TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Tuesday, August 4, 2009

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ- TAMAN BUKIT MARGOSA

SAHIBUL SAMAHAH DATO' HJ. MOHD YUSUF BIN HAJI AHMAD
MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


Tanggal 1hb Ogos kami di Taman Bukit Margosa mengadakan Majlis Isra' Mikraj serta Aqiqah dengan penceramah jemputan iaitu Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Dato; Haji Mohd Yusuf bin Haji Ahmad. Tahniah kepada Pengerusi adan AJK Surau Taman Bukit Margosa.

Majlis dianjurkan dalam suasana penduduk Taman yang sedang menunggu kes Lebuhraya Lekas dan baca lagi

Dato; Haji Mohd Yusuf bin Haji Ahmad. Tahniah kepada Pengerusi adan AJK Surau Taman Bukit Margosa adalah Mufti yang di pilih kerana di terima oleh pihak yang berkaitan bagi menenangkan ketegangan antara calun yang di sukai MBSN Si Fuad dengan pilihan ramai atau pengekalan Mufti lama dalam syarat persetujuan dalam tawar-menawar bagi perlantikan mufti baru seperti undian yang saya buat tempohari.

Sesunghguhnya majlis ini mehilangkan kerinduan hari-hari sebelumnya diatas kemesraan dan gurau senda penduduk yang sebelumnya ianya hilang angkara Wan Samsu

Majlis berjalan lancar cuma hati merasa pilu bila tiada kumpulan Prihatin yang hadir. Setakat Wan Samsu tak hadir tidak kami ralat kerana dianya orang belajar agama hanya baca buku tanpa guru. Tu sebabnya dia boleh siram bunga pakai seluar pendek takut seluar kotor walaupun aurat terbuka. Dia juga baru berjinak dengan masyarakat taman. Mana dia Dr Amin, Abg Aziz, Idris, Mad Imam dan Abg Wahid. Takan serentak semua rumah gelap pada malam tersebut. Kalau mereka benar mengapa takut datang surau seperti kata Mufti dalam ceramah beliau di suraulah tempat kita bertemu dan bermaaf-maafan. Kalau marahkan AJK merajuk tak datang surau maknanya bukan merajuk dengan AJK tetapi dengan Allah.

Di majlis tersebut terdengar juga suara dari penduduk, malam ini kawasan surau tak cukup tempat letak kereta apalagi bulan Ramadhan nanti. Hati kecil hanya mampu menjawab, dah terlewat dan itulah selama ini Jawatankuasa bertindak beriya-iya mengajak penduduk bersatu berjuang berkaitan jajaran lebuhraya Lekas yang melalui taman kita.

No comments: