TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, November 6, 2009

DAH 51 TAHUN PAS MASIH BELUM MATANG KE ?.


Melayari beberapa blog yang menulis berkaitan isu EGM, isu anak Ali dan kekalutan isu UG seperti Aibanjri, Detikdaily , Aduka Taruna, MSO dan sebagainya membuatkan terdetik dihati, mana mungkin sebuah parti yang meletakan Islam di atas sekali berperangai macam Umno jugak.

Apa dah jadi dengan PAS? Setelah lama ditubuhkan serta berjaya mengharungi berbagai masalah yang melanda. Pernah pimpinannya meninggakan parti, pernah pimpnan serta ahli mati terbunuh. Berbagai masalah timbul lantaran ciptaan musuh. Pimpinan silih berganti, namun PAS terus teguh berdiri.

Ini semuanya atas dasar kepekaan pimpinan lama yang cepat memnranformasikan kepada kepimpinan ulamak. Nyatakanlah apa yang tidak dilakukan UMNO untuk menghapuskan PAS. Semuanya dapat di atasi. PAS terus gagah berkat tarbiyah yang diajar oleh pimpinan kepada ahli.

APA TIDAK MATANG LAGI KE PAS?

Baru sahaja kalah di Bagan Pinang, di usik sikit oleh Aziz Bari, gegak gempita dalam PAS. Berbagai-bagai cerita timbul. Di dunia blogger pula bermacam penulisan timbul. Berbagai teori dikeluarkan, berbagai hadis serta ayat Al-Quran dititipkan untuk mempertahankan hujah dan penceritaan. Hilang segala adap dan sopan. Ada yang mendakwa ahli PAS tetapi penulisannya menelanjangkan PAS sehingga digunakan musuh menyerang PAS. Mungkinkah ini ujian ke atas kemenangan di Pru 12?.

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU NIE?

Kita yakin selagi PAS berkapit dengan islam sebagai tunjangnya, semua masalah akan dapat ditangani dan PAS akan bertambah kuat selepas ini.

Namun pimpinan perlu ditegur agar jangan lara' dengan kemenangan dan sayang kepada pangkat dan jawatan sehingga sanggup mengenepikan kebenaran.dan mengujudkan kroni dalam barisan kepimpinan. Kita juga jangan lupa lontaran yang dibuat oleh Mat Sabu bahawa didalam kita menguruskan kemenangan jangan kita kembali berperangai seperti UMNO.

Yang jelas kita terlupa satu perkara selepas kemenangan di tahun 1990 dan kemenangan di PRU 12 kita menerima kemasukkan ahli yang ramai. Ianya di tambah dengan slogon PAS UNTUK SEMUA.

Kita terlupa dalam menguruskan kemasukan ahli yang ramai dengan latarbelakang yang berbeza harus disamakan fikrahnya. Kita tidak nampak apa yang dilakukan oleh Lujnah Tarbiah Ahli. Kita lebih banyak melihat aktiviti Lujnah Perpaduan Kaum dengan Kelab Penyokong PAS.

Di zaman penulis mula berjinak dengan PAS ditahun 1980an sebelum menjadi ahli kita dibawa ke dalam usrah memahami Perlembagaan PAS, mengapa perlu berada di dalam PAS, kita mempelajari buku-buku tulisan Ust. Fathi Yakan antaranya Mengapa kita Memelok Islam. Kita diajar tentang Politik Islam dan sebagainya.

Melalui usrah-usrah lah kita dipersiapkan dengan kekuatan perjuangan di dalam jemaah serta adap-adap berjamaah. Dengan usrah inilah kita memantapkan ahli serta memahamkan ahli berkaitan perjuangan dalam islam. Sewaktu TGHH mengetuai Lujnah Tarbiah kita telah dapat melahirkan ahli-ahli PAS yang mantap didalam perjuangan ini. Usrah diarahkan dibuat disemua cawangan setiap minggu.

Namun kini dengan memiliki ahli yang ramai kita tidak melihat aktiviti ini berjalan lagi. Kalau ditempat lain usrah di cawangan mulai berkurangan apatah lagi di Seremban dimana Pas Kawasannya digantung tidak bertali. Tak dinafikan di Seremban masih ada cawangan yang masih berjalan usrahnya tapi kehadiran ahli baru didalam usrah tiada langsung.

Usrah yang di jalankan kadangkala tidak menemui sasarannya atau terlalu kehadapan atau juga berat untuk diikuti oleh ahli-ahli baru. Di Negeri Sembilan kalau diambil dari tarikh selepas PRU 12 hanya 2 kali kuliah yang dibuat di pejabat perhubungan negeri.

Seharusnya Lujnah Penerangan serta Lujnah Tarbiah Pusat memikirkan dengan kemasukan ahli yang ramai dengan latarbelakang yang berbeza mengeluarkan arah menghidupkan usrah dicawangan sebagai aktiviti wajib serta mengeluarkan satu modual usrah yang baru bagi menyesuaikan dengan kemasukan ahli baru yang mempunyai latarbelakang yang berbeza ini

Kekurangan ini harus di atasi dengan segera kerana kita melihat bila mana timbul isu seperti yang sedang kita hadapi ini terdapat kekalutan yang timbul dikalangan ahli. Kalau ahli yang lama sendiri gagal untuk menggarap masalah ini apa tah lagi ada segelintir ahli baru yang dikesan menjadi ahli PAS kerana marahkan UMNO bukan kerana tuntutan agama.

Sesungguhnya adalah benar kita ahli PAS tidak perlu disuruh akan hadir ke Majlis Ilmu yang banyak dianjurkan oleh surau atau masjid mahupun di rumah persendirian dengan inisiatif sendiri dalam mendalami ilmu. Tetapi apa yang dilihat jika tiada disulami dengan usrah anjuran parti akan timbul satu lompang yang memberi kesan buruk kepada perjuangan kita.

Penulis mengalaminya bila mana laman ini memperbincangkan tentang Si Fuad.,penulis telah dihubungi malah dilawati oleh pimpinan negeri . Kecewa rasanya bila ada pimpinan negeri yang maklum berkaitan sikap Si Fuad tetapi takut untuk menyatakan kebenaran secara terus terang hanya kerana ada penyokong PAS yang menjadi anak murid Si Fuad.

Mana mungkin perkara ini boleh timbul jika ahli kita telah ditarbiah dengan mantap. Mengapa perlu takut hilang undi cuma pada ahli yang tidak dilandasan kebenaran perjuangan kita.

Ini masalahnya jika terus leka mengiklankan untuk menambah ahli yang ramai tetapi proses pentarbiahan kita kesampingkan. Maka jadinya dah lebih 50 tahun bila menghadapi kemelut akan timbul kata-kata isu ini mematangkan kita. Jika berterusan maka selamanya lah kita tidak matang-matang. Tak matang ke kita lagi?.


No comments: