasrat LEKAS serta memaklumkan juga saya telah diberi hadiah sempena kehadiran saya di pejabat beliau iaitu Kad Touch and Go bernilai RM500.00 serta hasrat LEKAS untuk berbincang. Saya akan cuba untuk mendapatkan pandangan dari Badan Pencegah Rasuah berkaitan hadiah ini. Keputusan juga dibuat bahawa segala pertemuan mesti bersama peguam dan pihak LEKAS harus menyediakan dokumen seperti yang di minta dalam notis 21 hari yang dimaklumkan oleh peguam yang kita lantik dalam mesyuarat pada 5hb Febuari 2008.


Disediakan oleh,

Zakaria bin Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak

No comments: