TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, April 21, 2008

DEBAT SMS

Assalamualaikum semua

Benarlah menjadi penulis siber memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi juga kekuatan mental dalam menguruskan masa. Selama ini penulis kerap merungut bila mendapati kelewatan blogger membuat update.Satu tabik untuk blogger yang bertahan sejak zaman awal reformasi.

Sedang mengadap laktop saya di kejutkan dengan SMS dari Dato’ Sahak Ismail Ketua UMNO Bahagian Seremban yang memaklumkan nombor telefon bimbit beliau yang baru.Saya tersenyum sendiri bila mengenangkan sebelum ini ramai rakan yang curiga ke atas saya apabila mengetahui saya berurusan dengan Ketua UMNO ini. Nanti saya ulas berkaitan isu ini

DEBAT MELALUI SMS DENGAN RAKAN-RAKAN AHLI UMNO

SMS Dato. Sahak ini memberi idea untuk saya menulis berkaitan dengan debat saya bersama rakan UMNO yang saya fikir kita dapat menilai kefahaman dan tahap serta daya fikir ahli dan pemimpin UMNO .

Diperingkat awal penglibatan saya di dalam PAS bila menamatkan pengajian saya berhadapan dengan ahli UMNO yang totok di kampong saya Kampung Bukit Temiang. Saya yang baru menamatkan pengajian ketika itu telah diamanahkan menjadi Pengerusi Belia 4B Kg Bkt Temiang dan Setiausaha Surau .Pada peringkat awal perjalanan kerja persatuan berjalan lancar sehinggalah apabila pemimpin kampong mengetahui saya ahli seumur hidup PAS. Saya mula diganggu dengan berbagai cara. Almaklumlah saya seorang saje ahli PAS yang lain masih dengan ketotokan fahaman UMNOnya terutama apabila Ketua UMNO cawangan Kg Bukit Temiang diambil alih oleh Dr. Rahiman Dawood.(Pemilik Rayal Aldalpi)

Kemudiannya ahli PAS bertambah seorang lagi bila saya menikahi isteri saya yang merupakan anak kepada bekas Ketua Wanita Cawangan Bukit Temiang( Ianya satu kejayaan yang besar bagi saya kerana berjaya mengPASkan anak orang UMNO dan meredakan serangan ke atas PAS) Sokongan ke atas saya bertambah apabil Semangat 46 ditubuhkan di kampong saya dimana sepupu saya sendiri Hamid bin Tambi Ali selaku Ketua Cawangan serta Ketua Bahagian Semangat 46 Bahagian Seremban(Disini kegagalan besar dan menguris hati saya apabila sepupu saya yang mempunyai kefahaman islam yang agak baik bila Partai Semangat 46 dibubarkan beliau tidak menyertai PAS tetapi kembali kepada UMNO dan kini memegang jawatan sebagai Imam Satu Surau dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan, Saya berdoa beliau selepas PRU 12 ini menyertai PAS cawangan yang telah di tubuh )

Pada ketika itu itu saya hanya mampu berlawan dengan UMNO dengan melanggan 10 naskah Harakah (yang nilainya 60 sen senaskah) setiap keluaran dan dihantar kepintu rumah ahli UMNO yang saya kenali pasti secara sorok-sorok diwaktu malam. Gerakan ini diberhentikan apabila saya kenal pasti ahli UMNO tersebut mula membeli sendiri akhbar harakah.

Bila ledakan IT dengan muncul nya penggunaan SMS saya mula menyampaikan mesej PAS melalui nya kepada rakan UMNO. Hujah di debat SMS ini amat efektif walaupun saya berhadapan dengan berbagai isu yang diperbincangkan serta ditimbulkan dari ramai rakan UMNO .Ianya lebih hebat lagi bila UMNO menang besar di PRU 11.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini gambaran nya ialah ahli UMNO sebenarnya amat mempercayai maklumat dari media yang dikuasai oleh BN serta tidak mempunyai pengetahuan(atau sengaja tidak ingin ambil tahu) Selain amat mempercayai maklumat dari ketua mereka. Mereka kadang-kadang tidak sedar di tipu oleh pemimpin mereka.

Selepas PRU 12 ramai rakan UMNO mula tidak membalas SMS saya kesan kejutan dari tsunami politik yang melanda Negara.

Dibawah saya perturunkan beberapa debat saya dengan rakan UMNO untuk renungan pembaca.

Dua SMS awal oleh penulis kepada rakan- rakan/kenalan UMNO

1) Untuk rakan UMNO lanskap politik berubah.Kita yang mempunyai sedikit ilmu ini tak kan nak lihat saje.Jom kita menyertai BA untuk membawa perubahan di tempat kita
2) Lanskap Politik berubah. Kini hamper 53 cawangan UMNO di NS yang menunggu untuk dibubarkan menjadi cawangan PAS atau Keadilan. UMNO terbukti khianati melayu dan terang-terang menolak islam,Jom kita berubah demi maruah dan agama .


Jawapan SMS dai rakan/kenalan UMNO

a) Ismail setiausaha PESAKA NS

Maaf aku tak sanggup Lim Kit Siang atau Karpal Sing jadi PM Negara tercinta nie. Anwar dan Haji Hadi jadi boneka je. Maaf ye saudara seislam ku.

b) Dato Jamlus (Ketua Pemuda UMNO NS dan bekas EXCO NS)

Hidup mesti ada pendirian jangan jadi macam lalang dan jangan pura-pura. Saya berjaya dalam hidup kerana izin Allah dan Kerajaan BN. Yang lemah perlu di perkuatkan dan yang salah perlu di betulkan. Saya save sms saudara untu rujukan. Maaf & TQ (Debat akan di sambung dalam bahagian lain)

c) Wahid Naton (Iman Surau Taman Bukit Margosa)

Ahli politik je kata di tipu. Ahli Ulamak bukan di kalangan politik. Tak katapun ditipu.bila kita taksub pada sesuatu orang buat baik pun tak baik.Pasal dia tak suka.kalau dia suka burukpun perangai orang tu tetap baik.itu ragam manusia tuan betuk tak.


d) Pengerusi Taman Telawi

Tolong jangan sampai saya buat lapuran polis


e) Zaki (ahli umno Jiboi )

Tuan teruskan dengan PAS. Saya akan terus dengan UMNO. Mungkin satua hari nanti kita aka bersama dalam satu komponen.


f) Qarizah (ahli UMNO yang disebut antara calun BN DUN Ampangan)

Darah yangmengalir dalam diri in adalah hasil perjuangan UMNO. InsyaAllah terus tetap dan kekal perjuangkan Survival Melayu dan Ketuanan Melayu. TQ


g) Abang Rahim ( Ahli Dewan Pendekar PESAKA NS)

Lantaklah? Yang paling penting pas bersekutu dengan DAP?Jangan sebab nak jadi pembangkang Negara terkangkang?? Jangan P.Pinang jadi Singapura??Ape-apen pun PAS tak mampujadi yang terbaik. PAS bukan pembawa islam yang sjati. Tolong jangan bagi masej yang boleh ganggu saya.(akan disambung)


Di lembaran lain saya akan cuba menyambung menulis debat di atas untuk renungan kita. Sementara itu saya masih menanti balasan SMS dari beberapa ahli UMNO terutama nya dari Saudara Ramzani yang merupakan orang kuat UMNO Jiboi serta Saudara Raden Mokhtar rakan UMO ahli parlimen Macang. Dengar khabar dah Jadi Datto, Raden dengan jawatan Setiausaha UMNO bahagian Pucong dan menerima gaji dari SYABAS.









Posted by Ibnu Hasyim at 9:00 PM 0 comments

Tercetus Politik 13 Mei, Jika Anwar Jadi PM?
Ibnu HasyimCATATAN SANTAI:“SEKALI lagi akan berlaku politik selepas 13 Mei 1969, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia… Selepas tsunami ‘perkauman 13 Mei’, PM pertama Tunku Abdul Rahman terpaksa letak jawatan, diganti oleh PM ke 2, Tun Razak. Maka berlaku, Parti Perikatan ditukarkan kepada BN (Barisan Nasional), di mana Parti Gerakan yang tawan Pulau Pinang dari Perikatan waktu itu, PAS yang berkerajaan sendiri sejak lepas merdeka, PPP yang menguasai Majlis Perbandaran Ipoh dan beberapa parti lain ditarik bergabung dalam BN.

