TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, January 27, 2010

MEREKA MENINGGALKAN KITA - 1

Mereka meninggalkan perjuangan 2 hari sebelum keputusan injuksi dibenarkan oleh mahkamah.

Ada penama dibawah yang memaklumkan mereka diberitahu oleh Idris dan rakan-rakan perihatin beliau bahawa kes injuksi akan kalah dan IJM akan saman penduduk gantirugi sebanyak RM70 juta.

Tuduhan Idris pertama seperti di dalam surat layang bahawa saya dan AJK Bertindak memalsukan tandatangan penduduk. Jawatankuasa tidak amanah dan nak gadaikan harta penduduk.

Bila kita nafikan seperti akuan bersumpah saya, Deris maklumkan mungkin mereka terlepas pandang. Kemudian keluar pula tuduhan kita tak maklumkan bahawa kita turut saman MPS. Ada yang timbul ketakutan dengan alasan sebagai penjawat Awam. Masalah kita sebenarnya maklumat dari Idris dan kumpulan perihatin tidak tepat kerana mereka bukan peserta. Mereka mana tahu keputusan mesyuarat serta perbincangan yang dibuat serta makluman yang kita edarkan kepada peserta melalui maklumat di surau, SMS serta flyer yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak.

Abang Zul JPJ(Penama atas nama isteri Amnah dia adalah penyokong kuat kini berpaling tadah dengan alasan selaku penjawat awam. Satu ketika beliau dengan bangga memperkenalkan peguam kita kepada rakan beliau di Mahkamah. Setiap SMS saya dijawab dengan yakin.Hadir di perbincangan dan memdakwa kumpulan prihatin bodoh ,kalau tahu datang ke surau dapatkan maklumat sebenar

Sdr Hafiz dia hadir diperbincangan , juga lahir kemarahan sikap kumpulan perihatin yang tak mahu hadir ke surau memdapatkan maklumat. Bila kita maklumkan dia tandatangan di surau dan bawa pulang ke rumah untuk tandatangan isteri beliau, kita dimaklumkan sahabat lain bahawa beliau banyak dapat projek dengan MPS


Shahein dia sewaktu taklimat memohon untuk meninggalkan majlis awal kerana hal peribadi dan sambil memegang saya maklumkan Pak Ya you don't wo
ried my vote once for you.

Abg Zainal, soalannya hanya satu sahaja . Boleh menang ke kita?

Jamirus bila gagal mendapatkan sokongan dari ipar beliau memutuskan tidak akan menyokong mana-mana pihak

Pak Ali dan isteri hadir di sebutan pertama kes kita. Firdaus maklumkan beliau telah diberi penerangan oleh Idris agar menarik diri kerana kes penduduk akan kalah dan IJM akan saman penduduk RM70 juta.

Mejer Azhar yang mewakili isteri beliau hadir dalam semua perjumpaan awal didalam bantahan kita. Suatu ketika marahkan saya kerana senantiasa hadir di surau memakai pakaian yang punya lambang PAS. Kalau beliau dan rakan marahkan saya kerana mendengar VCD ceramah PR,saya juga boleh marah kepada membawa alat muzik ke POS Rondaan. Tapi tiada sebarang bantahan kerana saya yakin itu hak masing.

Kini sampai ke telinga saya beliau bercerita dengan kata macam nie ke Pak Ya sebagai ahli PAS bersikap buruk dan menabur fitnah di dalam taman.




Terkedu saya memikirkan apa fitnah yang saya buat
Sambung............

No comments: