Mengikut penulis artikel ini, ia adalah kerana peniaga2 yang berduit di Malaysia sudah tidak mahu melabur dalam negeri lagi. Mereka membawa wang mereka keluar negeri dan melabur di negara-negara lain.
Juga, wang Petronas dan Maybank sudah tidak lagi mengalir dalam negara tetapi luar negara dalam projek2 yang kita rakyat Malaysia banyak tidak tahu.
Seharusnya rakyat Malaysia harus mempersoalkan kenapa hidup kita makin susah, kos hidup making tinggi, kerja makin susah nak dapat, gaji kita makin kecik dan taraf hidup tidak berubah. Sedangkan harga minyak dan komoditi lain seperti kelapa sawit dan getah lebih tinggi dari 10-15 tahun yang lepas?
Seharusnya ekonomi Malaysia semakin aktif dan sehat dengan kenaikan harga komoditi yang dua kali ganda lebih tinggi dari 10-15 tahun lepas.
Namun, keadaan di Malaysia semakin menyedihkan. Faktor utama mengapa ekonomi Malaysia lembab adalah kerana KORUPSI.
UMNO gagal membentras korupsi kerana UMNO adalah BAPAK KORUPSI. Oleh kerana tahap korupsi semakin tinggi, dan bentuk bisness sekarang lebih berbentuk “perkhidmatan” yang tidak mempunyai asset yang tinggi, maka pelabur dalam negeri tidak mahu melabur dalam Malaysia.
Dengan membayar rasuah yang semakin tinggi, keuntungan yang mereka bakal dapat itu menjadi semakin rendah. Hasilnya, sebelum mereka mulakan bisnes mereka lagi, mereka sudah kata tidak berbaloi untuk meneruskan pelaburan mereka.
Akhirnya, pelabur2 domestik ini membawa wang mereka ke luar negara dan melabur di negara-negara lain yang tahap korupsi rendah.
Penghabisan sekali :
a. Ekonomi tidak berkembang
b. Kekayaan Negara tidak mengalir pada rakyat
c. Kehidupan rakyat makin tertekan dan tersepit
Semuanya angkara UMNO yang mempertahankan amalan korupsi dan salah guna kuasa. UMNO TIDAK AKAN DAPAT MENGAWAL KORUPSI kerana UMNO ADALAH PARTI KORUP.
Jadilah kita nanti seperti Indonesia dimana 1.5 juta gadis2 mereka terpaksa melacurkan diri untuk sesuap nasi. Nauzubillah min zalik.
No comments:
Post a Comment