TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, January 12, 2012

BAHAN YANG DI SEBARKAN UMGOK UNTUK PERBODOHKAN ORANG MELAYU

Lihatla VCD yang diedarkan oleh umgok di Majlis yang dianjurkan oleh mereka mahupun NGO yang di bawah kawalan mereka. Belanja katanya dibiayai oleh sang penguasa dari bumi Hang Tuah dan diedarkan oleh pemimpin pertubuhan silat yang bercita-cita nak jadi calun. Kalau dulu diedar di waktu pilihanraya kecil tetapi kini kerana terdesak diedarkan pula kepada ahli umno. Selepas DSIA bebas rasanya propaganda mereka ini tidak memberi kesan kepada rakyat malah kepada ahli umno. Ramai rakan umno yang turut jijik untuk melihat propaganda ini malah ada yang menyimpan tanpa plastik dibuka atau ada yang terus ditongsampahkan. Kesian umgok ape yang buat semua tak jadi

No comments: