LEBUHRAYA 6 LORONG YANG MEMILUKAN
Buat semua penghuni Taman Bukit Margosa , salam sejahtera dan salam perpaduan..
Seperti yang di maklumi pembinaan lebuhraya telah bermula. Untuk pengetahuan semua Jawantankuasa Bertindak yang di tubuhkan bersama dengan wakil Rakyat Kita Y.B. Dato’ Ishak Ismail telah berusaha menyelesaikan permasalahan ini dengan rundingan tetapi menemui jalan buntu. Semua surat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Persekutuan tidak di layan .Malah janji-janji dari pemaju seperti tidak menutup jalan masuk serta membuat pemeriksaan ke atas rumah yang berhampiran sebelum pembinaan tidak dilakukan.
Menilai dari sudut hak kita serta pandangan wakil rakyat kita serta pandangan dari sudut undang-undang pihak jawatankuasa bercadang membawa perkara ini ke makamah agar segala kesukaran dapat dirungkai.
TUNTUTAN MELALUI MAHKAMAH
Bagi tuntutan buat masa ini kita akan menumpukan kepada 2 perkara :
1) Saman kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia serta yang berrkaitan bagi
tujuan
a) Memindahkan jajaran yang melalui Taman Kita atau sekiranya tidak berjaya
b) Kedudukan Surau kita
c) Bentuk Lebuhraya yang dapat memastikan semua jalan keluar masuk kita
tidak di tutup.
d) Selaku pengguna yang mendapat faedah,kita mempunyai jalan keluar masuk ke
atas lebuhraya tersebut
e) Kesan Alam Sekitar
f) Keselamatan sewaktu pembinaan dsbnya
2) Saman ke atas Pemaju LancaR Indah Sdn. Bhd.
Ini berdasarkan Pemaju yang selama ini telah menerima pampasan sebanyak RM27 juta dan menyembunyikan maklumat bahawa Jajaran Asal dari Jalan Tok Dagang telah dipindah ke Taman kita serta perubahan dari laluan susurkeluar 2 lorong kepada Lebuh raya 6 lorong. Terutama kepada pembeli rumah di jalan Margosa 1, Margosa 6, Margosa 7 dan Margosa 18.
RISIKO
Bidalan melayu ada menyebut “KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN.’ Semua perkara ada risiko nya dan saya yakin risiko kita ini tidak lah sampai kita merana. Kita berusaha ALLAH yang tentukan. Yang pasti walaupun kalah kita tak rugi. Ini hak kita.
KOS GUAMAN
Jika disebut jumlah memang agar besar iaitu RM30,000-00 ke RM 40,000-00. Tetapi jika kita agih secara bersama dan merasai manisnya perjuangan ini kita hanya memerlukan setiaap rumah menyumbang sebanyak RM100-00 dengan di permudahkan lagi sebanyak RM50-00 sebulan. Disamping itu pihak jawatankuasa akan berusaha juga megumpulkan dana dari sumber lain bagi membiayai kos guaman ini
HARAPAN
Banyak perkara yang tak tertulis di lembaran ini. Sekiranya ada keraguan boleh hubungi jawantankuasa.Hanya satu harapan dari jawatankuasa bahawa perjuangan ini memerlukan sokongan padu dari semua penduduk. Tanpa sokongan ini tiada maknanya usaha yang diperjuangankan, kerana bagai kata perpatah melayu ‘BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT KATA DEK MUAFAKAT’
Sekian kami memohon sokongan anda semua penduduk Taman Bukit Margosa
“PROUD TO BE MARGOSA HEIGHT”
No comments:
Post a Comment