Alhamdulilah berkat kesabaran serta keyakinan dengan sokongan padu semua penduduk Taman Bukit Margosa, saya selaku Pengerusi SRS serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya Lekas Melalui Taman Bukit Margosa memaklumkan bahawa pada 12hb November 2009 Mahkamah Tinggi Seremban telah meluluskan permohonan injuksi kita yang telah kita failkan pada bulan April 2009.
Injuksi yang kita tunggu hampir 7 bulan yang sepatutnya 7 hari merupakan satu kemenangan besar setelah kami AJK mengharungi berbagai rintangan didalam membantu sahabat kita yang dizalimi yang dilakukan pihak perihatin yang terdiri mereka tiada nama dalam senarai plantif dan semuanya duduk jauh dari jajaran. Mereka tak merasai bagaimana hak dan harta mereka diperkosa oleh orang yang berkepentingan.
Ini juga membersihkan segala tuduhan bahawa kami telah mendustai amanah yang diberikan oleh tuanpuan kepada kami. Kami dituduh menipu penduduk dengan angan-angan kosong. Kami dituduh berpakat dengan peguam menipu penduduk. Kami dicela, kami ugut,.Kami dituduh mempunyai kepentingan politik.
Kami pernah diperlekeh oleh seorang pengamal undang-undang dengan ayat “TAK BOLEHHHHH, MANA BOLEHHH MASUK INJUKSI, INILAH PEMBANGKANG APA AJE KERAJAAN BUAT NAK BANGKANG”
Hari ini kami lunaskan sebahagian amanah yang diberikan oleh tuanpuan kepada kami. Bukan untuk berbangga dan bermegah diri tetapi dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran kehadrat ilahi di atas kemenangan pusingan pertama ini dan membuktikan kita ada kes atas harta kita.
PENYEBARAN DOKUMEN
Kami telah dimaklumkan oleh penduduk yang menerima surat yang diposkan kepada penduduk yang mengandungi 5 nasihat serta beberapa dokumen yang difailkan oleh jawatankuasa didalam writ saman yang akan dibicarakan pada pertengahan bulan disember 2009.
Kita cabar pihak perihatin kalau mereka benar mari berhadapan dengan kami dan jangan hanya berani dengan surat layang. Pihak peguam kita akan memaklumkan kepada peguam defenden dan mahkamah.
Untuk itu saya memohon penduduk bertenang dan menyerahkan kepada peguam kita menguruskannya dan pihak jawatankuasa telah pun membuat repot polis. Penduduk yang juga peserta atas nasihat peguam boleh membuat juga lapuran polis.
DOKUMEN YANG DIEDARKAN ITU HANYA ADA DI MAHKAMAH, JAWATANKUASA BERTINDAK DAN PEGUAM/DEFENDEN SAHAJA.
TUDUHAN KAMI MEMALSUKAN TANDATANGAN
Penyebaran dokumen itu sebenarnya cuba untuk menuduh kami memalsukan tandatangan penduduk yang menyertai tuntutan injuksi dan writ saman. Ini tercatat didalam akuan bersumpah penduduk yang cuba diserahkan oleh mereka melalui Idris pada 30hb Oktober 2009 dan telah ditolak oleh Mahkamah.
Idris ini sebenarnya bukan lagi peserta yang terbabit sebagai plantif. Jadi dia tidak mengetahui banyak keputusan mesyuarat dan perjumpaan penduduk dengan jawatankuasa Bertindak dan Peguam lantikan kita. dan tidak berhak memiliki dokumen tersebut
Idris peringkat awalnya adalah peserta yang turut menurunkan tandtangan serta membayar yuran penyertaan dan peguam melalui kontra bayaran sewa PA System yang disewa dari beliau bagi program penerangan bersama peguam. Gambar beliau di majlis tersebut masih ada dalam simpanan jawatankuasa.dan baki bayaran belum dijelaskan lagi. Saya terkeliru dengan tindakan beliau dalam menerangkan kepada penama yang membuat akuan sumpah berkaitan segala dokumen perlantikan peguam kerana beliau pernah berjumpa dengan peguam Z.J. Newas bagi mendapatkan maklumat dan beliau juga kenal dengan adik peguam penduduk
Nama beliau ditarik keluar dari senarai plantif kerana penama rumah adalah atas nama isteri beliau dan beliau gagal melengkapkan dokumen sehingga hari terakhir bila kita failkan dokumen di mahkamah dan tidak lagi merima jemputan berkaitan perbincangan lebuhraya dari Jawatankuasa Bertindak.
Jadi mana mungkin beliau tahu cerita sebenar dan berlagak tahu semua dan menghasut penduduk yang menyertai tuntutan.
Saya mengaku bahawa kesemua plantif telah menurunkan tandatangan dihadapan saya dan Ahli Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa pada surat persetujuan , waran bertindak serta menyerahkan salinan sah Kad Pengenalan, Perjanjian Jualbeli, Salinan Suratan Hakmilik/Gadaian serta bayaran yuran guaman setelah mereka faham dan jelas tentang apa tujuan surat tersebut dengan rela hati dan tanpa apa-apa paksaan dari pihak saya dan jawatankuasa. Semua dokumen yang dikumpulkan diserahkan kepada peguam untuk tindakan.
Mereka menandatangani antaranya di perjumpaan serta mesyuarat Jawatan Kuasa Bertndak bersama peguam sejak tahun 2007, didalam surau, di pondok kawalan SRS. dirumah di bonet kereta di tempat kerja saya. Masanya ada yang lepas subuh atau ditengah malam sewaktu bertugas meronda, mahupun ada yang memasukan ke dalam peti surat rumah saya.
Dan sekiranya ada yang mendakwa ada tandatangan yang dipalsukan itu diluar pengetahuan saya dan Ahli Jawatankusa dan saya serahkan kepada peguam menguruskannya.
Kami berpegang bahawa ianya benar dan merupakan sokongan/persetujuan bila peserta menyerahkan juga kad pengenalan salinan Perjanjian Jualbeli dan bayaran penyertaan dan guaman
Jadi tidak timbul isu pemalsuan tandatangan malahan bila ianya dibangkitkan sewaktu bercakap dengan Idris, beliau berhujah mungkin penduduk terlepas pandang .
Isu pemalsuan tandatangan kita serahkan kepada peguam kerana ianya merupakan tuduhan keatas kredibiliti peguam..
PENARIKAN DIRI SELAKU PLANTIF
Setakat ini ada 11 rumah dengan 14 penama yang menghantar surat kepada peguam untuk menarik diri sebagai plantif.
Dari semua itu 7 penama telah membuat akuan bersumpah menuduh saya memalsukan tandatangan dan memohon menarik diri sebagai plantif dan digunakan oleh LEKAS melalui Idris untuk menangguhkan keputusan kes kita pada 30hb Oktober lepas.
Apa yang memeranjatkan kami salah seorang penama di dalam surat akuan bersumpah memohon kes kita dibatalkan oleh mahkamah.
Seperti yang saya maklumkan kepada Idris ini amat mengecewakan. Kalau nak tarik diri atas alasan takut kami tidak memaksa dan kami telah maklumkan di mesyuarat dan perjumpaan dengan peguam. Dan kali terakhir pada 6hb Mac sebelum kita fail injuksi dan writ saman.
Kita maklumkan sesiapa yang masih ragu atau takut boleh menarik diri sekarang dan bayaran tidak dikembalikan kerana kita telah bayar kos peguam dan peguam telah melaksanakan tugas beliau.
Mengapa tidak dulu tapi baru sekarang? Kalau nak tarik mengapa pula bermatian menyokong LEKAS dan membenarkan LEKAS mempergunakan mereka untuk kianati penduduk. Sekarang siapa yang menimbulkan perpecahan kami atau perihatin?
Idris mendakwa membuat kerja tanpa bayaran dengan menjadi perantara LEKAS dan YB Mustafa Salim. Ok lah kereta dia tak pakai minyak tetapi pakai air., kos photostat, sampu surat, setem dan di pos dari berbagai daerah dibayar dengan daun bolehlah; Malah ada setem yang tidak bercop sampai kepada penduduk.
Kemungkinan semua ada tapi yang pasti Pengerusi Bersama Jawatankuasa Bertindak pernah ditawar melalui telefon oleh salah seorang ahli perihatin RM4 juta jika berpaling tadah menyokong beliau.
JADI PENDUDUK KENA TANYA IDRIS DAN KUNCU-KUNCUNYA KALAU BUKAN PESERTA DAN TAK ADA MAKLUMAT SEBENAR MENGAPA BERKELIARAN MEMBUAT CERITA MENAKUT-NAKUT PENDUDUK. NAK TARIK DIRI TARIK LAH DENGAN MEMBAYAR KOS GUAMAN TETAPI MENGAPA SANGGUP JADI BARUA LEKAS DAN BUSUK HATI MENGGANGGU KES PENDUDUK? MENGAPA MENYEBELAHI LEKAS SAMPAI SANGGUP MEMOHON MAHKAMAH MEMBATALKAN KES INI?
Bukti jelas mereka sanggup kianati penduduk bila affidavit yang cuba diserahkan kepada mahkmah dan ditolak ada surat yang dihantar salinan kepada peguam LEKAS yang menggambarkan konspirasi kumpulan perihatin dengan LEKAS untuk menghalang injuksi serta saman penduduk.
Bila peguam kita membantah affidavit dan diterima oleh mahkamah, 14 penama telah menghantar surat kepada peguam kita dan kita mengesan terdapat percanggahan.
Memandangkan mereka telah memberikan dokumen yang ada didalam simpanan Jawatankusa , serta kerja yang telah dilaksana oleh jawatankuasa dengan mendedahkan diri kepada risiko yang tinggi pihak jawatankuasa telah mengarahkan peguam untuk membuat tuntutan kepada peserta yang menarik diri sebanyak RM5,000 setiap peserta serta baki bayaran awal RM100 jika ada tidak termasuk kos tuntutan oleh peguam.
MENJAWAB 5 NASIHAT DI DALAM SURAT LAYANG. Sepatutnya kami tk perlu layan.
Kita yakin dokumen itu disebarkan oleh LEKAS dengan bantuan Idris kerana dokumen ini hanya ada pada saya dan peguam planntif dan LEKAS /peguam defenden.
Mana mungkin kami yang dituduh memalsukan tandatangan mengedarkan dokumen tersebut. Bodohlah kami membuka pekong kami. Tu budak tadika pun boleh jawab.
5 Nasihat ini sama seperti yang dikhabarkan kepada saya diwiridkan serta dijaja oleh Idris kepada penduduk
1) TAHU KE ANDA DINAMAKAN SEBAGAI PLANTIF
Ni soalan bangang. Orang dah bagi surat sokongan dah bayar yuran penyertaan dan guaman
2) SAMAN KERAJAAN MALAYSIA
Sah tak baca sampai habis dokumen injuksi dan writ saman kita
Saman Kerajaan Malaysia ke ? atau tender kerajaan melalui LLM yang di saman. Ini hujah biasa ahli grombolan. .
Boleh saje saya menjawab ayat mana, hadis mana atau kitab mana? Yang menyatakan berdosa besar, boleh dipenjara atau dihukum mati jika kita saman kerajaan. Tapi Nampak benar kecetekan berfikir dan penakut serta menafikan kebenaran walaupun dikalangan perihatin ada yang memiliki kelulusan akademik yang tinggi.
Yang pastinya dihari beredarnya surat layang ini ALLAH turunkan bantuan kepada kami apabila terpampang didada-dada akhbar bila mana keluarga mangsa kejadian Jambatan Dipang di Perak menyaman kerajaan Malaysia serta 9 defendan lain sebanyak RM105 juta di atas kecuaian yang meragut nyawa anak mereka.
Ini menjawab persoalan di atas cuma di sana nyawa di sini harta. Tak kan sebagai umat islam lupa mempertahankan nyawa dan harta itu satu tanggunjawab. Mungkin ghairah menyokong LEKAS sampai semuanya terlupa .
3) APA YANG DIDAPATI JIKA MENANG
Tuntutan kita alihkan jajaran, baikpulih jalan serta bayar gantirugi atas kerosakan, banjir, retak, dan trauma yang kita alami serta kesukaran dan kesulitan yang kita alami
Atau bayar seperti jumlah yang kita tuntut dan memberikan kita tempoh 3 bulan untuk pindah..
4) TAHUKAH ANDA AKIBAT JIKA KES INI KALAH.
Ini yang ditakutkan oleh Idris bila berjumpa penduduk dengan mendakwa LEKAS/IJM akan saman penduduk RM70 Juta seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh 6 dari 14 penama yang menarik diri sebagai plantif. Mereka ini ingin membatalkan penarikan diri selaku plantif..kerana ditakutkan oleh Idris
Pertanyaan saya atas sebab apa kita nak disaman?. Ini harta kita. IJM/LEKAS rampas tanah kita yang merupakan jalan keluar masuk yang mana kita telah bayar sebanyak 15% dari harga rumah. Dan dengan itulah MPS keluarkan CF.
Macam mana dia maklumkan kita akan kalah sedang mahkamah telah luluskan permohonan injuksi kita pada 12hb November 2009.
Mustahil mahkamah suka-suka nak luluskan permohonan injuksi kita. Injuksi yang diluluskan oleh mahkamah ialah dimana selagi keputusan perbicaraan penuh kes saman kita tidak selesai injuksi tidak akan ditarik balik.
Berdasrkan perkembangan sekarang tindakan Idris dan perihatin membantu LEKAS/IJM untuk memastikan saman kita kalah dengan melakukan berbagai cara termasuk menyebarkan fitnah serta menakutkan penduduk yang menjadi penjawat awam agar mereka boleh menarik seramai mungkin penduduk agar menarik diri selaku plantif. Mereka percaya lebih ramai yang tarik diri akan melemahkan kes kita dan kita akan kalah.. Mereka tidak dapat menafikan fakta yang kita kemukakan yang semuanya memihak kepada kita. Ini semua di dalam pengetahuan semua defenden.
Tuanpuan adalah dijelaskan kami yakin dengan fakta-fakta yang kami ada. Ini dibuktikan bila injuksi kita berjaya IJM tiada asas kukuh untuk saman kita.
Sekiranya ada(Insyallah ianya tiada) AJK Bertindak memberi akurjanji bahawa 14 penama ini akan kita seret ke mahkamah untuk di pertanggung jawabkan.termasuk Idris bersama kumpulan perihatin..
5) ADAKAH BENAR ANDA MENANDATANGANI DOKUMEN INI
Ini saya telah perjelaskan di atas.
Adalah juga dimaklumkan selain 14 penama yang berjaya diperdayakan oleh Idris dan perihatin terdapat sejumlah penduduk yang peringkat awal termakan dengan propaganda LEKAS/IJM melalui Idris. memohon penjelasan. Kita telah panjangkan kepada peguam kita dan Alhamdulillah mereka telah faham dan kekal memberi sokongan padu kepada kita. Terima kasih kami ucapkan.
KEMASUKAN SENARAI PLANTIF BARU
Kita masih mempuyai seramai 37 lagi peserta yang telah membayar tetapi tidak dapat menyerahkan dokumen yang diperlukan dalam tempoh masa yang diberikan bagi memfailkan injuksi dan saman kita.
Kita juga telah menerima 19 lagi permohonan penduduk yang memohon untuk menyertai kita.
Kita telah maklumkan kepada peguam kita supaya memohon kepada mahkamah agar kita dibenarkan menambah senarai plantif.
Oleh kita harap mereka yang terbabit dapat menghubungi saya atau AJK Bertindak bagi tindakan lanjut..
YURAN GUAMAN
Saya teringat akan pertanyaan seorang penduduk dari Jalan Margosa 15 pada perjumpaan pada 6hb Mac 2009. Bersediakah kita untuk berlawan dengan syarikat besar yang memiliki wang yang besar.?
Diwaktu itu kita menjawab dengan sokongan padu penduduk kita sanggup dan yakin kita dipihak yang benar.
Harapnya beliau akan menyokong tetapi malangnya beliau pulak bersekongkol dengan syarikat besar untuk membuatkan kes kita gagal.
Akibat tindak tanduk kumpulan perihatin ini kita yang sepatutnya berlawan dengan syarikat besar sebaliknya kita bertelingkah sesama penduduk dan kita terpaksa membelanjakan wang yang banyak dalam menguruskan kes ini.
Setakat ini kita telah membayar sebanyak RM24,000-00 kepada peguam tidak termasuk kos pengurusan hampir RM5,000-00. Semua adalah dari duit kutipan dari peserta dan pendahuluan dari AJK Bertindak.
Oleh itu pihak AJK berharap semua peserta yang belum lagi menjelaskan yuran RM100 atau ada yang masih tertunggak dapat menjelaskan dengan kadar segera dengan menghubungi Sdr. Shahiran (012-3066793)
Pihak jawatankuasa juga telah bersetuju agar kita membuat kutipan tambahan sebanyak RM100 secara ansuran oleh peserta mulai bulan Disember.
PENUTUP
Tuanpuan sebenarnya kita tahu penentangan yang diberikan oleh perihatin dengan khidmat nasihat dari mereka yang mempunyai ideologi politik yang bertentangan dengan saya. Hanya kerana perbezaan ini mereka menyerang batang tubuh saya. Mereka tahu dari segi fakta mereka tak dapat menafikan bahawa ada kebenaran di dalam perjuangan kita ini.
Saya terima hakikat dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada saya ada yang tidak dapat mengakui hanya kerana perbezaan politik. Saya terima dan saya bersedia menghadapinya. Terima kasih kepada semua sahabat dan penduduk yang memberikan sokongan . Fitnahlah saya, busukkan saya, perlekehkan saya. saya terima dan sedia menghadapinya.
Harapan saya kalau tak setuju tariklah diri tapi janganlah digunakan penarikan diri ini bagi membantu LEKAS/IJM menggagalkan inspirasi dan harapan penduduk. Ini akan saya tentang habis-habisan.
Kita sebenarnya tahu gerakan perihatin ini. Kita tahu siapa yang pergi dan berurus dengan IJM di Kuala Lumpur. Kita tahu siapa yang pergi ke JPNIN dan mohon dibubarkan KRT.. Kita tahu surat perihatin siapa yang buat dan dimana dibuat. Kita tahu siapa yang mengedarkannya. Ini kita telah serahkan pada peguam kita uruskan.
PENUTUP
Hari ini kami lunaskan sebahagian amanah yang diberikan oleh tuanpuan kepada kami dengan kejayaan mendapatkan injuksi dan pada 10HB Disember 2009 kita akan berhadapan defenden yang memohon untuk diketepikan dalam saman kita.
Pasukan Peguam kita telah bersedia dan di dalam pengetahuan mana defenden yang boleh dan tak boleh digugurkan dengan kebenaran dan keputusan mahkmah yang mulia. Kita yakin dengan segala fakta yang kita ada.
Sekali lagi saya pohon kepada penduduk supaya jangan terpengaruh dengan propaganda Idris dan perihatin, terus mengekalkan keharmonian dan pertahankan perpaduan kita.
Bagi penduduk yang tiada nama di dalam senarai plantif kita harap jangan mengganggu kita dan janganlah menjadi talibarut LEKAS dan IJM.
Akhir kalam saya selaku Pengerusi Jawatankusaa Bertindak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penduduk yang memberikan sokongan padu kepada saya terutama Ybhg Dato’ Ishak Ismail Ketua UMNO Bahagian Seremban, Ybhg Dato’ Dr. Nasir Pengerusi KRT merangkap Penaung Jawatankuasa Bertindak, Barisan Jawatankuasa. serta senarai panjang mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan yang antaranya penduduk yang tiada dalam senarai plantif tetapi turut memberikan sokongan dan bantuan kewangan.
Di ketika kami diamanahkan tanggungjawab menguruskan perjuangan ini jika kami melakukan kesilapan maafkan kami
Ya ALLAH diketika kau berikan sedikit kemenangan ini kami mohon kau kekalkan kemenangan ini. Juga diketika menguruskan kemenangan ini jika kami Lara’ Kau peringatkan kami. Jika kami tersilap Kau ampunkan kami. Kau berikan kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan ini. Kau berikan pertunjuk untuk kami membuat keputusan dan Kau rahmati segala keputusan yang kami buat. Amin
Dan untuk umat islam kami ucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha dari kami KRT, SRS dan Jawatankuasa Bertindak Taman Bukit Margosa..
Berjumpa dikeluaran lain.
Saya yang menjalankan tugas.
……………………………….
Zakaria Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Leburaya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa
22hb November 2009
No comments:
Post a Comment