TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, November 11, 2009

MAHKAMAH LULUSKAN PERMOHONAN INJUKSI PENDUDUK MARGOSA

KENYATAAN AKHBAR


Alhamdulillah setelah hampir 7 bulan akhirnya penantian penduduk tercapai apabila Mahkamah memberikan keputusan menerima permohonan injuksi yang difailkan pada bulan April 2009 melalui firman guaman Zorah Jan Newaz & Co.

Keputusan ini membuktikan segala kerisauan penduduk terhadap kesan negatif jajaran ini adalah benar apabila kita mengalami lebih 5 kali banjir termasuk Taman Perumahan yang berhampiran seperti Taman Telawi dan Kg Baru Paroi. Ini juga membuktikan ia bukan sentimen politik tetapi ianya berdasarkan hak penduduk yang termaktub di dalam Perjanjian Jual-Beli rumah yang ditandatangani sewaktu membeli rumah di Taman Bukit Margosa.

Ia juga dibuktikan melalui Lapuran Audit Negara 2008 yang dicatatkan bahawa Y. A. B Menteri Besar N.Sembilan memaklumkan akan memberhentikan projek LEKAS ini jika terbukti projek LEKAS ini sebabkan banjir lumpur. Dan ianya terbukti dengan kejadian banjir lumpur dan banjir najis yang dialami oleh pendudukT aman Bukit Margosa, Taman Telawi, Kampung Ismail, Ampangan dan Kg Baru Jiboi di sebelah taman Margosa.

Juga pergerakan tanah dari rumah yang paling hampir dengan jajaran serta keretakan rumah penduduk berlaku dan tidak diambil peduli oleh mereka yang terbabit
.

Untuk itu kita akan memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara yang menjadi Pengerusi Badan yang menyiasat Lapuran Audit yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Untuk semua penduduk saya selaku Pengerusi Jawatankuasa memaklumkan hari ini kami lunaskan amanah yang diberikan sahabat-sahabat kepada kami. Di harapkan semua memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dan janganlah kita menimbulkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekecohan. Ianya baru satu bab dan kita tidak tahu berapa bab lagi perjalanan perjuangan kita yang akan kita hadapi. Kita serahkan kepada peguam kita menguruskannya dan kita teruskan juga memanjatkan doa memohon kepada Allah agar kejayaan yang diberikan ini berkekalan dan kita diberikan perlindungan dari kerja-kerja keji yang dilakukan oleh musuh kita.

Sekal lagi saya panjatkan kesyukuran di atas nikmat kemenangan awal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan memohon juga doa agar diberikan kekuatan bagi meneruskan perjuangan ini. Tak lupa terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan yang besar kepada saya serta kerja-kerja yang cermerlang dari barisan peguam kita Puan Zorah, Riduan dan Fadli, Penasihat kita Dato' Dr Nasir, barisan AJK dan semua penduduk.

Sesungguhnya perjuangan kita masih ada dan masih jauh lagi.

Terima kasih semua

Zakaria bin Sheikh Othman
Pengeusi Jawatankuasa Bertindak
Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa Seremban

No comments: