TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, December 29, 2008

MUFTI NEGERI SEMBILAN



Berhubung dengan artkel saya berkaitan dengan Mufti NS saya mendapat komen dari seorang yang mengenalkan diri sebagai IBNUHAFIS.


Malangnya komennya lebih kepada memperkatakan biografi Sheikh Fuad Kamaludin. Penulis saya hanya untuk menarik pembaca dalam membincangkan pemikiran bahaya dari Sheikh Fuad berkaitan politik islam. Setakat biografi saya pun boleh tulis.


Di dalam berkira-kira untuk menulis bagi memberikan reaksi saya menerima email dari sahabat kita Sdr Suhaimi Rembawi Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban seperti di bawah



ibnu nafis,

janganlah tuan memuja sangat fuad kamaluddin tu. belajr kat mesir 3 tahun enam bulan tapi dia banyak ada kat malaysia ni ha. ngaja surau dan masjid. cari duit untuk belanja katanya. (istilah kami, ponteng kelas) tanyalah jamaah surau hitam kalau tak caya. pegi mesir bila dah dekat musim peksa. memanglah dia orang cerdik, baca buku aje dah boleh jawab peksa.

kita orang yang belajar timur tengah ni pun tersenyum aje dengar komen fuad kamaluddin ni puji diri sendiri. tak pernah kami dengar ulama besar memuji diri sendiri. cerita kehebatan belajar lebih dari 40 ulama terkemuka. dari kulit ke kulit. orang awam mungkin boleh ditipu oleh fuad ni, tapi kami belum tentu lagi.

ulama dulu belajar bertahun tahun dengan ulama yang sedikit yang terkemuka (bukan lebih 40 orang). takda pun ulama yang belajar 3 tahun 6 bulan boleh habiskan ngaji kitab kulit ke kulit. (ngaji kitab 100 ms boleh la cepat habis).

ulama azhar lebih hebat dari ulama yang dia pegi belajar. anak murid ramai. tuan guru yang anak murid sedikit ni ulama yang kurang popular. kalau nak tahulah.!!

istilah anak angkat ni tak popular di kalangan orang arab. agaknya fuad ni perasan bila tok guru panggil dia "ya bunayya" maksudnya wahai anakku, terus dia rasa tuan guru telah mengambil dia sebagai anak angkat.

dr Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari mekah ni taklah terkenal pun di mekah, apatah lagi di arab saudi. nak cuba jadi terkenal, diletakkan nasab al-maliki pada anak murid kesayangan. bagi kami, orang tak terkenal cuba nak jadi terkenal dengan cuba meletak nasab antara satu sama lain. orang malaysia, rata rata pandang tinggi pada orang arab. jadi senanglah nak kelentong orang sini dengan menasabkan diri kepada orang arab.

sebenarnya fuad ni tertipu dengan ilmu dan kurniaan yang telah Allah berikan kepadanya. TAKBURR.. itu saja kesimpulan saya.

pernah merendah-rendahkan ulama ulama besar. (ulama dia aje yang betul) malah pernah merendahkan mufti ns sendiri. perkara ni kami dengar sendiri dari orang yang rapat dengan mufti.

fuad di bawa masuk ke dalam majlis fatwa kerana, kata mufti, kita taknak dia hanyut dengan perasaan syok sendirinya tu. biar dia duduk dengan orang yang alim supaya fatwa fatwa fuad ni tak berkhilaf dengan fatwa ns. memang dia ada bakat keilmuan, tetapi penyakit TAKBUR merosakkan dia. itulah cara nak mengawal si fuad ni.

berkenaan dengan buku buku yang dia dakwa dia menulis, banyaknya terjemahan aje. kemudian ubahsuai sikit, kemudian kata, dia menulis. memang dasar tak tahu malu fuad ni.

sebahagian orang alim yang ada penyakit takbur ni suka menjadikan tareqat sebagai platformnya bergerak. senang nak tipu orang. anak murid takkan berani nak tanya. nanti dikata tak hormat tuan guru. tareqat ni rosak pasal ada orang macam ni.

sirah ulama ulama terbilang tak pernah nak bersekongkol dengan pemerintah. imam abu hanifah mati diseksa kerana tak mahu menerima jawatan qadhi kerajaan 'islam' abbasiyah. imam malik, imam syafei dan imam ahmad pun mengikut jalan yang sama.

sesiapa yang duduk dengan kerajaan, akan mudah jadi glamour. sesiapa yang nak cepat glamour, puji-pujilah kerajaan sebarapa banyak yang boleh. terutamanya kalangan orang alim. lagi cepat terkenal.

saya tak kata semua kata-kata fuad ni salah. tetapi saya minta tuan nafis berhati hati.

tak semesti bila dia belajar dengan lebih 40 orang ulama, dia betul.

tak semesti bila dapat 'karang' banyak kitab, dia betul.

tak semesti bila dijadi anak angkat kepada seorang dr, dia betul.

tak semesti bila dilantik ajk majlis fatwa dia sentiasa betul.

apa guna ada ilmu, boleh jadi anak angkat seorang dr, 'karang' banyak kitab, pandai bermain dengan kata kata ketika berceramah dalam masa yang sama perkara mungkar dalam kerajaan tak boleh tegur. menentang apatah lagi. takut kena 'gam' ke???

itupun dah boleh dijadikan sebagai kayu ukur, kalau nak menilai seseorang.

sekian sahaja untuk kali ni. kita jumpa lagi


Bagi saya ianya cukup untuk menjawab komen dari ibnuhafis. Menambah sedikit komen, saya melihat inilah masalah sebenar umat islam di negara kita, masih meletakan islam itu terpisah dengan politik. Kalau ulama dulu mengajar hanya menumpukan kepada serangan terhadap akidah sehingga terabai kepada permasalahan ekonomi dan politik yang memberikan kesan sehingga umat islam gagal untuk menguasai ilmu ekonomi dan politk, kita faham kerana dekad dahulu serangan akidah yang menggila oleh pendita bukan islam. Sekiranya umat islam masih leka dan adanya ulama seperti Sheikh Fuad ini menyebabkan kita terus kebelakang di dalam menyebarkan keindahan islam kepada bukan islam. Ini juga melewatkan kemenangan islam dibumi Malaysia.



Tuesday, December 23, 2008




BENARKAH MUFTI N. SEMBILAN TIDAK DISAMBUNG KHIDMAT?

Di Seremban kini tersebar berita bahawa Tuan Mufti NS tidak akan di sambung khidmat bermula Januari 2009.

Jika benar, maka ia merupakan berita malang serta hadiah tahun baru kepada rakyat NS amnya serta pendokong gerakan islam iaitu PAS dan Keadilan. khasnya. Sudah menjadi rahsia umum selama ini kita mendengar khabar akan Tok Mat berusaha untuk menggantikan mufti yang ada tetapi tidak mendapat restu Istana. Kita juga ingat setelah usaha menggantikan Timbalan Mufti Ust. Zaidi gagal kerana tidak mendapat perkenan istana serta pulang dari mengerjakan haji akan sedikit membuat Tok Mat mempunyai kesedaran yang tinggi di atas keperluan memiliki mereka yang benar-benar arif dan dapat menguruskan permasalahan agama di NS, tetapi rupanya tidak.

Selama ini Tuan Mufti kita ini banyak membantu perkembangan islam di Negeri Sembilan. Bagi penyokong pembangkang ketiadaan beliau sudah pasti jawatan di surau dan masjid akan menjadi monopoli kepada ahli UMNO.

Khabarnya juga Penasihat Yayasan Sofa yang dikenali sebagai Tokoh Ulama Muda Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin bakal dinobatkan sebagai Mufti Baru NS. Mengenali beliau ianya bakal memberi cabaran baru kepada ulamak PAS di NS bila berhadapan dengan Tokoh Muda penyokong kerajaan Barisan Nasional ini?.

Akan berakhir ke Era keluarga Tuan Haji Said yang lama memikul tugas Mufti di NS ini juga akan menimbulkan banyak persoalan

1) Apa jadi Timb. Mufti Ust Zaidi?
2) Bagaimana kedudukan ahli/pendokong PAS di dalam AJK Masjid dan Surau.?
3) Bertambah sunyi ke Masjid dan Surau ?
4) Perkembangan Tarikat Ahmadiah?
5) Sembahyang Terawih 13 raka’at akan pupus terus?
6) Pelajar Aliran Agama yang mengkagumi beliau .?
7) Pelajar Aliran agama akan menjarakan diri dengan PAS?
8) Terencatkah perjuangan PAS di NS seperti masa kemasukan Anwar ke
dalam UMNO.dan banyak lagi

Kalaulah benar berita ini yang dikhabarkan telah mendapat perkenan Istana kita ingin melihat apa yang bakal di lakukan oleh pihak pendokong islam di N. Sembilan dalam masa seminggu.

1) Apa usaha mereka di Pondok Rasah?
2) Apa kata mereka di SARA
3) Apa usaha Ulamak di dalam Pakatan Rakyat
4) Kemana pengamal Tarikat Ahmadiah.

Hati kecil masih berharap berita ini adalah khabar angin saje. Kalau lah benar hati kecil ini masih berharap bakal Mufti yang baru ini tidak seperti yang di tulis di atas . Malah ianya bakal menjadi titik mula kepada perkembangan PAS di NS serta perkembangan islam di NS.

Yang pastinya segala persoalan ini membuatkan hati kecil berkata Dato Seri Anwar cepatlah kita ambil ahlih kerajan pusat. Ooooooooooh negeri ku.

Monday, December 22, 2008

JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT :ANTARA YANG MESTI ANDA LAKUKAN

Jentera Pilihanraya Kecil P.036 Pemuda Pakatan Rakyat telah sempurna dilancarkan oleh Ayahanda Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS baru - baru ini di Markas PAS Kawasan Kuala Terengganu Kuala Ibai .

Pelancaran tersebut bukan bermakna segala gerakkerja memenangi pilihanraya baru bermula , tetapi ia lebih bermaksud sebagai satu isyarat bahawa kita kini berada di satu garisan atau pusingan yang memerlukan semua jentera , khasnya jentera pemuda melakukan pecutan akhir untuk memenangi pilihanraya kecil P.036 yang hanya diisytiharkan kekosongan kerusinya oleh SPR berikutan kematian al Marhum Dato' Razali Ismail baru - baru ini .

Jentera adalah mesin penggerak yang bertanggungjawab mengaktifkan seluruh organ parti agar tidak sekadar berfungsi tetapi mampu mencetus gerakkerja berkesan , menumbuh kesedaran ahli , meraih sokongan pengundi dan membawa pulang 'tropi' kemenangan .

Jentera menjadi sandaran parti dan harapan ummah yang mahukan agenda perubahan berjaya dilaksanakan dengan baik . Pendek kata , sebahagian dari faktor kemenangan parti dalam pilihanraya bergantung kepada sejauh mana keupayaan dan kemampuan jentera melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka dengan amanah dan istiqamah .

Apa yang paling penting , ia turut bergantung kepada tahap prestasi diri setiap individu jentera , apakah ia menepati piawaian jentera yang ikhlas , taqarrub Ilallah , soleh , benar dan sebagainya yang mampu meraih redha Allah swt. sehingga turun nusrah atau mau'nahNya .
Syarat Menang Mestilah Berjuang

Saya mengharapkan Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan 'memberi' yang terbaik . Tampil dengan himmah yang tinggi , syaksiyyah yang solehah dan perwatakan yang meyakinkan sebagai duta parti .
Ingatlah , bahawa kita menyertai pilihanraya bukan kerana tuntutan demokrasi jauh sekali untuk beriman dengan demokrasi , tetapi kita menyertainya justeru mengambil peluang yang ada untuk membawa risalah perjuangan suci yang kita dokong selama ini iaitu syariat Islam dan seluruh syiarnya .

