TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, August 5, 2009

DUN AMPANGAN - Balai penghulu ditukar kepada Pusat Khidmat Masyarakat BN Salahguna kuasa UBN. Siapa nak Jawab?

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BN DUN AMPANGAN

Semua sedia maklum Tok Mat melahirkan rasa marah bila di PRU 12 PR hampir menawan NS beliau telah memmansuhkan peruntukan mengurus pusat khidmat masyarakat berjumlah RM1500 sebulan untuk ADUN PR. Beliau bertindak sesuka hati membelakangkan pilihan rakyat serta semangat demokrasi dan membuat keputusan umpama negeri ini bapak dia punya.

Di DUN Ampangan apabila UBN tumbang kepada PKR beliau telah mengambil bangunan pejabat penghulu dan menukarkan kepada pejabat atau pusat Khidmat Masyarakat BN.

Disini beliau meletakan juaknya Mohd Nor Awang serta kuncu-kuncu seperti Rosahar, Md. Nor Rabun dan lain-lain melancarkan dakyah dan menyalahguna bangunan kerajaan untuk kepentingan UMNO. Kita tidak dapat memastikan samada tapak serta bangunan itu milik kerajaan atau individu. Baru-baru ini bangunan tersebut telah dibaikpulih secara besar-besaran samada gunakan peruntukan kerajaan atau UMNO(saya sedang cari maklumat).

Sebelum ini sewaktu DUN Ampangan di bawah BN dimana wakil rakyatnya Zakaria Nordin, pusat khidmat BN terletak di bangunan milik beliau berhampiran Tabung Haji Ampangan. Di situ jugalah pernah terjadi bila pemilik bangunan yang di sewa oleh Tabung Haji iaitu Dr Yunus Kelinik Penawar Ampangan ditekan apabila Tingkat Atas Tabung Haji disewakan kepada PAS untuk dijadikan Pejabat Perhubungan PAS NS. Akibatnya Pejabat PAS terpaksa berpindah.

Mungkin Zakaria Nordin berada di kem Dato' Sahak maka beliau bukan lagi ADUN maka Pusat Khidmat BN DUN Ampangan terpaksa berpindah.

Kita tidak menghalang UBN bina pusat khidmat di DUN ini tapi apa rasionalnya pejabat penghulu yang boleh di datangi oleh seluruh penduduk Ampangan tanpa mengira fahaman politik untuk dapatkan bantuan dan pertolongan di tukar kepada pusat khidmat BN yang sudah pasti hanya untuk penyokong UBN.

UBN yang sememangnya muka tak malu dan terlupa mereka adalah pembangkang di DUN Ampangan. Apa yang hebatnya Mahd Nor Awang yang dilantik oleh Tok Mat menyelia bagi pihak UBN di Dun Ampangan.

Sudah lah di tolak rakyat Ampangan kemudian di tolak ahli UMNO kini sedang menghadapi tuduhan rasuah pulak. Juak-juak sekeliling beliau menyokong kerana duit beliau. Sampai bila duit boleh digunakan bagi dapatkan sokongan

Sewaktu sebelum beliau dilucutkan hak bertanding jawatan ketua UMNO bahagian Seremban saya pernah memberi komen kepada penyokong beliau antara kata saya kepada mereka cuba bayangkan jika beliau Ketua UMNO Bahagian Seremban antara yang beliau akan terbabit seperti Dialog perniagaan di Seremban bersama Dewan Perniagaan Cina atau India, ingat-ingat mampu tak beliau berhujah dengan mereka,pasti menakutkan. Harapkan duit je banyak. Tetapi orang macam inilah yang jadi pilihan Tok Mat agar mudah dicucuk hidung. Sekarang pula terdengar mungkin beliau tidak jadi pilihan sebagai Ketua UMNO Flat UDA dan jawatan sebagai ahli Majlis MPS juga terancam pasal pertuduhan rasuah beliau. Kita akan gali lagi berita di DUN Ampangan






No comments: