TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, February 9, 2009

AHLI SUFI LEPAK DI STARBUCK TANPA JUBAH TANPA SERBAN BERGAYA DENGAN BMW DAN JAM TANGAN RM50 RIBU

Rabu malam Khamis yang lepas saya sempat hubungi rakan jemaah Masjid Pancur Jaya, sekiranya saya terlewat dapat kiranya dirakamkan kuliah Si Fuad tetapi rupanya ramai sahabat yang dah tahu sengaja mengubah jadual. Bila mana ade je kuliah Si fuad mereka akan tinggalkan masjid selepas maghrib dan menghadiri kelas lain.

Ape jadi semua rakan melarikan diri dari kuliah Si fuad, Saya cuba mendapat kepastian dengan soalan menjolok.Eh bukan dia tu tokoh ulama muda n. sembilan?
Rakan saya Ust. Amran menjawab ,Ana pernah hadir kuliah beliau sewaktu di Rembau, si Fuad tu belasah Tuan Guru Nik dalam kuliau beliau. Ye ke Jawab saya.Seorang sahabat bernama Suli jemaah tetap Masjid Paroi Jaya menyampok ah Si fuad tak datang Anak murid beliau Ust Shaharudin ganti. Meluat hampir 20 minit kuliah beliau memuji gurunya Si fuad.Apa di kata soal saya. Si Fuad Ulamak yang tertinggi darjatnya dan tidak ada se orang pun ulamak kat Malaysia boleh menandingi beliau. Kalau beliau beliau ke Yaman hampir 200 ulamak datang berjumpa beliau. Jadi tarafnya yang tinggi jangan cuba nak mengata dan fitnah beliau nanti mulut senget. Kau fitnah kot nanti senget mulut? Betul nanti kita cari rakan yg ade rakaman .Lagi Pun Mahatir hina nabi tak senget pun mulut.

Seorang ahli koporat jemaah surau Taman Bukit Margosa juga merungut.Ini ahli Sufi ape kuliah cerita jam dia RM50k.

Sahabat Taman Bukit Margosa mencelah. Anak murid Si Fuad tu ade mendawa dia nie hafiz. Saya jawab tak lah. Mungkin nie anak muridsetengah masak tak?

bersambung.....

Saya meneri email dari saudara faizal seperti di bawah . Saya taknak menjawab secara detail tetapi saya buka kepada pembaca dulu kalau ingin menjawab. Saya sedang dapatkan maklumat dengan seorang sahabat yang dakwa Si Fuad belajar mengaji dengan arwah ayahnya. Nyaris tak jadi adik ipar .Harap Fuad itu tak sama dengan Si Fuad nie


Salam.

Yang dihormati En. Zakaria... Saya telah membaca blog saudara yg telah diforward kepada saya oleh serang rakan. Untuk makluman, saya adalah seorang pegawai kerajaan di negeri Johor yang dahulunya pernah terlibat dengan PAS. Naqib usrah saya adalah Saudara Suhaizan Kayak. Saya berkesempatan mengikuti ceramah/kuliah Ustaz Muhammad Fuad dan selepas membaca blog saudara, timbul beberapa kemusykilan yg saya harap sgt saudara dapat perjelaskan. Tulisan saudara saya highlightkan, diikuti dengan persolan saya.

1) (dengarnya ada juga ustaz yang menggelarnya Mufti Rembau?). - siapa ustaz yg menggelar sedemikian? Bukankah tulisan seperti ini boleh menimbulkan fitnah di kalangan pembaca? czacPY : Boleh tanya dengan jemaah Surau Taman Bukti

2) 'Mengapa anak murid tuan nak mengadu kepada Menteri Besar? - siapa anak murid Ustaz Fuad yg nak melaporkan pada Menteri Besar? Siapakah namanya?
czackPY : Cuba call no. nie 019 - 6761786

3) c) Surau hitam, surau Putih takan lupa kot, tuan pernah memberi kuliah di Surat Hitam anjuran Pemuda Pas Kawasan Seremban. Al-Maklum lah dulu dalam jemaah PAS sekarang.....? - Benarkah Ustaz Fuad pernah menyertai PAS dahulu? Jika benar apakah no. keahlian PAS beliau? Dan benarkah beliau menyertai parti kerajaan sekarang? Jika benar juga, apakah no. keahlian beliau sekarang dan parti apa? UMNO?
czackPY : Tanya Pimpinan Pemuda Pas zaman Ust. Nazri

4) apa pula hukumnya mereka yang menyokong pemerintahan yang zalim dan bandingkan pulak dengan ilmu yang kita dapat dari usrah parti kita yang menekankan Politik itu adalah ibadah. - Memang benar hukum mentaati pemerintah yg zalim adalah harus. Cuba saudara baca sirah. Pada zaman pemerintahan Hajjaj bin Yusof as Sakhafi (gabenor Abbassiyah), beliau bertanggungjawab terhadap pembunuhan 124,000 org. Tetapi diriwayatkan Ibnu Umar dan Ibnu Abbas masih bersolat di belakangnya, tidak pula menentangnya atas alasan zalim dan tidak pula menubuhkan parti politik utk menumbangkan kerajaannya. Mengapa ya?? Saya rasa kerana para sahabat Nabi lebih mengutamakan perpaduan ummah. Dalam kuliah Ustaz Fuad (yg tuan uploadkan), Ustaz Fuad juga menyatakan politik mmg ada dalam Islam, tidak pula beliau berkata sebaliknya. Saya rasa tuan sendiri tak dengar betul2 apa yg tuan uploadkan. :)
czackPY : Sesekali buat lawatan kat Kelantan , cuba sembahyang subuh di masjid TGNA dan tanya Tok Mat nie Zalim tak atau call no. nie anda pasti dapat jawapannya 019- 2025048

5) Tengok siapa yang di jemput bila merasmikan Yayasan Sofa Mad Hasan jugak. Apa salahnya jemput Mentei Besar? Bukankah kita tgk Menteri2 Besar PAS juga byk merasmikan majlis/bangunan? Apakah ini bermaksud Ustaz Fuad org UMNO??
czackPY:Memang Tak Salah tetapi cuba dia vokal mengkritik Tok Mat sendiri ingatlah takan tak sedar kot. tu saya suruh tanya dengan Ust. Zaidi dan Ust. Jaafar.Pengalaman menguruskan masalah highway LEKAS taman saya . org yang tak sebulu dia takan hadir majlis yang di jemput

6) Kita sebenarnya mengalu-alukan sebutir permata seperti Sheikh Fuad kerana Negeri Sembilan memang kurang ulamak yang berani menegur pemerintahan yang zalim - Sila baca kitab muktabar dan cari definisi 'zalim'. Bagaiman tuan tahu yang Ustaz Fuad tidak pernah menasihati pemimpin, sedangkan tuan sendiri tidak pernah hadir ke majlis2nya ketika dia bersama dengan Menteri Besar?
czackPY :Rafidah pun tulis kat Paklah . Cuba saudara semak siapa pemilik sebenar Yayasan Sofa? Siapa Penyumbangnya. Berapa besar Dana yang dia ada . Tu sebab boleh pakai jam harga 50k. Betul ke Airasia?

Kesimpulan yg saya boleh buat, tuan menulis keperibadian seseorang tanpa menyelidik terlebih dahulu. Komen tuan sendiri pun adalah daripada rakaman kuliah Ustaz Fuad, bukannya dengar secara langsung. Kalau tuan benar2 ikhlas mencari kebenaran utk menegakkan ISLAM dan berpendapat Ustaz Fuad menyampaikan mesej yg salah mengenai politik, kenapa tuan sendiri tidak berjumpa dengannya untuk menasihatinya? Apakah menulis dalam blog ini akan menyelesaikan masalah? Justeru saya berpendapat elokla tuan berhati2 dalam menulis, kerana tuan sendiri kata Ustaz Fuad adalah ulama'. Menyakiti Ulama' ini terlalu besar natijah buruknya. Sekiranya tulisan saya ini tuan kategorikan sebagai penyokong Us. Fuad atau berat sebelah, tak payahlah reply. Saya menulis dengan harapan dapat penjelasan terus dari pihak tuan yg begitu komited utk menegakkan ISLAM. Kalau ada kata saya menyinggung tuan, harap maafkan saya. Semoga Allah SWT akan mengampuni saya sekiranya tulisan saya ini adalah berdasarkan nafsu ammarah dan tidak berhikmah.

Sekian,
Faizal
czackPY : Terima kasih dengan soalan , terima kasih dapat berbincang dalam penulisan maya .Sekurang-kurang saudara bertanya melalui email.tidak pada anak murid yang hantar sms tapi bila kita call tak na jawab. Maaf kita bersama .Saya pun sebenar tunggu anak murid dia tapi tak ade yang datang . Nak jumpa dia selalu lepak kat starbuck, ttp saya tak tahu starbuck cawangan mana

27 comments:

Karl said...
This comment has been removed by the author.
hantulawa said...

kalau setakat jadi juru ulas highway, jangan cakap soal perjuangan...

yjelita said...

cukup la... kita jgn cari salah orang lain... jgn bukak aib orang..kita pun ada aib gak...satu hari kelak pasti ALLAH akan bukak aib kita...nasihat saya buat Tuan Zack...

Suli said...
This comment has been removed by the author.
PakLongChup said...

Tuan Blog,

Saya tengok cara tuan mengkritik syeikh fuad adalah secara semberono yang ada perasaan hasad didalam hati. Jawab dengan ikhlas kepada diri tuan sendiri. Kalau ada beristighfarlah banyak agar Allah mengampunkan kita.

Kalau tuan pergi kemajlis ilmu, apa niat tuan? Cari keredhaan Allah atau cari kesalahan penceramah/guru/ustaz tersebut?

Salahlah seorang ustaz itu pergi minum ditempat yang agak mahal dan memakai pakaian yang mahal dengan duit dia sendiri?

Soalan yang saya nak tuan jawab betul2? Adakah org2 UMNO tu saudara seislam tuan? Dan masuk UMNO itu hanya layak dihumban ke neraka dan masuk PAS confirm gembira dengan syurga?

Cuba tuan fikirkan, adakah aku ini seorang yang terlalu taksub dengan parti aku, manakala parti org lain semua salah dan tak betul? Hanya senya parti akulah yang benar dan diredhai ALlah di muka bumi ini?

Jawab...jangan tak jawab na!!

JIBAM said...

ya !!! memang benar beliau mengatakan beliau pernah lepak di starbuck!! hahahahahha kelakar la Pak sekh ni!!!lepak kat starbuck nak ceramah ke nak tengok mini skirt amoiii kat Bukit Bintang tu? aku boleh bayangkan si fuad ni berlagak macam keparat(korporat ) kat situ!!! aku tak heran pun!! itu zaman aku jahilliyah boleh la lepak kat sana!!! skrg tak boleh !! dah tak sesuaiiii!!!!!

prepaidbisnes said...
This comment has been removed by the author.
JIBAM said...

Si Fuad itu mengaku dia pernah lepak di Starbuck Bukit Bintang!! Bintang Walk la katakan!! tempat org tayang Jam tangan 50K dan tayang kete mercedes!!!si Fuad ni dah ramai org kata dia gila!!! aku tak tau la kan!!!! tapi aku nak bagi tau la !!! RAMAI ORG KATA DIA DAH GILA!! KEMARUK NAK JADI EXCO!!! nak jadi MUFTI!!! itu yang dia punya Machai- machai @ tali barut nya ceramah berapi -api!! bantai la ULAMAK AKHIR ZAMAN

aris said...

