TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, March 20, 2009

USTAZ KHAIRUL AZHAR - PAS NEGERI SEMBILAN KEHILANGAN PEMIMPIN MUDA YANG BERPOTENSI





USTAZ KHAIRUL AZHAR - MATI MU MATI DIDALAM PERJUANGAN






Sedang sibuk mengurus dokumen bagi injuksi mahkamah kes Taman Bukit Margosa, saya menerima SMS dari keluarga arwah Cik Gu Azmi yang merupakan jiran baru saya memaklum Arwah dimasukan ke wad CCU kerana di serang denggi berdarah.
Beliau yang di kenali K.A kepada semua ahli Unit Amal N.Sembilan yang berhubung melalui PTT, di kenali ramai kerana senantiasa menjadi Pengerusi Ceramah di majlis anjuran Pas terutama di Surau Hitam.


Malamnya sewaktu sedang berlajar berjanzi bersama rakan di surau, Cik gu Azmi datang memaklumkan keadaan kritikal arwah di mana degup jantung telah berhenti dan beliau akan ke Hospital dan mohon rakan dapat menengokan rumah beliau.


Gagal menghubungi rakan PTT saya terus menalipon Sdr. Zulkarnain Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Seremban dan ketika itulah panggilan masuk dari Cik Gu Azmi yang memaklumkan pemergian Ust. K.A.


Walaupun tidak berapa rapat dengan beliau tetapi beberapa kenangan bersama terbayang difikiran terutama melihat kehebatan kali terakhir beliau mempengerusikan ceramah yang di hadiri oleh Haji Mat Sabu di Taman Tunku Jaafar.


Antara kenangan yang timbul ialah melihat beliau tenang menguruskan progrem selaku setiausaha kontigen PAS ke PRK Kuala Terengganu. Terserempak dengan beliau di Masjid Gemencheh. Berborak bersama di majlis kenduri Cik Gu Azmi, dan minum bersama selepas ceramah Mustafa Kamil Ayub di Surau Hitam.
Ianya lebih terharu bila terkenang perancangan kami di mana pada 21hb Mac beliau sebagai naqib Majlis Ta'aruf Usrah keluarga saya, Keluarga Ar-Rahman. Nama beliau dicadangkan oleh Ust. Nazri. Masih tergiang di teling kata beliau , Sheikh 21hb ana tak ada progrem tapi ana akan maklumkan ,mungkin ken cari ustaz ganti'. Rupanya memang keluarga kami kena cari Ust bagi gantikan beliau selama-lamanya. Progrem usrah keluarga tetap diteruskan dan saya sedang mencari penggantinya.
Untuk mu K.A pergi mu dijemput Allah dimalam jumaat yang penuh rahmat dengan cuaca panas bertukar mendong ketika jenazah mu dibawa dari Masjid Taman Paroi Jaya ke Makam Tuan Haji Said. Sesungguhnya di dunia lagi Allah telah tunjukan kemuliaan atas diri mu. Kamu pergi sama seperti perginya Armarhum Dato' Presiden kita.Mati mu , mati di dalam perjuangan.
Kami sekeluarga mendoakan kamu dimasukan Allah di dalam gulongan orang yang beriman serta insan yang terpilih. Alfatihah




3 comments:

ayiE_KhAdiM said...

Pemergian Ustaz Khairul Azhar merupakan kehilangan besar buat kami..Khususnya Warga Maahad Ahmadi N.sEMBILAN

abumikail said...

Innalillah hi wainnahirojiun.Semoga roh beliau akan sdi tempatkan bersama roh2 orans salleh & semoga keluarga beliau akan sentiasa mendapat rahmat dari Allah...AL Fatihah

Azman Syah Alias said...

salam