Sekalung tahniah di ucapkan kepada YB Paroi atas pelantikan beliau sebagai AJK PAS Pusat. Juga tidak ketinggalan kepada Ybhg. Sdr Zulkifly Omar yang masih diberi kepercayaan selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Dengan ini kita telah ada 2 wakil dalam AJK PAS pusat yang saya kira akan memantapkan PAS NS dalam rangka kita PR menawan NS pada PRU ke 13.
Harapan ahli PAS Kawasan Seremban dengan 2 wakil ini bakal memantapkan PAS NS serta dapat menyelesaikan permasalahan PAS di NS yang totok berpegang kepada adat pepatih amnya dan PAS Kawasan Seremban khususnya.Mahu tidak mahu dengan suasana politik masakini, dengan momentum rakyat ingin melihat UBN ditumbangkan, semua yang di dalam PR harus menyediakan segala kelengkapan bagi dengan izin ALLAH menerima amanah untuk memimpin kerajaan PR N. Sembilan.
Semua ahli PAS mahupun PR harus mengerti bahawa N.Sembilan mempunyai banyak kesamaan dari semua segi seperti sosioekonomi, politik ,demografi kependudukan dan sebagainya kecuali sumber pendapatan Negeri yang jauh lebih kecil dibandingkan dengan negeri Perak.
Oleh itu segala usaha dengan rakan dalam PR harus digerakan mulai sekarang dan bergerak selaku 'kerajaan menanti'. Penyediaan bakal calun wakil rakyat mahupun calun jawatan utama di dalam GLC dan sebagainya harus dikenalpasti mulai sekarang kerana kita tidak mahu ianya akan menjadi seperti Perak yang dirampas hak sah memimpin negeri itu.
Untuk peringkat awalnya agihan tugas dimana Pj NS menumpukan usaha memantapkan PAS NS manakala YB Paroi menumpu kepada mengenalpasti serta menggilap hubungan denga ketua-ketua Jabatan Kerajaan, PBT dan GLC dan sebagainya di Negeri Sembilan.
Umum mengetahui selepas sasaran 16 September tersasar, ramai Ketua Jabatan Kerajaan,Ketua PBT dan GLC yang dulunya cukup akrab (mungkin nak jaga talian hayat agaknya)mulai menunjukan taring dan mula menjarakkan diri dan memberikan kerjasama kelas dua kepada ADUN PR.Contohnya kelewatan pemilhanan Dato' Bandar, di Perak mungkin kita boleh memaafkan kerana kita diberikan kuasa secara tanpa persediaan .
Tetapi kiranya esok terjadi di Negeri Sembilan pengundi akan persoalkan mengapa tidak belajar dari kejadian di Perak.Kita juga harus ingat harapan rakyat NS amat besar mahu melihat PAS dan PR menguruskankan negeri ini seperti mana di 5 negeri yang diperintah oleh PR.
Kita juga baru sedar mengapa Allah berikan kemenangan PR di 5 negeri sahaja? Rupanya benarlah janji Allah kamu merancang, Allah pun merancang, dan rancangan Allah itu lagi maha hebat.Sesungguh Allah memberikan hanya 5 negeri sebagai ujian serta pelajaran bagi penyediaan serta menyiapkan diri bagi memikul amanah memimpin negara Malaysia.Kita punya masa tak sampai 3 tahun untuk menyiapkan diri dalam semua aspek dan seharusnya segala permasalahan besar mahu kecil harus diselesaikan.
Benda-benda kecil dan titik bengek ini diketepikan kerana kita ada agenda yang lebih besar selaku kalifah di mukabumi ini.
Dan untuk sahabat ku Zul cukuplah bergerak kesana sini mewiridkan tentang wala' Dengan kepimpinan baru yang sah diberikan oleh Dato' Presiden saudara tahu pada siapa harus diberikan wala'. Cukuplah dan hentikanlah kita punya amanah yang lebih besar membantu pimpinan negeri dan pusat memimpin rakyat membina dan menyediakan laluan ke akhirat.
No comments:
Post a Comment