From Drop Box |
Memang penduduk rasa dizalimi kerana hak kami dirampas dengan permainan politik perniagaan yang kotor.
Beberapa perkara yang disebut oleh Tok Mat didalam kenyataan akhbar beliau adalah tidak tepat dan benar iaitu :
a) Projek yang tidak menyusahkan rakyat - Jelas beliau tidak memahami isu sebenar dan tak merasai perit kami dengan adanya lebuhraya ini. Kami menjemput Tok Mat datang sendiri ke Taman kami dan berjumpa dengan penduduk terutama yang berhampiran dengan Jajaran. Adalah bodoh kami jika mengetahui adanya lebuhraya tetap membeli rumah disini.
b) Perbincangan dengan penduduk - Sehingga hari ini tiada sebarang rekod berkaitan rundingan diantara penduduk dengan Tok Mat. Sedang itulah yang ditunggu-tunggu oleh penduduk. Kami beranggapan penduduk yang berunding dengan Tok Mat adalah Penduduk Taman Ampangan Fasa 3 dan kumpulan yang menggelar diri mereka Prihatin yang mana mereka tidak terjejas dengan pembinaan lebuhraya ini serta rumah mereka jauh dari jajaran.
c) Arah Pembinaan terowong bawah tanah - Sepatutnya Tok Mat datang meninjau ke tapak kerana tiada terowong tetapi jejambat yang hampir siapa dibuat. Sedangkan kami telah dimakumkan jambatan yang akan dibuat menghubungkan penduduk dengan surau.
Selepas injuksi kami digantung, kerisauan kami terbukti bila kerja bermula sahaja terdapat kejadian keretakan baru dan siling rumah runtuh yang boleh membuat kemalangan jiwa.
Alhamdulillah masa ini belum ada nyawa dan kemusnahan besar-besaran hartabenda kami. Jika ini boleh berlaku masakini, tidak mustahil banyak lagi kejadian bila lebuhraya mula beroperasi.
Ini akan menghantui kami sehingga keanak cucu cicit kami.
Oleh itu kami mengharapkan Tok Mat berlaku adil . Datanglah ke tapak projek dan lihat sendiri apakah kami menghalang kemajuan? Adakah kami berbohong bahawa kami dizalimi. Kami menjemput Tok Mat datang sama seperti jemputan kami di tahun 2007,sesuai dengan arahan Y.A.B Perdana Menteri, bahawa pemimpin turun kebawah dan saksikan sendiri keresahan kami.
Oleh itu kami berharap Tok Mat datang dan lihatlah sendiri.
Zakaria Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Lebuhraya Lekas Melalui Taman Bukit Margosa
1 comment:
assalamualikum.. saya cadangkan tuan buat program menghantar memo kpd MBNS tentang masalah taman. panggil topgun PR. buat nampak macam haruk pikuk sikit (UMNO zalim dsbnya.
Post a Comment