”Kata seorang dari kami, selepas majlis pertemuan ahli-ahli Group Universiti Ulu Kelang baru-baru ini. “Dikatakan pada masa itu ada orang telefon Dato’ Harun MB Selangor suruh turun dari tahta, kerana negerinya sudah tidak selamat lagi, sehingga lahirlah Wilayah Persekutuan, idea Tun Razak selepas darurat ditarik balik oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang ditubuhkan waktu itu.”

“Jadi apa kena mengena dengan politik sekarang atau selepas PRU 12 ini hingga boleh berlaku 13 Mei sekali lagi menurut kamu?” Saya tanya.“Jika berlaku lompat parti 30 kerusi BN kepada Pakatan Rakyat (PR), maka PM sekarang akan tersungkur dan gantinya tentu Anwar atau Wan Azizah sebagai PM ke 6. Waktu itu BN akan jadi pembangkang macam PR sekarang. Pakatan Rakyat akan jadi BN sekarang, di mana PKR berfungsi macam UMNO (tulang belakang BN), DAP akan berfungsi macam Parti Gerakan yang dulunya juga tawan Pulau Pinang mewakili kaun Cina, dan parti-parti lain (yang mungkin akan sertai PR) akan jadi macam MCA, MIC dan lain-lain rakan BN sekarang. Itulah 13 Mei yang akan menumbangkan PM kini macam dulu juga. Itulah tsunami politik BN sebenarnya, kerana PRU 12 yang lalu baru tsunami kecil, sebagai tanda-tanda kedatangan tsunami sebenarnya. ” Sambung beliau yang juga seorang tokoh politik veteran.“

Oo. Mengapa kamu tak sebut PAS? PAS duduk dimana?” Yang lain bertanya.

“PAS akan jadi macam PAS juga…”

Saya pula jawab.“Betul tu! Saya setuju.” Sambung beliau lagi, tidak beri peluang orang lain mencelah. “PAS selepas 13 Mei berkongsi kuasa memerintah dengan Perikatan (bersimbol kapal layar) di bawah lambang dacing BN. Tetapi selepas satu PRU sesudah gabungan, PAS ditendang keluar (walaupun ada yang sebut ‘tarik diri’) dari BN… Saya berpendapat, hal ini berlaku ‘sesungguhnya’ adalah kerana dasar Islam tidak akan dapat digabungkan dengan dasar asobiah kebangsaan.

Perjuangan kebangsaan yang diperjuangkan oleh PAS peringkat awalan bukanlah dasar, tetapi sebagai alat pendekatan. Seperti juga UMNO, dasar perjuangannya ialah kebangsaan tetapi menggunakan Islam sebagai alat pendekatan. Bezanya macam langit dengan bumi. Semua orang tahu hal ini.. Itu sebabnya ‘kongsi kuasa’ PAS-UMNO tidak akan kekal lama. Apalagi dengan parti bukan Islam yang lain!!”

“Cakap-cakap kamu ni, macam tak setuju dengan Pakatan Rakyat?”

“Saya setuju. Tetapi PAS tetap PAS. Tetap dengan Islam. Tetap dengan negara Islam dan hukum Islam, walaupun memilih pendekatan tidak perkatakan tentang itu sekarang. Perkenal hal itu pada bukan Islam, sehingga mereka faham dan tidak takut pada Islam. Tidak takut akan ditendang atau diterajang dari macam yang pernah berlaku sebelum itu. Yang penting PAS jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang!”

“Allahu Akbar. Allahu akbar!!” Tiba-tiba sudah ramai di keliling kami yang menyambut dengan takbir. Ya kerana seruan PAS ialah ‘Allahu akbar’.Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 21-04-08. KL.

TAZKIRAH

Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik
Tuan Guru Abdul Hadi Awang Thu Mar 27, 08 12:46:44 pm MYT
Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik. -->-->
Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.?Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.
Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya.
Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama.
Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.
Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)
Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.
Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah.
Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.
Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)
Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80)
Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.
Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80)
Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka.
Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.
"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)
Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini.
Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara.
"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)
Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.
Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah. - lanh

APA KHABAR PNDUDUKTAMAN BUKI MAROSA


LEBUHRAYA 6 LORONG YANG MEMILUKAN

Buat semua penghuni Taman Bukit Margosa , salam sejahtera dan salam perpaduan..