Ertinya kita mesti bekerja gigih dan tekun , serta teliti tanpa peduli apa halangan yang terpaksa kita hadapi sebagaimana kita bekerja keras dan rajin , serta tegas tanpa menghiraukan apakah keputusan yang akan kita perolehi , menang atau kalah .

Berkali telah saya tegaskan bahawa perjuangan kita tidak syarat menang , tetapi untuk mencapai kemenangan syaratnya mestilah kita berjuang .

Sekurang - kurang perkara yang perlu dilakukan oleh Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat ialah :

1. Spiritual Yang Akrab .

Maksudnya : Jentera jangan turun beraksi tanpa mempersiapkan diri dengan kerohanian yang akrab atau erat hubungan dengan Allah swt. Turunlah dengan nama Allah swt. bersama iringan doa memohon restu Allah swt agar apa jua bidang tugasan yang kita lakukan beroleh kejayaan dan hasil yang gemilang .

Janganlah kerana tugas kononnya , kita abaikan tanggungjawab asas kita sebagai seorang hamba Allah swt dan menjarakkan hubungan kita denganNya . Sebagai contoh , mengabaikan solat 5 waktu dan meringan - ringan solat berjamaah atas alasan keletihan setelah berjaga malam dengan kerja dan tugasan yang banyak .

Konsisten dengan munajat dan solat hajat adalah suatu yang sentuhan terbaik jika dilakukan oleh jentera sendiri berbanding orang lain tanpa menafikan orang lain juga perlu terus bermunajat .

2. Akhlak Mahmudah.

Merujuk kepada syakhsiyyah atau peribadi yang terpuji . Bukan hanya terhenti kepada perilaku tetapi juga tutur bicara , penampilan , pakaian , interaksi dan segalanya mestilah lunak , berhemah dan menawan hati .

Saya percaya , jentera adalah orang yang paling letih dan penat sepanjang tempoh pilihanraya ini. Kekadang mereka tidak sempat makan dan tidak cukup tidur demi memastikan segala urusan dan gerakkerja berjalan lancar mengikut jadual . Waktu - waktu beginilah emosi mudah terganggu dan kesabaran mudah tercabar .

Jentera mesti tabah dan berjiwa besar . Bekerjalah dengan tenang dan senantiasa bertindak sambil mengorak senyuman yang menggamit damai setiap orang yang berurusan dengan jentera pemuda . Sabarlah menghadapi karenah orang ramai yang pastinya pelbagai ragam . Anggaplah segalanya adalah ujian dan kita tanganinya dengan hikmah dan sakinah .

Tambahan pula berdepan provokasi musuh , jentera pemuda mestilah bijak mengawal keadaan dan awasi situasi agar tidak terperangkap .

3. Dengar dan Taat .

Suasana pilihanraya seringkali meletakkan jentera berhadapan dengan arahan yang bersifat ad hoc atau tugasan diluar garis pandu dan bidang tugas yang telah diputuskan . Jentera mesti sabar dan tabah menghadapi keadaan ini . Jangan merajuk apalagi menunjuk sikap protes terhadap pimpinan . Sekalipun jentera tidak mampu melakukan arahan tersebut , maklumkanlah keuzuran dengan beradab dan baik .

Laksanakan tugas atau arahan sebaik mungkin dengan hati yang mengharapkan redha Allah swt dan mengharapkan keputusan yang positif serta hasil kerja yang terbaik . Jangan sekali - kali melaksanakan tugasan secara sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk ditangga .

Bekerja dan berjuanglah dengan rasa bangga bukan rasa bersalah meskipun kita berhadapan dengan penguasaan musuh . Selesaikan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan semampu mungkin sekalipun kita terpaksa mengorbankan kepentingan diri seperti masa , wang ringgit , tenaga malah darah dan nyawa jika perlu .

4. Faham dan Ikhlas
Jentera mestilah terlebih dahulu menguasai satu - satu bidang atau perkara yang diamanahkan kepadanya sebelum dilaksanakan agar menghasilkan keputusan yang baik . Jangan segan untuk bertanya dan jangan rasa rendah diri untuk menerima tunjuk ajar walau dari sesiapa . Apatah lagi menerima tunjuk ajar dari pimpinan atau mereka yang berpengalaman .

Jentera mestilah faham matlamat dan objektif sesuatu tanggungjawab yang digalaskan kepadanya dan laksanakannya kerana Allah swt bukan kerana manusia atau lainnya. Setiap masaalah yang timbul mestilah segera dirujuk kepada pihak yang berhak membuat keputusan .

Lantaran ikhlas kita kepada Allah swt , maka kerja yang kita lakukan jangan mengharap imbuhan apalagi pujian manusia . Saya tidak nafi bahawa setiap kerja perlukan peruntukan kewangan , namun kita menyedari bahawa peruntukan tidak semesti cukup dan memadai . Kita memerlukan pengorbanan untuk berjaya dalam perjuangan ini .

5. Tindakan berasaskan Syura.

Elakan sikap bertindak sendirian , demikian juga keputusan sendiri mestilah dihindarkan sebaliknya merujuk kepada keputusan bersama yang diputuskan melalui mesyuarat samaada diperingkat jentera dalam bidang kuasa tertentu atau keputusan yang telah diambil oleh kepimpinan parti .

Mungkin sesuatu keputusan itu tidak menepati selera dan kemahuan kita . Maka kita mestilah bertanggungjawab dengan keputusan tersebut dan laksanakan amanah tanpa sebarang rasa ralat di dalam hati .

Contohnya calon yang bertanding . Besar kemungkinan calon yang diputuskan oleh pimpinan kelak bukanlah calon favourite kita , maka kita tidak perlu gundah jauh sekali berpaling tadah meninggalkan jamaah atau tutup pos sebagai protes .

Kita berjuang kerana Allah swt bukan kerana calon dan bukan kerana sesiapa . Keputusan syura insyaallah akan membawa kebaikan kepada kita , jamaah dan perjuangan Islam itu sendiri insyaallah .

Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh jentera , namun cukuplah dulu saya membawa beberapa noktah yang perlu perhatian serius dan segera oleh semua peringkat jentera .
Akhirnya saya harap kita semua berjuang gigih dan bersungguh - sungguh . Berkorban apa jua yang mampu menyumbang kepada kemenangandan tentu sekali kemenangan ini amat bermakna buat perjuangan kita selama ini .

Selamat berjuang kepada semua jentera pilihanraya pemuda Pakatan Rakyat dari saya dan Yb Salahudin selaku Ketua DPPP serta seluruh exco DPPP .

Saya juga merakamkan setinggi - tinggi rasa syukur kepada Allah swt. dan terima kasih sebanyak - banyaknya kepada Sdr Shamsul Iskandar Mohd Aqil dan seluruh EXCO AMK yang gigih bersama turun menguatkan jentera demi meburu kemenangan .

Selamat Berjuang dari saya .
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua DPP Pusat

Monday, December 15, 2008

SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA AKAN DI ROBOHKAN?


Kenapa perlu dirobohkan surau untuk pembinaan jalan ? Tidak bolehkah dilencongkan jalan supaya surau tidak dirobohkan ? Kalau kuil-kuil Hindu di Seremban tidak dirobohkan untuk pembinaan jalan hanya jalan yang dilencongkan , kenapa surau untuk umat Islam hendak dirobohkan ?********************Jalan pintas Lebuh Raya Kajang-Seremban diharap tak jejas penduduk


Berita Harian 2 Disember 2008. SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa di Paroi, dekat sini berharap pemaju projek Lebuh Raya Kajang-Seremban, laluan pintas menghubungkan bandar ini serta Kajang yang turut melalui taman itu supaya tidak mengabaikan kepentingan mereka.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata penduduk tidak menghalang pembangunan, tetapi kontraktor projek itu perlu mengambil kira kepentingan mereka.Katanya, pemaju tidak boleh mengetepikan begitu saja pandangan jawatankuasa berkenaan yang mewakili suara penduduk, sebaliknya perlu berbincang bagi memastikan hak dan kepentingan orang ramai tidak terjejas dengan pelaksanaan projek terbabit.


"Tindakan kami untuk mendapatkan maklumat mengenai projek itu daripada pemaju bertujuan mengelak kekeliruan penduduk yang boleh menimbulkan masalah pada masa depan, tambahan pula sebelum ini pemaju bersetuju berkongsi maklumat, tetapi sehingga kini maklumat berkaitan tidak peroleh.


"Rata-rata penduduk taman ini, terutama pemilik kediaman dalam laluan pembinaan lebuh raya itu bimbang sama ada rumah mereka benar-benar terbabit atau laluan akan dilencongkan daripada cadangan asal. Itu saja maklumat yang kami perlukan," katanya.


Lebuh Raya Kajang-Seremban adalah lebuh raya berkembar tiga lorong dan terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen pertama sepanjang 18.2 kilometer (km) dari Kajang ke Pajam; seksyen dua dari Pajam ke Setul sepanjang 14.5 km dan seksyen ketiga dari Setul ke Paroi sepanjang 11.6 km.Pelaksanaan projek itu membabitkan tiga pihak iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Projek Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) sebagai kontraktor utama dan IJM Sdn Bhd sebagai kontraktor kedua.


Zakaria berkata, berdasarkan pelan asal, beberapa struktur di taman perumahan itu terbabit dalam pembinaan projek berkenaan, antaranya surau Taman Bukit Margosa dan beberapa kediaman yang menyebabkan penduduk membantah projek itu."Selain itu, ada beberapa aspek teknikal yang menimbulkan kekeliruan, antaranya pembinaan sistem perparitan ke Sungai Paroi bagi mengelak taman perumahan ini terdedah kepada banjir seperti yang pernah dialami sebelum ini," katanya.


TAMAN BUKIT MARGOSA


Harian Metro 14 Okt 2008SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa Paroi, dekat sini, mahu pihak terbabit dengan pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban yang melalui taman itu memberi penerangan jelas mengenai kedudukan projek berkenaan selepas lebih lapan bulan tiada perkembangan.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata projek itu dikendalikan dua pihak iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Projek Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) sebagai kontraktor utama.


Beliau berkata, sebelum ini pihak berkenaan bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan penduduk mengenai kedudukan laluan yang merentasi taman itu dan membabitkan beberapa perumahan penduduk, tetapi sehingga kini maklumat berkaitan masih tidak diperoleh.


“Penduduk taman ini terutama kawasan kediaman mereka yang terbabit dengan laluan pembinaan lebuh raya itu bimbang adakah kediaman mereka benar-benar terbabit atau laluan pembinaan itu dilencongkan daripada cadangan asal.


“Setakat ini kita tidak mendapat maklumat jelas mengenainya dan berharap pihak berkenaan dapat memaklumkan kepada kami bagi membolehkan kami memberi pandangan demi kepentingan dan kebaikan bersama,” katanya di sini, semalam.


Katanya, berdasarkan pelan asal, beberapa kawasan akan terbabit dalam pembinaan projek itu di taman berkenaan antaranya surau Taman Bukit Margosa dan beberapa kediaman penduduk yang menyebabkan mereka membantah.


Zakaria berkata, beberapa perbincangan sudah dibuat sebelum ini tetapi kata putus belum diperoleh dan pihaknya berharap satu keputusan terbaik dicapai demi kepentingan penduduk.