TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, June 28, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN

Dari blog Soal Jawab Agama

Soalan;
Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian.

Jawapan;

Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; "Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak". Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.

Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)

Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;

1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).

3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).

(Tuan-tuan/puan-puan yang ingin membaca lebih lanjut tentang kematian dan hal-hal berkait dengannya boleh dapatkan buku tulisan saya “Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh”. Ebook sila dapatkan di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).

Wallahu a'lam.

Wednesday, June 23, 2010

SELAMAT TINGGAL SRS TAMAN BUKIT MARGOSA - 1

Memulakan artikel dari seorang sahabat di facebook,

"Makan harta yang haram menyebabkan ekses berbahaya bagi kehidupan seorang muslim. Ekses paling ringan adalah hati kita menjadi keras, sulit untuk menerima nasehat dan peringatan, tidak ambil peduli dengan peringatan, ancaman ataupun kabar gembira. Karena telah muncul jarak antara hati dan akal, akal mengetahui sesuatu namun hati tak merasa. Akal ingin tunduk dan patuh, mamun hati tak bisa lembut untuk mengikutinya. Sangat tidak mungkin akal menjadi penguasa tunggal dalam prilaku kita, sementara hati yang sejatinya menjadi pengendali utama bagi setiap perasaan dan keinginan yang ada dalam diri kita. "

Lama tak menulis berkaitan dengan isu Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa. Ianya disebabkan kita sedang menyiapkan lapuran teknikal dengan firma jurutera yang kita lantik serta khidmat Profesor Pakar dari Universiti Malaya.

Dalam masa mendiamkan diri dan tidak melayan provokasi kumpulan perihatin serta segelintir penduduk Taman Ampangan Fasa 3 dengan menggelarkan diri mereka Pinang Sebatang dalam surat layang yang dicampakan ke surau Taman Bukit Margosa, saya menerima banyak pertanyaan, tuduhan dan berbagai lagi melalui panggil telefon, SMS, Email dan berjumpa terus dengan saya bertanyakan perkembangan kes mahkamah.

Wan Samsu


Jangkamasa itu juga saya menerima 2 versi SMS dari sahabat yang dihantar oleh Wan Samsu iaitu :

1) “ Salam. Keputusan Mahkamah hari ini bagaimana? Apa yang Plantif2 dapat?Tuntutan? Kini terpaksa tanggung kos guaman ,defenden2 pula. Minggu depan besar kemungkinan semua Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya Margosa akan disaman tuntutan gantirugi olih Lekas dan IJM. Saya amat yakin Jawatankuasa Berind ak banyak duit,tentu tak ada masaala.Syukur Alhamdullilah Allah SWT telah menunjukan SIAPA yg BENAR

2) Lekas dan IJM berjaya di ’strike out’ sebagai defenden dgn kos d tanggung olih plantif2. Kesian PY dankuncu2nya terpaksa kena bayar kos. Itu belumn tuntutan gantirugi lagi. Minggu depan besar kemungkinan Lekas/IJM akan saman tuntutan tehadap AJK Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya Margosa..Syukur alhamdullilah


Kalaulah menang itu digambarkan mereka yang benar, maka Israel yang senantiasa menang boleh kita kata mereka golongan yang benar.

Memikir mereka ,Wan Samsu, Pinang Sebata ng dan Perihatin saya teringat akan satu dialog antara salah seorang imam yang empat bersama anak muridnya iaitu :

” Aku kalah bila berhujah dengan orang jahil tetapi senantiasa menang bila berhujah dengan orang yang alim”

Jadi kita malas melayan jenis orang seperti a pa yang dimaksudkan dalam dialog di atas .

Cuma kita bertanya mengapa mereka bergembira bila penduduk yang menentang kezaliman kalah.(walaupun belum selesai sepenuhnya tuntutan kita). Mungkinkah seperti dikhabar ada yang mendapat imbuhan bila kes penduduk kalah.

Kita hanya mengingatkan kepada mereka jika benar seperi yang dikhabar serta menjadi barua LEKAS/IJM bersedialah berhadapan dengan doa orang yang dizalimi. Itu pasti janji ALLAh kepada umatnya yang dizalimi..



SRS TAMAN BUKIT MARGOSA

Wahid

Sesungguh kehendak Wan Samsu dan Wahid yang beriya-iya berjumpa dengan JPNIN agar membubarkan KRT sedikit berjaya. Kerana apa yang mereka geramkan adalah seperti kehendak kumpulan perihatin menyi ngkirkan saya. Ya mereka berjaya.?????????

Hari ini saya maklumkan apabila mereka gagal menghantar senarai nama dari kumpulan perihatin bagi meneraju KRT seperti yang diminta oleh JPNIN, senarai 20 orang yang dihantar oleh AJK lama diluluskan dengan satu nama ditolak kerana tidak mendapat kelulusan orang politik. Siapa lagi kalau bukan Tok Mat.

Antara alasannya kerana Pengerusi SRS mesti tidak punya rekod dibalai Polis. Saya tiada rekod jenayah tetapi nama banyak kerana ada berpuluh repot polis yang saya buat yang tidak selesai lagi . Terutama saman fitnah terhadap Wan Samsu, Wahid dan kumpulan Perihatin.. Tergugurlah saya selaku Pengerusi SRS.


Persoalan berjaya ke mereka menfitnah saya? Sebenarnya tidak kerana saya sudah acapkali menawarkan diri untuk meletakan jawatan tetapi tidak di terima oleh AJK dan rakan lain. Kerap saya nyatakan bagilah peluang untuk saya menyumbangkan bakti saya kepada parti sokongan saya yang telah lama saya idamkan sejak tamat belajar di universiti.baca disini

Satu masa saya pernah luahkan kenginan untuk meletakan jawatan dan serahkan tugas ini kepada Idris kepada Wahid, namun ditentang oleh Wahid dengan kata-kata "Kalau berikan jawatan ini kepada puak tu hancur jadi taman kita. Malang kita beliau pula beriya-iya berkerjasama dengan puak tersebut.

Dari Taman WIFI Kota Bahru
12Hb Jun 2010
Jam 8.00 Malam

bersambung........................

Sunday, June 20, 2010

GENDANG PERANG DIPALU : PERASMIAN ILPAS

Petikan dari harakahdaily.

Arahan pimpinan dah dibuat , ahli apa tunggu lagi. Kita bersiap menawan Putrajaya

HULU SELANGOR, 20 Jun: PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan.

"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.

Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.

Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.

Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan.

Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri.

Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu.

Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya.

Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi.

"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.

Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu.

"Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya.

"Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanya.


BANYAK PUNYA ALASAN- TAKUT LAH TU

Notis pilihan raya tiga bulan, Najib tak setuju

Dari Malaysiakini


Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian notis tiga bulan sebelum mengadakan pilihan raya untuk membolehkan parti bertanding membuat persiapan, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kerajaan tida
k pernah melakukannya dan ia juga bukan sebahagian daripada peruntukan perlembagaan, kata Perdana Menteri merujuk kepada permintaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tak pernah kita bagi tiga bulan...(dan) tidak pernah menjadi sebahagian daripada peruntukan perlembagaan... (dan) tidak pernah menjadi satu amalan (pada masa lepas)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am PAS itu semalam.

Me
nteri Besar Kelantan itu dilaporkan meminta kerajaan Barisan Nasional menunaikan tempoh itu berdasarkan kepada sebuah kerajaan demokrasi, yang seharusnya menyediakan ruang serta peluang kepada kesemua parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.

Terdahulu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Tian Chua

N

ajib juga ditanya pendapat pelbagai pihak mengenai kedudukan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan kedudukan kerusi Parlimen Batu yang dipegangnya selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

"Kita nak tengok dia punya intepretasi, sebab ada dua intepretasi sekarang ini. Kalau kita tengok pada keputusan yang dibuat hakim ia mirip untuk tidak diadakan pilihan raya kecil sebab dia kata pilihan raya kecil ini membazir dari segi kewangan rakyat dan sebagainya.

"Bagaimanapun nanti kita tengok kaedah terbaik selesai perkara ini. Kita kena tengok macam mana tafsiran perlembagaan kita dan cara penyelesaiannya yang terbaik," katanya.

Baca lanjut di sini

czack : Banyak punya alasan dah , takut lah tu................

Friday, June 18, 2010

ADA BERANI KE UBN - NAJIB BUBAR PARLIMEN KITA BUBAR DUN

Padang permainan tak sama rata telah menguasai pilihanraya Malaysia sejak UMNO mewarisi negara ini dari penjajah.

Dari blog Husam

Sebahagian sebab kemenangan UMNO/Perikatan dan UMNO/BN selama ini ialah kerana mereka menguasai semua instrumen penting untuk menjadikan proses pilihanraya sentiasa menyebelahi mereka.

Setiap dua kali pilihanraya, mereka mengubah sempadan pilihanraya ikut corak yang membolehkan mereka menang mudah dengan ramuan berubah-ubah peratusan Melayu-Cina-India dan beberapa faktor lain.

Kali ini, hingga kini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian kerana majoriti dua pertiga yang telah hilang buat pertama kalinya.

Apa lagi unsur pilihanraya yang boleh diubah untuk menjadikan padang lebih sama dan rata?

Bagaimana dengan tarikh pilihanraya?

Najib dengan nada yakin memberitahu kita, tarikh pilihanraya hanya berada dalam tangan beliau. Beliau telah berjanji menjadikan tarikh pilihanraya sesuatu yang mengejutkan. Itu yang diucapkan beliau di Kelantan semalam.

Pilihanraya mengejut bertujuan memerangkap pembangkang dan mencari satu masa di mana pembangkang belum bersedia atau sedang mengalami pusingan ke bawah. Termasuk dengan media stage yang mereka atur.

Jika itu janji Najib dan kita hanya mengikut, sekali lagi tangan UMNO berada lebih atas.

Jika Najib dengan berani menunjukkan bahawa beliau 'in command', apa pilihan kita untuk membolehkan Najib berfikir dua kali?

Apa kata empat negeri Pakatan menetapkan tarikh pilihanraya DUN lebih awal?

Sebelum Najib membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihanraya kita sekarang.

Tak semestinya tarikh pilihanraya itu awal tetapi penetapan tarikhnya diumumkan awal.

Ini bermakna, tarikh pilihanraya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan.

Pilihanraya DUN dan Parlimen tidak berjalan serentak, kecuali mereka menjadualkan sama dengan jadual kita. Baca selanjutnya...

czack : Apa UBN ada berani ke???????????????



Thursday, June 17, 2010

PM : TARIKH PILIHANRAYA SATU KEJUTAN

Posted: 16 Jun 2010 08:07 PM PDT

4 Rejab 1431 H

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Malaysiakini/-

Monday, June 7, 2010

TAKUTNYA MENERIMA AMANAH INI

Sunyi rasanya malam ini buatkan saya ambil peluang menulis berkaitan PAS kawasan Seremban. Sambil menjaga anak yang ditahan wad kerana mengidap denggi saya cuba untuk menulis berkaitan amanah baru yang saya pikul iaitu sebagai Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan Seremban.

Di dalam sayu melihat akan anak yang terpaksa melepaskan progrem pengukuhan musim cuti, teringat tentang amanah yang ditanggung.

Mampukan saya menggalas amanah yang diberikan. Sedang tugas sedia ada selaku Pengerusi SRS Taman Bukit Margosa serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa.

Kelegaan sedikit bilamana saya dimaklumkan nama saya tidak diluluskan oleh MBNS sebagai salah seorang AJK KRT Taman Bukit Margosa( Saya akan ulas dipenulisan lain). Sesunggunya ALLAH maha mengetahui. Kerisauan saya ditunjuk ALLAH penyelesaiannya. Saya kini bebas menumpukan segala usaha, masa di dalam perjuangan yang lebih besar iaitu di dalam Perjuangan Islam bersama PAS.

Namun jika diberi peluangan saya lebih suka menumpukan kerja-kerja bersama JPPNS, namun atas keyakinan sahabat untuk saya turut aktif di dalam PAS kawasan Seremban, saya dengan rasa berat hati menerima harapan sahabat .

Ada juga sahabat yang tidak berapa setuju bila mana saya tidak menzahirkan sokongan saya didalam pemilhan kawasan Seremban tempohari. Saya juga memohon maaf kepada sahabat kerana tidak menerima saranan agar saya bertanding jawatan YDP Kawasan Seremban. Saya menolak kerana masa itu tujuan kita hanya satu iaitu sama dengan semua ahli yang inginkan PAS kawsasan Seremban keluar dari pengantungan dan kembali aktif sebagai mutiara PAS NS.

Dan kita berjaya bila mana PAS kawasan sudah bebas dari pengantungan.

Tetapi kini terasa takut bila mengenangkan mampu ke amanah ini digalas. Dengan keyakinan serta sokongan semua kita pasti berjaya dengan izin ALLAH dan semuanya ikhlas dalam perjuangan ini.

Saya memang kurang pengalaman memimpin parti, namun sokongan sahabat saya yakin kita mampu serta saling menegur kesilapan dan menyarankan keperluan di dalam menggerakkan perjuangan ini secara bersama.

Kita tinggalkan masalah lama jauh kebelakang dan kita bergerak terus kehadapan dalam perjuangan kita, kerana musoh utama kita adalah UMNO-APCO.

Perjuangan menentang UMNO-APCO adalah wajib bagi setiap orang yang mengaku dirinya islam dan wadah perjuangan yang ada adalah PAS.

Sementara itu kami yang mentadbir amanah ahli bagi menguruskan PAS Kawasan Seremban mempunyai masa tidak sampai 1 tahun kerana selewat-lewatnya bulan Febuari 2011 kita akan ada semula pemilihan.

Oleh itu setiap cawangan harus menyiapkan diri kerana selepas itu kita akan berhadapan dengan PRU ke 13 yang mana ianya adalah lebih penting lagi.

Setiap cawangan harus mengemaskinikan perjalanan cawangan seperti keahlian cawangan , SUDAH KE AHLI TAHUN MEREKA BERDAFTAR DI CAWANGAN MANA? SUDAH KE MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?, BERDAFTAR DI DUN MANA.? AHLI KELUARGA TELAH MENJADI AHLI PAS DAN SUDAHKAN MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?.USRAH CAWANGAN DAH MULA KE?

Semua ini penting untuk kita hadapi pemilihan kawasan Tahun 2011 dan juga PRU KE 13. Ahli harus sedar semua di atas adalah penting. Bukan 2 kumpulan itu sahaja ingin kita serahkan hidup mati PAS Seremban. Tetapi ianya terletak pada semua ahli yang telah meletakkan diri mereka berjuang di dalam PAS. Kita menyertai PAS bukan kerana kita bencikan UMNO tetapi kerana PAS sahaja wadah perjuangan seseorang yang mengaku dirinya islam. Dan kita tidak menyokong tubuh badan seseorang tetapi kita menyokong Islam yang dibawa oleh PAS.

Walaupun saya sedikit terkecewa kerana gagal untuk membuatkan kedua-dua pihak berunding agar tiada pertandingan ' namun saya merasakan sedikit kegembiraan bila mana PAS kawasan Seremban boleh kembali aktif semula.

Ahli kena sedar jawatankuasa yang ada tidak dapat lakukan banyak perkara kerana tempah masa tidak sampai setahun untuk menyiapkan tugas agar perjalanan mesyuarat Agung pada Tahun 2011 berjalan lancar dan tiada masalah teknikal. Jawatankuasa yang ada hanya boleh tumpukan kepada perkara berkaitan mengemaskinikan organasasi cawangan serta tarbiah ahli. Di sini keperluan untuk semua Ketua Cawangan dan Setiausaha serta AJK cawangan membantu AJK Kawasan dengan mengenepikan siapa orang siapa. Setakat ini saya lihat adanya sokongan itu.

Kita perlu letakan sasaran pertambahan cawangan sekali ganda dari yang ada iatiu 36 cawangan menjadi 70 cawangan bagi kita bersaing dengan UMNO yang mempuyai hampir 60 cawangan di dalam kawsan Seremban

Sambil melihat wajah anak saya yang sedang tidur,(yang saya persiapkan untuk meneruskan rancangan perjuangan ini) terdetik dihati mampukah saya mengalas amanah ini. Terasa takut...........Kita serahkan kepada ALLAH kerana kita merancang ALLAH pun merancang, Sudah tentu rancangan ALLAH lebih hebat lagi

Dari Wad 5B HBTJ Seremban
7hb Jun 3.00 pagi

*Tulis isi bukan pandangan PAS kawasan Seremban, ianya coretan hati seorang ahli PAS yang kerdil*

Wednesday, June 2, 2010

SEMUA YANG UNDI UBN ADA SAHAM DALAM PEMBUNUHAN DI GAZA

Termengah-mengah seorang sahabat datang berjumpa saya di tempat kerja.

Dailog pertamanya "Bang, saya cukup-cukup bersyukurlah bang"

Saya membalas " Relak dulu apa yang termengah-menga nie? Apa yang beryukur sangat nie?

Sambung sahabat saya " Saya amat bersyukur ibu saya meninggal dunia sebelum beberapa hari PRU 12."

Apasalah pulak ?
sambung saya

Jawab sahabat " Kalau tidak bang, ibu saya juga antara yang bertanggungjawab atas kejadian pembunuhan sukarelawan di Gaza oleh zionis kerana arwah adalah pengundi totok Umno".

Alhamdulilah jawab saya, "semuanya ketentuan ALLAH, setiap ahli UBN terpalit sama bersengkokol dengan rejim yahudi akan disoal ALLAH diakhirat esok. Doakan lah kepada arwah ibu semoga rohnya dilindungi ALLAH".

Melihat sahabat berlalu pergi hati terdetik " Emak mertua saya sendiri pengundi tegar UMNO, adakah beliau sedar perkara ini.? Dakwah saya masih belum berjaya lagi. Sesuatu harus dilakukan segera agar emak mertua saya tidak terus sesat sama seperti ahli UMNO yang lain. Harapkan cucu beliau yang berada di sekolah asrama penuh di jurusan agama akan dapat menyambung dakwah ini