TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, January 20, 2010

KRT- KETUA PENGARAH JPNIN SEPATUTNYA PASTIKAN JANGAN ADA GANGGUAN TANGAN-TANGAN POLITIK

Ketua Pengarah juga kena tengok-tengok juga. Ada orang politik pengaruhi Pengarah peringkat Negeri untuk batal atau KIV KRT kerana Jawatankuasa bukan penyokong UBN walaupun ianya aktif seperti di Taman Bukit Margosa.

Pemimpin UBN yang rangkus kuasa sanggup bertindak mengganggu penduduk yang punya pandangan berlainan dengan mereka.

Sia-sia je peruntukan lebih 20.5 juta. Sikap pimpinan UBN serta juak-juaknya yang beginilah sebabkan penduduk tidak akan ada perpaduan. Peruntukan 20.5 juta ini pasti akan berlaku ketirisan

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

PUTRAJAYA 19 Jan. – Kerajaan menyasarkan sebanyak 70 peratus kawasan bandar dan pinggir bandar mempunyai Rukun Tetangga (RT) sendiri menjelang 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, ketika ini terdapat 4,506 RT di seluruh negara meliputi 50 peratus kawasan bandar dan pinggir bandar.

Menurutnya, peruntukan tambahan sebanyak RM20.5 juta telah diperoleh pada tahun ini untuk menggerakkan aktiviti RT dan program perpaduan yang lain.

“Lebih daripada 500 RT baru telah ditubuhkan pada tahun lalu, melepasi sasaran awal sebanyak 300 RT yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita pada masa yang sama tidak akan terlepas pandang RT yang tidak aktif, kita akan mengaktifkan semula RT ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru kepada kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini hari ini.

Menurutnya, RT bukan sahaja berperanan dalam mengawal keselamatan kawasan perumahan tetapi turut membantu menangani pelbagai isu lain termasuk dalam kontroversi penggunaan kalimah Allah.

“Semasa insiden serangan gereja berlaku, RT telah memainkan peranan dengan menenangkan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan berkata, bajet untuk jabatan tersebut telah dipotong sebanyak RM30 juta pada tahun ini daripada RM170 juta kepada RM140.95 juta.

No comments: