TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Tuesday, April 13, 2010

PEMBOHONG UMNO SILAT YANG MERUPAKAN KAZANAH ORANG MELAYU PUN UMNO TAK MAMPU NAK JAGA

Pesilat sambut Tok Mat


Perwakilan Mesyuarat

UMNO melayu , Menteri Pelajaran Melayu. Apa Masalah?

Perwakilan Lincah bersama Tok Mat. Peruntukan 50 ribu. Terima Kasih walaupun kecil

Lama nak menulis pasal silat nie. Tapi kesibukan sebabkan ianya tergantung begitu sahaja. Namun bila melihat Fairus serta Ezam dimajlis Pertubuhan Silat Lincah hati merasa perlu dimaklumkan campur tangan politik dalam persilatan bertambah kalut.

Lihat Fairus bukan melompat parti je tapi lompatan perguruan silat dari Perguruan Gayung Pesaka kepada Perguruan lincah. Kita mula kesan lama dah disini.

Baru-baru ini menghadiri mesyuarat Agung Pesaka Negeri Sembilan. Cerita sama berulang. Melayu yang berbangga dengan Ketuanan Melayu, melayu yang UMNOnya memimpin negara dengan angkuh mendakwa negara milik melayu, namun silat sebagai pusaka melayu pun tidak mampu dijaga.

Selaku perwakilan setiap kali mesyuarat menyuarakan macam mana melayu yang memerintah tetapi silat umpama anak tiri dibumi melayu.

Ada pimpinan perguruan yang mempuyai hubungan baik dengan pemerintahan tapi tiada satu pun yang menyuarakan pentingnya silat dimartabatkan dan diletakan sebagai pusaka melayu.

Kita balik-balik melihat Mahaguru Pertubuhan Silat lebih menitik beratkan keperluan warga silat menyokong pimpinan UMNO walaupun pimpinan itu tidak mengambil berat berkaitan pusaka melayu.

Najib dikeliling dengan Perguruan Lincah dan Anwar dengan Pesaka Gayung. Anwar mungkin tak dapat meningkat martabat silat kerana tiada kuasa tapi Najib dan Timbalannya yang ada kuasa ape yang dilakukan.

Kita lihat seni pertahan diri seperti Judo, Tekwando lebih banyak diajar di sekolah berbanding silat.

Dimesyuarat PESAKA NS kita selalu memohon agar silat dijadikan subjek korikulum wajib disekolah sesuai dengan ianya pusaka melayu . Kalau ini terjadi kita akan menerima kemasukan beribu warga silat setiap tahun.

Apa masalahnya untuk dilaksana, kita yakni UMNO melayu yang berkuasa.

Tiada jurulatih? takan menteri pelajaran tak boleh gubal peraturan bersama semua mahaguru persilatan, agar diwujudkan suatu kursus di maktab perguruan agar guru yang mahir taraf diploma atau Ijazah dilahirkan dan mampu membimbing anak-anak sekolah. Mustahil tiada pakar pendidikan boleh menyediakan kursus yang berkaitan.

Kalau ini pun tak dapat di lakukan jangan mendakwa UMNO adalah perjuang Melayu.

Oleh itu semua guru utama jangan asyik nak bodek pimpinan negara. Sedarlah silat kini umpama hidup segan mati tak mahu

Kita juga kecewa dengan mahaguru Omardin yang menerima Fairus serta Ezam yang merupakan pengkianat kepada perjuangan

Aku sanggup melutut padamu kerana aku adalah Pendekar Silat Pulut....

Murid dari perguruan Lincah kena fikirkan semula keahlian mereka . Kerana kita tak mahu dituduh bergelumang dengan mereka yang tiada prinsip perjuangan dan memikirkan keuntungan dunia semata-mata

sambung.........................................


2 comments:

Muhammad said...

Pada saya, elok PAS/PR buat cadangan di Parlimen supaya status bangsa dihapuskan..hanya bangsa Malaysia shj...dengan ni tiada lagi masalah perkauman..PAS pun pasti gembira sebab tiada lagi politik perkauman...sesuai tak tuan cadangan saya ni...apa komen tuan?

amar husaini ismail said...

salam ukhuwwah tuan,apo nak buek dato omardin tu lanun yo..bokeh banduan pulau jerjak,pengikut pon lanun yo,anak murid x tau la...


tu sobab lincah banyak lanun yang masuk dalam tu..

baik laie gayong,kono lak bolah utaro ado pak andak majid