TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, August 3, 2009

MELAYU LEMAH KE UMNO LEMAH ?

Hari saya dikunjungi oleh Chip (Dato' Roslan Darus) seorang ahli totok UMNO. Beliau adalah di antara rakan saya yang berlainan parti tetapi masih boleh bergurau senda bila bercakap pasal politik.

Ayat pertamanya pagi ini, Wah czack kau pun sama berdemo di KL, Saya menjawab mestilah ini perjuangan saya. Beliau seperti biasa akan menumbok saya dan berkata kau tahu PAS di perkudakan oleh DAP satu hari kau akan sedar permainan DAP .

Belum sempat saya menjawab sahabat saya keluar satu pertanyaan kepada Chip. Chip apasal sekarang cakap melayu lemah sekarang tidak dulu. Umno tak kuat ke melayu tak kuat. Pertanyaan sahabat saya mati di situ apabila ada pelanggan yang masuk ke kedai.


Persoalan sahabat saya itu mengingatkan kepada satu analisa yang dibuat oleh blog Kickdefella disini.

Terima kasih kepada blog kickdefella, saya paste ke blog saya untuk pembaca lain kerana ianya jawapan yang paling lengkap jika kita hendak berhujah dengan orang UMNO. Siapa Lemah Melayu ke atau UMNO yang lemah.

No comments: