TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, June 25, 2009

BENARlLAH UMNO IBU SEGALA PUNCA PERPECAHAN MASYARAKAT BAHAGIAN 1

be

Benar seperti dakwaan ramai UMNO sebenarnya yang memecahkan perpaduan dalam masyarakat melayu. Dimana sahaja kat Malaysia ini serupa sahaja UMNO lah pengkianat kepada bangsa melayu dan punca sebenar perpecahan melayu sama di Dari Perlis hingga ke Sabah dibandar, di taman, di kampong mahu pun di dalam hutan tanpa manusia juga.

UMNO adalah ibu kepada punca perpecahan di dalam masyarakat.

Kami di Taman Bukit Margosa mengalaminya. Hancur segala kerjasama yang kami pupuk hamir 12 tahun. Permuafakat yang kami bina tanpa mengira bangsa dan agama dihancurkan oleh beberapa orang yang masih punya fahaman totok kepada UMNO.

Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang masuk tahun ke 3 dibawah Rukun Tetangga (KRT Taman Bukit Margosa) hancur di sebabkan tindak tanduk UMNO totok. Lebih-lebih lagi bila sasaran 16 September tak menjadi.


Selama ini tiada sebarang suara yang mempertikaikan pegangan politik saya. Sejak awal lagi bila menetap di Taman Margosa saya telah menonjolkan diri sebagai seorang yang totok kepada PAS. Di dalam majlis anjuran taman saya tidak segan silu mahupun takut senantiasa yakin dengan pegangan politik saya dengan penonjolan samada ketayap berlambang PAS , butang baju PAS dan T-shirt berlambangkan PR.


Tanpa hiraukan pegangan politik saya dilantik dengan sebulat suara sebagai AJK Surau, AJK KRT, Pengerusi SRS, Pengarah projek Futsal Piala Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa.


Sebagai Pengerusi SRS saya telah memberikan komitmen yang tinggi dan dengan sokongan penduduk, SRS Tman Bukit Margosa menjadi contoh dan rujukan oleh oleh JPNIN dan Polis
berambung..............





Bersambung

No comments: