TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, June 22, 2012

APA MASALAH SI FUAD NIE


Dulu saya pernah menulis berkaitan Jam tangan Si Fuad RM50,00-00. Saya dicaci oleh pengikut Si Fuad dan ada yang ingin berjumpa bagi pertahankan Si Fuad. Saya serta Ust Suhaimi menunggu hingga sekarang tapi pengikutnya tak muncul-muncul.

Tulisan saya menyentuh perkara tersebut pernah disebut dalam kuliah Si Fuad.
Pulang dari Kelantan saya menerima satu surat terbuka yang penulisnya bernama Yusri Muhammad bekas Presiden ABIM dan orang kuat Yayasan Sofa. Surat terbuka ini juga ada menyentuh tentang perkara yang sama seperti pegangan Al- Arqam.

Jika benar tuduhan dalam surat terbuka ini diharap pihak berwajib menyiasat perkara ini.

Surat Tuduhan kepada SF

3 comments:

Anonymous said...

Salam bang....boleh bagi tau status kes mahkamah terhadap highway lekas tak? Sonyap jo. kita penuntut nak tahu. Kenapa tak ada taklimat lagi skrg ni mcm mula-mula dulu dgn peguam? Apa pandangan peguam kita? Dulu cakap boleh monang & abg pun sendiri cakap dlm ucapan kito buleh monang & dapat duit.

Anonymous said...

KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi didesak agar kembali kepada kaedah asal dalam urusan penghantaran pelajar Malaysia bagi menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

Ini kerana pada tahun ini, kaedah penghantaran itu yang biasanya dinilai berdasarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dihentikan dan segala urusan itu diserahkan kepada Yayasan Sofa yang beroperasi di Negeri Sembilan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas, Datuk Abu Bakar Chik berkata, Kementerian Pengajian Tinggi diminta memulihkan semula hak pelajar untuk ke Al-Azhar seperti mana penghantaran para pelajar ke universiti lain di luar negara.

Beliau memberitahu, proses penghantaran pelajar bagi mengikuti bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar perlu diteruskan dengan berpandukan STAM yang melayakkan para pelajar meneruskan pengajian ke sana.

"Kenapa hantar pelajar kita ke Universiti Al-Azhar melalui Yayasan Sofa. Bermula tahun 2012, tiada lagi program penghantaran pelajar ke Al-Azhar oleh Kementerian Pengajian Tinggi, sedangkan untuk pelajar bidang perubatan ke Jordan, Mesir dan Maghribi, masih ada.

"Pada tahun 2010, kerajaan benarkan pelajar ke Al-Azhar melalui Yayasan Sofa. Setahun kemudian, wakil pejabat-pejabat agama dipanggil untuk diberi taklimat tentang urusan pelajar ke Al-Azhar.

"Pada 2012, tiada langsung pelajar ke sana dan tiba-tiba keluar kenyataan daripada Yayasan Sofa bahawa mereka yang uruskan kemasukan pelajar ke sana," katanya pada sidang akhbar di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman di Kampung Tok Jiring di sini semalam.

Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyatakan perkara itu berdasarkan pendedahan melalui surat terbuka oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa yang dipecat, Dr. Yusri Mohammad yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Surat yang mengandungi 10 muka surat itu mula dikeluarkan pada 18 Mei lalu. Pejabat Urusan Yayasan Sofa kini beroperasi di Negeri Sembilan tetapi menggunakan alamat di Taman Dato' Ahmad Razali di Ampang, Kuala Lumpur.

Abu Bakar seterusnya berkata, beliau pelik bagaimana ada sesetengah Pejabat Agama Islam negeri tidak tahu menahu mengenai perkara itu sehingga menimbulkan persoalan.

"Ini perkara yang tak betul dan apa sebenarnya tujuan urusan penghantaran pelajar kita ke Al-Azhar diserahkan kepada Yayasan Sofa ini," ujarnya.

Beliau menjelaskan, Yayasan Sofa itu mula ditubuhkan pada Februari 2004 di Negeri Sembilan dengan Datuk Sheikh Mohd. Fuad Al-Musnid Kamaruddin Al-Maliki, 39, sebagai Pengerusi sehingga sekarang.

Abu Bakar turut mendakwa, Sheikh Mohd. Fuad menganggap dirinya sebagai khalifah atau wakil tarekat Al-Maliki manakala Al-Munsid pula membawa maksud ahli hadis selain dianggap sebagai Sheikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah yang memiliki ijazah untuk memimpin semua tarekat di Malaysia.

Beliau mendakwa, Yayasan Sofa juga menguruskan peperiksaan bagi 623 pelajar sebelum ke Al-Azhar dan daripada jumlah itu hanya 101 orang yang lulus dengan keputusan paling teruk.

Katanya, manakala sejumlah 522 pelajar yang gagal dikehendaki belajar selama 10 bulan untuk mengulangi peperiksaan dengan kesemua mereka terpaksa menanggung kos mencecah RM3.3 juta.

Justeru, beliau menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas yayasan berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120818/dn_10/Rayu-kaedah-asal-ke-Al-Azhar#ixzz2Mj4DbcvJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Unknown said...

nampaknya ada unsur-unsur fitnah yang boleh menjatuhkan kradibiliti seorang penegak Ahli Sunnah Waljamaah...