TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Saturday, November 27, 2010

GALAS YANG KU TINGGALKAN- PERINGATAN PENTING UNTUK PAS NS DAN PAS KAWASAN SEREMBAN

PRK GALAS


Maaflah para sahabat lama tak update terutama cerita Galas. Cuma 2 je artikel yang dapat diupload kerana kawasan Kontigen PAS NS menginap iaitu di Kampung Batu Papan tiada talian internet.

Saya terpaksa lari ke bandar Gua Musang atau ke Bilik Operasi UPU Kampong Batu Papan jika ingin melayari internet.

Ramai sahabat yang cuba hubungi ketika itu tapi tidak mampu dilayan.

Kini Galas telah hampir 2 minggu saya tinggalkan. Banyak yang hendak ditulis berkaitan Galas tetapi tidak punya masa. Kita melihat berbagai ulasan dalam blog berkaitan kekalahan PAS. Tidak perlu kita membebel berkaitan permainan kotor UBN kerana kanak-kanak pun tahu perangai buruk UBN dan kita akan berhadapan lebih lagi dengan taktik kotor dan jahat UBN di PRU 13.

Cuma kita kena ambil pengajaran dari trajedi Galas . Dan ianya banyak yang boleh dijadikan bekalan ke PRU ke 13.

Bohong kalau kita katakan dihati kecil kita tiada kekecewaan tumpas di Galas. Tetapi kita didalam perjuangan islam mana bisa rasa kecewa berterusan kerana yakinnya dengan janji ALLAH bahawa perjuangan kita adalah benar dan balasan di Akhirat kelak dan kita terus bekerja memenangkan Agama ALLAH yang kita anuti. Selama 51 tahun kita biasa kalah. Dan kekalahan kita ini bukan kerana perjuangan kita salah seperti kata TGHH.

Kembali kepada Galas saya rasa bertuah kerana ALLAH memberi peluang untuk saya berada didalam satu perkampungan tarbiyah untuk kali ke 12 dan kini saya menerima tarbiyah di Galas. Kadang kita pelik tiba-tiba sejarah tercipta bila dalam tempoh selepas Mac 2008 banya PRK berlaku. Ikut akal memang kita rasakan pelik. Tetapi sesungguh ALLAH memberi peluang kepada kita untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pilihanraya sebagai bekalan kita bergerak ke Putrajaya di PRU ke 13.

Galas juga menjadi peringatan kepada PAS kawasan Seremban kerana permasalahan Galas di bawah PAS kawasan Gua Musang lebihkurang sama saja dengan PAS Kawasan Seremban.

Sewaktu bertugas di UPU Batu Papan dan diletakan penginapan di Kampung Batu Papan kita berhadapan dengan masalah yang sama seperti di Kawasan Seremban adanya 2 kem dan di Kampung Batu Papan cawangan ada 5 kem.

Kalau di Galas kebijaksanaan pimpinan PAS Pasir Puteh teserlah di dalam menghadapi situasi tersebut malangnya di Seremban PJ NS gagal untuk menyelesaikan masalah malah melebarkan lagi masalah dengan penasihat sekelilingnya yang pekak badak. Ianyanya lebih kalut bila mana SU BPPNS turut terpalit menipu dengan mengaku sebagai Ketua Cawangan Penaja salah dari 21 cawangan yang ditubuhkan untuk medmastikan PJ NS menang pemilihan PAS Kawasan Seremban tahun hadapan.

Penduduk/Ahli PAS cawangan tersebut telahpun membuat surat aduan kepada Setiausaha PAS Pusat namun ianya belum dipanjangkan untuk dikumpulkan semua bukti sebagai lapuran tindakan segelintir ahli BPPNS yang membahayakan PAS NS.

Letihnya melihat pasal PAS Seremban. Namun perjuangan untuk menumbangkan UMNO di NS tetap diteruskan. Pimpinan PAS Kawasan Seremban yang sah dan diiktirafkan oleh PAS Pusat terus merangka progrem dalam rangka menawan NS di PRU ke 13.

Tidak terlambat selaku SU JPPNS sini mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bantuan dalam menguruskan PRK Galas. Ramai yang membantu seperti Pengarah DUN Paroi, YDP Teluk Kemang. Bendahari BPPNS, TYDP Kawasan Seremban, Ketua Pemuda Kawasan Seremban, Haji Mohamad, Pak Mat dan ramai lagi .

Terima Kasih Semua





No comments: