Dakwaan dan kerisauan penduduk selama selama ini terbukti bila pada jam 3 petang 13hb Jun 2009 banjir melanda lagi kesan dari pembinaan lebuhraya LEKAS jajaran taman kami. Dulu mereka dakwa banjir kerana fenomena yang berlaku dsema tempat. Tapi kini apa alasan lagi nak diberi. Air Lumpur warna kuning kemudian bercampur dengan najis.
Banjir hanya di Margosa je dengan hujan sekejap dan tak lebat pun.Mana pasukan pemantau LEKAS atau Prihatin. Kontrator IJM sekarang bekerja tanpa ambil kira keselamatan penduduk, habuk ,becak , lumpur dan bekerja hingga malam dan menganggu majlis di surau.
Keretakan baru rumah di kesan di jalan Margosa 18. Itupun LEKAS dakwa belum mulakan pembinaan dan keretakan bukan disebabkan oleh mereka. Apa LEKAS ingat kami penduduk Taman Bukit Margosa ini semuanya bodoh dan boleh dicucuk hidung . Demi menyokong LEKAS harta kami punah pun tak pa lah semua untuk pembangunan. Lawan kerajaan dosa besar nanti masuk neraka
No comments:
Post a Comment