Tuan Jibam.....,adakah tuan duduk bersama beliau (syeikh Fuad) dan memahami beliau sehingga tuan seperti wali yang mengatahui semua perkara-perkara tersurat dan yang tersirat.......adakah tuan sendiri yang melihatnya melakukan perkara-perkara yang tuan sebutkan.....? Tuan ...jangan terus menghukum seseorang dan melakukan sebarang fitnah....khusyukkan hati dengan Allah....

PakLongChup said...

Jibam,

Anda takut tak seandainya apa yang awak tuduh tu tidak benar? Risau tak diakhirat esok syeikh Fuad atau sesiapa saja yg anda main tuduh tanpa bukti menuntut dihadapan Allah rabbul Jalil.

Kalau tak der langsung terdetik rasa takut. Eloklah pergi berubat, yakni jumpa ulama yg dapat membaiki hati tuan.

Jangalah kita bersemangat tak tentu hala tanpa pedoman hingga terlupa akan halal dan haram. Aku sebagai saudara seislam kamu berhak menasihati dan ko jugak berhak nasihat aku andai nampak kesalahan walaupun hanya tergambar melalui hujung jari.

Tuntutlah ilmu dari ulama yang kita percayai keilmuannya. Tengoklah juga dia mengamalkan ilmunya atau tidak. Kalu dia buat salah atau tersilap itu biasa.Mana ada manusia maksum kecuali para anbia'.

Yang terlebih penting tiliklah diri kita adakah terlalu jauh sangat dari kesempurnaan. Bukan aku kata aku sempurna..malah ngaku bukan org soleh tetapi fasik.

Dari itu cuba-cubalah mempelajari ilmu tasawwuf dari para guru yang kepercayaan...wallahualam

JIBAM said...

Pak Long dan Aris!! Si Fuad tu sendiri yang mengaku dia lepak kat Starbuck!! apa cerita anda ni!!! jgn la jadi bangang!! dah dia sendiri yang bersyarah dan berceramah di Masjid Taman Panchor Jaya!! kalau tak percaya pergi la tanya dgn jemaah di sana!! anda berdua ni tak paham ke apa yang saya tulis? atau tak reti baca? atau anda nak saya tulis dlm bahas URDU atau TAMIL? .... Saya takkan tulis kalau benda tak betul!! ALLAH yang maha tahu!!!.... ingat jgn kerana duit ringgit ISLAM nak digadaikan!!!...membujur lalu melintang patah!! ingat tu!!!

aris said...

Tuan Jibam......Firman Allah Taala.."ويل لكل همزة لمزة" maksudnya,celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela'..surah Humazah ayat 1....saya risau kalau tuan termasuk dalam golongan yang disebut tadi. Apa yang tuan buat selama ni hanya mencela, mencela, dan mencela. Adakah ini yang tuan belajar selama ini? Islam melarang keras umatnya mengaibkan sesiapa walau apa keadaan sekalipun. Tuan sibuk mengatakan orang lain sedangkan tuanlah menghinakan diri tuan sendiri. Adapun sifat ini hanyalah sifat seorang pengecut yang hanya mampu merapik dalam blog.....

aris said...

kpd sesiapa yang tersa,kalau kte tidak sealiran dlm pemikiran,jgnla kte hendak mnyerang pribadi org..ini telah menunjukkan keboohan diri kita,apa salahnya kita berbincang secara ilmiah.klau tuan benar2 tidak suka dgn Sheikh knpe tidak bersua muka dengan beliau.dalam kuliah Sheikh pun sendiri telah memaafkan tuan dan jika dia salah dia minta maaf pada tuan an Allah.kenapa tuan ingin membesarkan perkara ini.muka tuan pun tidak pernah nampak pada kuliah beliau,dgar dulu apa yang beliau nak sampaikan.jangan setakat nak dengar dari jauh,kenapa takutke nak pegi masjid negeri.saya nak tanye pernah tak Sheikh Fuad buat blog untuk balas balik atas segala yang tuan perkatakan kepadanya.Beliau pun tidak pernah kata bahawa diri beliau ulama,ada jugakla beliau buat untuk berkhidmat atas jalan Allah,tuan buat apa????tak kan sekadar hanya nak membuka aib orang dan tuan pun tahu implikasinya akan membawa kepada perpecahan ummah,adalah baiknya tuan cari salah sendiri dan baiki diri sendiri,akhir dari saya ingin tanya kepada tuan,,,Nabi Muhammad selepas Baginda berjaya menegakkan Islam,,pernah tak Baginda membuka aib dan mencaci musuh Baginda yang pernah menyakiti jasad Baginda yang mulia,,sedangkan Baginda boleh untuk melakukan begitu.Ingat kata2 Nabi:Aku diutusakn untuk memberi rahmat bukannya untuk melaknat.sekian sahaja dari saya.maafla kalau tulisan saya ini buat tuan bnyak terasa..