Seperti yang di maklumi pembinaan lebuhraya telah bermula. Untuk pengetahuan semua Jawantankuasa Bertindak yang di tubuhkan bersama dengan wakil Rakyat Kita Y.B. Dato’ Ishak Ismail telah berusaha menyelesaikan permasalahan ini dengan rundingan tetapi menemui jalan buntu. Semua surat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Persekutuan tidak di layan .Malah janji-janji dari pemaju seperti tidak menutup jalan masuk serta membuat pemeriksaan ke atas rumah yang berhampiran sebelum pembinaan tidak dilakukan.

Menilai dari sudut hak kita serta pandangan wakil rakyat kita serta pandangan dari sudut undang-undang pihak jawatankuasa bercadang membawa perkara ini ke makamah agar segala kesukaran dapat dirungkai.


TUNTUTAN MELALUI MAHKAMAH


Bagi tuntutan buat masa ini kita akan menumpukan kepada 2 perkara :


1) Saman kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia serta yang berrkaitan bagi
tujuan

a) Memindahkan jajaran yang melalui Taman Kita atau sekiranya tidak berjaya

b) Kedudukan Surau kita

c) Bentuk Lebuhraya yang dapat memastikan semua jalan keluar masuk kita
tidak di tutup.

d) Selaku pengguna yang mendapat faedah,kita mempunyai jalan keluar masuk ke
atas lebuhraya tersebut

e) Kesan Alam Sekitar

f) Keselamatan sewaktu pembinaan dsbnya

2) Saman ke atas Pemaju LancaR Indah Sdn. Bhd.

Ini berdasarkan Pemaju yang selama ini telah menerima pampasan sebanyak RM27 juta dan menyembunyikan maklumat bahawa Jajaran Asal dari Jalan Tok Dagang telah dipindah ke Taman kita serta perubahan dari laluan susurkeluar 2 lorong kepada Lebuh raya 6 lorong. Terutama kepada pembeli rumah di jalan Margosa 1, Margosa 6, Margosa 7 dan Margosa 18.

RISIKO

Bidalan melayu ada menyebut “KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN.’ Semua perkara ada risiko nya dan saya yakin risiko kita ini tidak lah sampai kita merana. Kita berusaha ALLAH yang tentukan. Yang pasti walaupun kalah kita tak rugi. Ini hak kita.

KOS GUAMAN

Jika disebut jumlah memang agar besar iaitu RM30,000-00 ke RM 40,000-00. Tetapi jika kita agih secara bersama dan merasai manisnya perjuangan ini kita hanya memerlukan setiaap rumah menyumbang sebanyak RM100-00 dengan di permudahkan lagi sebanyak RM50-00 sebulan. Disamping itu pihak jawatankuasa akan berusaha juga megumpulkan dana dari sumber lain bagi membiayai kos guaman ini


HARAPAN


Banyak perkara yang tak tertulis di lembaran ini. Sekiranya ada keraguan boleh hubungi jawantankuasa.Hanya satu harapan dari jawatankuasa bahawa perjuangan ini memerlukan sokongan padu dari semua penduduk. Tanpa sokongan ini tiada maknanya usaha yang diperjuangankan, kerana bagai kata perpatah melayu ‘BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT KATA DEK MUAFAKAT’

Sekian kami memohon sokongan anda semua penduduk Taman Bukit Margosa

“PROUD TO BE MARGOSA HEIGHT”

Friday, April 18, 2008

APA KHABAR SEMUA

Apa Khabar

1) Dato Ishak Ismail
2) Mustafa Salim
3) Saudari Qarizah
4) Pak Ya
5) Khalid Pantai
6) Peguam Ramzani
7) Usop Misai
8) Ir. Jamlus
9) Raden Mokhtar
10) Halim Lawyer
Dan lain rakan di dalam UMNO

Nantikan cerita menarik mereka.

czackPY

Thursday, April 17, 2008

Salam pengenalan

Untuk Semua blogger yang cintakan keadilan,

Salam maya kepada semua. Setelah bertahun melayari penulisan para blogger terdetik hati untuk menulis terutama selepas PRU 12.

Untuk peringkat awal saya akan menumpukan penulisan kepada aktviti di dalam Parlimen Seremban khusus dan N.Sembilan. Mohon bantuan pada semua blogger memberi pandangan dan tunjuk ajar kepada saya yang baru di bidang penulisan siber ini

Terima kasih

vczackPY