Di Seremban kini tersebar berita bahawa Tuan Mufti NS tidak akan di sambung khidmat bermula Januari 2009.
Jika benar, maka ia merupakan berita malang serta hadiah tahun baru kepada rakyat NS amnya serta pendokong gerakan islam iaitu PAS dan Keadilan. khasnya. Sudah menjadi rahsia umum selama ini kita mendengar khabar akan Tok Mat berusaha untuk menggantikan mufti yang ada tetapi tidak mendapat restu Istana. Kita juga ingat setelah usaha menggantikan Timbalan Mufti Ust. Zaidi gagal kerana tidak mendapat perkenan istana serta pulang dari mengerjakan haji akan sedikit membuat Tok Mat mempunyai kesedaran yang tinggi di atas keperluan memiliki mereka yang benar-benar arif dan dapat menguruskan permasalahan agama di NS, tetapi rupanya tidak.
Selama ini Tuan Mufti kita ini banyak membantu perkembangan islam di Negeri Sembilan. Bagi penyokong pembangkang ketiadaan beliau sudah pasti jawatan di surau dan masjid akan menjadi monopoli kepada ahli UMNO.
Khabarnya juga Penasihat Yayasan Sofa yang dikenali sebagai Tokoh Ulama Muda Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin bakal dinobatkan sebagai Mufti Baru NS. Mengenali beliau ianya bakal memberi cabaran baru kepada ulamak PAS di NS bila berhadapan dengan Tokoh Muda penyokong kerajaan Barisan Nasional ini?.
Akan berakhir ke Era keluarga Tuan Haji Said yang lama memikul tugas Mufti di NS ini juga akan menimbulkan banyak persoalan
1) Apa jadi Timb. Mufti Ust Zaidi?
2) Bagaimana kedudukan ahli/pendokong PAS di dalam AJK Masjid dan Surau.?
3) Bertambah sunyi ke Masjid dan Surau ?
4) Perkembangan Tarikat Ahmadiah?
5) Sembahyang Terawih 13 raka’at akan pupus terus?
6) Pelajar Aliran Agama yang mengkagumi beliau .?
7) Pelajar Aliran agama akan menjarakan diri dengan PAS?
8) Terencatkah perjuangan PAS di NS seperti masa kemasukan Anwar ke
dalam UMNO.dan banyak lagi
Kalaulah benar berita ini yang dikhabarkan telah mendapat perkenan Istana kita ingin melihat apa yang bakal di lakukan oleh pihak pendokong islam di N. Sembilan dalam masa seminggu.
1) Apa usaha mereka di Pondok Rasah?
2) Apa kata mereka di SARA
3) Apa usaha Ulamak di dalam Pakatan Rakyat
4) Kemana pengamal Tarikat Ahmadiah.
Hati kecil masih berharap berita ini adalah khabar angin saje. Kalau lah benar hati kecil ini masih berharap bakal Mufti yang baru ini tidak seperti yang di tulis di atas . Malah ianya bakal menjadi titik mula kepada perkembangan PAS di NS serta perkembangan islam di NS.
Yang pastinya segala persoalan ini membuatkan hati kecil berkata Dato Seri Anwar cepatlah kita ambil ahlih kerajan pusat. Ooooooooooh negeri ku.
2 comments:
Assalamu'alaikum wbth,
Apa yang anda karutkan nih tuan blog, jika nak kenal sheikh Fuad kamaluddin lihat biografinya :
PEPATAH Arab menyebut, “masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita.” Itulah yang menjadi pegangan penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan, Muhammad Fuad Kamaludin, 32. Walaupun berada di Bumi Para Anbia’ Mesir hanya selama tiga tahun enam bulan tetapi beliau memanfaatkan sepenuhnya masa itu untuk berguru dengan lebih 40 ulama terkemuka di negara itu.
Istilah berguru di sini bukan seperti kaedah biasa yang diamalkan di kuliah pengajian universiti iaitu mengikut sukatan dalam dewan pengajian dengan pelajar yang ramai, sebaliknya anak muda ini berguru secara talaqqi iaitu berguru secara terus dengan para ulama berkenaan dalam kumpulan kecil untuk mendalami kitab pengajian daripada ‘kulit ke kulit’.
Tidak cukup dengan itu, ulama muda ini turut berkelana menimba ilmu daripada beberapa ulama terkenal dari seluruh dunia, antaranya pakar hadis Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari Mekah Al Mukarramah dan beberapa lagi tokoh dari Mesir, Syria, Yemen, Dubai dan Sudan.
Apa yang istimewa, kesemua guru beliau itu bukan setakat menganggapnya sebagai anak murid kebanggaan tetapi turut mengambilnya sebagai anak angkat. Kesemua mereka memberikan tauliah khusus kepadanya untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh itu kepada umat Islam di seluruh dunia. Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki telah menganugerahkan gelaran keluarganya, Al Maliki, kepada beliau.
“Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan seterusnya memulakan kelas pengajian di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti al-Azhar ini memberitahu bahawa beliau tidak memasuki kuliah seperti pelajar lain sepanjang berada di negara itu.
Muhammad Fuad hanya berurusan sebanyak dua kali sahaja dengan pentadbiran universiti iaitu untuk membuat kad pelajar dan menduduki peperiksaan akhir universiti.
“Saya bukan tidak mahu mengikuti pengajian kuliah tetapi saya ingin mengambil peluang berguru sendiri secara talaqqi dengan ulama terkenal di masjid-masjid dan rumah kediaman mereka. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana, rutin pengajian saya bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari.
“Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid,” kata Muhammad Fuad yang amat memuliakan kesemua gurunya.
Walaupun demikian, beliau diminta oleh rakan pelajar mengadakan sesi tuisyen khas bagi membantu mereka yang kurang memahami pengajaran di universiti. Anak bongsu daripada lima beradik dan anak lelaki tunggal kepada pasangan Kamaludin Mahat dan Zainab Mahmud itu berkata, kitab pertama yang ditulisnya ialah perbahasan dan perbincangan peribadi Rasulullah dalam bahasa Arab pada tahun 1993 selepas setahun berada di Mesir.
Disiplin
Sehingga kini, bapa kepada enam cahaya mata itu telah menghasilkan 115 kitab pelbagai disiplin dan digunakan oleh ahli-ahli agama. Ia menjadi rujukan ulama tempatan dan luar negara.
Kitab-kitab tersebut ialah tiga kitab tafsir, 19 kitab karangan hadis, sembilan kitab karangan tauhid, 14 kitab karangan fikah, sembilan kitab karangan tasawuf, enam kitab karangan sirah, 10 kitab karangan tokoh dan 44 kitab berkaitan amalan.
Malah, Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan turut menulis 12 kitab bahasa Arab. Kitab Al Toli'al Sa'id Al Muntakhab Min Al Athbat Wal Al Asanid dan kitab al-Jawahir al- Ghawali min Asanid al-Imam al-Azhari yang berkaitan ilmu hadis diterbitkan di Mesir. Kitab itu mendapat pengiktirafan dan disahkan oleh para ulama al-Azhar, Mesir seperti Profesor Dr. Judah al Mahdi, Dekan Fakulti al-Quran dan Qiraat serta Ahli Lembaga Lujnah Tafsir al-Quran al-Azhar.
Ketokohan anak muda ini bukan sahaja diperakui dalam negara. Beliau turut mendapat undangan berceramah dan pidato serta membentangkan kertas kerja di Singapura, Mesir dan Mekah di hadapan para ilmuwan Islam lain.
Menceritakan proses penulisan buku, Muhammad Fuad mensyaratkan dirinya menghasilkan sekurang-kurangnya empat buah kitab sebulan.
“Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna baginya,” katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi.
Beliau, bagaimanapun, mengakui dirinya terlalu kerdil dan ketinggalan berbanding ulama silam yang mampu menghasilkan beribu-ribu jilid kitab pelbagai disiplin dalam keadaan serba kekurangan berbanding muslim masa kini yang memiliki segala kemudahan dan teknologi canggih.
“Sebagai contoh, Ibn Shahin menulis 33,000 kitab dan kitab tafsir sebanyak 1,000 jilid; Abu Hasan al-Asyari menulis lebih 600 jilid kitab dan ulama tafsir, Ibn Tabari juga telah mensyaratkan dirinya menulis setiap hari sebanyak 40 helai.