Suli said...
This comment has been removed by the author.
Suli said...
This comment has been removed by the author.
PakLongChup said...

Kadang2 tengok hang ni macam pelawak la plak cik Suli oii! hee..hee

PakLongChup said...

Nak tanya skit...apa kerja yang hang dah buat untuk ugama sebenarnya? Cuba hang habaq mai tengok?

Suli said...
This comment has been removed by the author.
PakLongChup said...

Suli,

Bila org tanya jawab...bukan tanya balik. Itulah kaedah berkomunikasi.Kalau si A tanya dan si B tanya balik camner nak ada jawapan...suka hati ko lah suli!!

Jangan tanya pasal UMNO ke PAS sebab aku bukan ahli pada kedua2 parti itu..

Suli said...
This comment has been removed by the author.
Suli said...
This comment has been removed by the author.
PakLongChup said...

Suli,

Cubalah tuan belajar agama dengan berguru/berkitab/bersanad. Janganlah ilmu agama diambil dari pentas2 politik untuk diamalkan.

Benarkah tuan memahami politik Islam yang sebenarnya? Saya tidak akan bertanya lagi...kerana...saya yakin tidak mampu menjawabnya dengan tepat..hanyalah retorik sajer tuan...tuan hanya suka menyalahkan orang lain..

Saya bukan anti-PAS atau anti-UMNO. Tetapi disebabkan SEBAHAGIAN penyokong2 PAS ynag tidak begitu memahami adab2 menegur dlm ISlam dan kefahaman yang (maaf cakap)sama jer macam org lain (yg kurang faham pasal agama Islam) saya rasa itu yg membuatkan saya sudah tidak lunak untuk bersama2 PAS atau UMNO.

Ko nak nuntut dari den kat Padang Masyhar...den ni sapo? Den boleh laksanakan hukum Islam ni kat Malaysia? Cuba tanya ulama yg tiada kepentingan politik...tanggungjawab melaksanakan hukum dijatuhkan keatas saper?

Jangan mulut tuan terlalu bacul untuk mengeluarkan orang Islam dari Islam. Takut2 terbalik kepada tuan. Juga hati2 bercakap (sebab tu suruh belajar tauhid) takut2 terkeluar dari ASWJ kepada Khawarij...wallahu'alam.

Suli said...
This comment has been removed by the author.
Suli said...
This comment has been removed by the author.
PakLongChup said...

Hebat sungguh pejuang Islam ni (perasan jer kot). Berbudi bahasa indah...PAS tak mengajar pendokongnya begini..ni confirm tukang sorak jer tanpa lalui tarbiah..Den pun dah tak lalu nak bercakap ngan ko lagi...bye-bye.

MINTA TUAN BLOG BUAT RUMUSAN SKIT BLEH..TERIMA KASIH

Suli said...
This comment has been removed by the author.
sepat said...

kepada tuan blogger..

toksah laa anda layankan anak2 murid fuad ni.. kalau dah taat membute tuli tanpa menyelidik dahulu mmg jadi camni laa.. itula sebab ustaz2 pesan kalau taksub kat guru tapi taksub tanpa sebab lelama guru ckp makan haram pun bole jadi halal...yg tak betul boleh jadi betul.. nak baraqah 'guru' le katakan hehehe


wallahuallam..