“Tanpa elektrik, komputer dan internet, mereka masih boleh menghasilkan karya bermutu yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia hingga kini. Justeru, tidak mustahil bagi kita yang memiliki segala-gala kemudahan itu untuk turut sama berbuat demikian,” katanya yang amat mengasihi Rasulullah dan keluarganya serta menolak fahaman yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selepas pulang ke Malaysia pada 1996, anak jati Kampung Chenong Chengkau, Rembau ini membuka pondok pengajiannya seluas 0.2 hektar dalam kawasan tanah milik ibunya dengan modal RM17. Ketika itu beliau berusia 22 tahun.
Kini, penuntutnya semakin bertambah sehingga beliau memerlukan kawasan yang lebih besar. Maka kawasan kira-kira empat hektar di Kampung Sembilan, Chengkau telah dipilih bagi menubuhkan Surau al-Taufiqi al-Husaini.
Usaha tersebut, bagaimanapun, menerima pelbagai tohmahan dan fitnah. Orang memfitnahnya mengatakannya membawa fahaman yang sesat.
“Atas dasar keikhlasan untuk berdakwah semata-mata untuk keredaan Allah, maka segala cabaran dan dugaan itu berjaya diatasi dan kini masyarakat mulai dapat menerima usaha yang saya jalankan,” katanya.
Muhammad Fuad tidak pernah menjadikan usia mudanya sebagai halangan untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada guru-gurunya yang bersambung terus sanad mereka dengan Rasulullah.
“Saya tidak berasa tekanan. Saya percaya bahawa setiap niat ikhlas nescaya akan mendapat kekuatan daripada Allah yang disertakan sekali dengan restu dan ijazah yang diberikan oleh kesemua guru-guru saya,” ujar beliau.
Beliau menekankan perasaan rendah diri dan tawaduk terhadap kekurangan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa dengan mempercayai bahawa setiap nikmat yang diperoleh adalah segala-galanya daripada Pencipta.
“Saya seboleh-bolehnya mengamalkan pendekatan ahli sufi iaitu menganggap orang tua lebih hebat kerana mempunyai banyak ilmu dan amal; orang muda lebih hebat kerana tidak banyak melakukan dosa berbanding orang yang lebih berusia; dan orang jahil lebih beruntung kerana mereka melakukan maksiat kerana tidak berilmu berbanding orang yang berilmu tetapi masih melakukan maksiat,” katanya.
---------------------------------
Assalamualaikum.. jangan jadikan PAS sebagai matlamat.. Sedangkan PAS hanya alat atau wasilah untuk mencapai matlamat.. Sila bezakan alat dan matlamat.. Tidak semestinya masuk ke dalam PAS sudah mencapai matlamat.. Sdangkan PAS hanya wasilah untuk mencapai matlamat.. Sebab tue Tuan Guru Nik Aziz ada berkata kalau UMNO hari umumkan melaksanakan Islam secara menyeluruh.. Hari ini juga PAS akan dibubarkan.. Di Kelantan ramai sahaja Ulama yang tidak menyertai PAS.. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Azhar Idrus.. Saya rasa sekiranya anda orang PAS pasti kenal Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu.. Nie la masalahnya bila tidak mendalami tarbiyah Jemaah Islamiyyah yang sebenarnya.. Apakah anda tahu Syeikh Muhammad Fuad ke itu penyokong UMNO dan Barisan Nasional?.. Sila kemukankan nombor keahlian beliau dalam UMNO mahupun BN.. Bukankah Islam itu bersaudara.. Firman Allah s.w.t di dalam Surah Hujuraat ayat 13.. “Firman Allah s.w.t dalam Surah Hujuraat ayat 13 “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. “ PAS ke UMNO ke semua kena bersatu mencari siapa yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t.. Kadang2 walau kita berada dalam jemaah Islamiyyah tidak menjamin ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Abdullah Ubai Bin Salul munafiq Madinah.. Dia duduk dalam Jemaah Islam Madinah.. Tetapi, tetap digelar munafiq sebab sifatnya.. Jadi jauhilah dari sifat munafiq.. Ini bukan tuduhan anda sebagai munafiq.. sekadar peringatan kepada diri saya dan pihak anda supaya menjauhi sifat munafiq.. maaf atas kesalahan.. sekian, terima kasih
Post a Comment